Kesan Dari Budaya Melepak
Antara kesan masalah melepak yang paling ketara ialah memburukkan imej negara. Keadaan ini berlaku kerana para pelancong yang datang ke negara ini akan mendapat gambaran yang buruk tentang masyarakat di negara kita dan akan menceritakan keadaan ini apabila mereka pulang ke negara mereka. Selain itu, para pelancong akan berasa terganggu dengan suasana yang amat tidak menyenangkan ini. Mereka pasti akan membuat tanggapan bahawa negara kita sudah hilang budaya ketimuran dan kini sedang menuju ke era keruntuhan moral.Tabiat melepak juga boleh menyebabkan seseorang itu terdorong untuk melakukan sesuatu yang lebih buruk seperti mengambil dadah, meminum minuman keras, mengikuti perlumbaan motosikal secara haram, dan sebagainya. Keadaan ini berlaku kerana golongan remaja yang melepak biasanya akan turut merancang untuk melakukan sesuatu yang akan mendatangkan ‘thrill’ atau keseronokan.
Post a Comment