BIDUANITA NEGARA SHARIFAH AINI HIDAP RADANG PARU-PARU
Khabarnya Datuk Sharifah Aini kini dalam rawatan pakar perubatan di sebuah hospital swasta di ibu kota. Difahamkan Datuk Sharifah Aini telah mengidap radang paru-paru yang disahkan oleh sahabat baik beliau sendiri.
Namun begitu sahabat baiknya tidak menyatakan apakah penyakit sebenar biduanita tersebut. Kenyataan ini diketahui kerana Sharifah Aini pernah menulis dilaman sosialnya bahawa beliau dijangkiti radang paru-paru. Sharifah Aini telah memesan kepada semua para peminatnya yang tertannya-tanya tentang kesihatan beliau. "Ini semua ketentuanNYA. saya redha dengan apa sahaja dugaan yang diberi. Jika di takdirkan ALLAH sampai masanya saya pulang ke Rahmatullah, jika ditakdirkan ujian yang ALLAH beri berakhir dengan saya keluar sebagai jenazah, dengan hati yang damai, saya tenang dan redha dengan apa yang telah ditetapkan."
Tambahan beliau lagi, "Doakan lah kesejahteraan saya, sedekahkan lah AL-FATIHAH, ingatlah saya dalam setiap doa anda. Insyaallah, suatu hari kita semua akan menjadi keluarga semula di Jannah."
Lebih 20 jam coretan itu dimuatkan dalam laman sosialnya. Dengan itu, lebih 900 komen yang rata-ratanya turut mendoakan kesejahteraan biduanita negara kita Datuk Sharifah Aini
Post a Comment