ELLY MAZLEIN KEHILANGAN IBU DI HARI IBU
Kegembiraan menyambut Hari Ibu oleh masyarakat Malaysia, perginya seorang ibu tersayang. Kehilangan itu turut dirasai oleh pelakon dan panyanyi Elly Mazlien. Disaat anak-anak meraikan Hari Ibu yang jatuh pada 11 Mei, pelakon dan penyanyi Elly Mazlein mendapat perkhabaran buruk apabila ibu kesayangannya, Sabariah Ahmad, 56, meninggal dunia kira-kira pukul 2 pagi Ahad akibat sesak nafas.
Menurut tunangnya, Azmi Hatta, Allahyarhammah meninggal dunia di kediamannya yang terletak di Nusa Putra, Puchong Perdana dekat sini. Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya dengan tenang di rumahnya awal pagi tadi dan jenazahnya telah selamat dikebumikan pada pukul 9 pagi tadi.
Difahamkan Allahyarhammah turut menghidapi penyakit kencing manis dan darah tinggi namun keadaannya tidak kronik.
Dalam pada itu, Elly dilaporkan amat terkejut dengan berita kematian ibunya itu dan tidak sempat bersama arwah disaat-saat akhir hayatnya kerana sedang menjalani penggambaran sebuah drama.
Salam Takziah buat Elly sekeluarga semoga ibunya dicucuri rahmat dan tenang "di sana"
Post a Comment