Majlis Resepsi Misha Omar di Kelantan
Malam semalam telah berlangsung Majlis Resepsi Penyanyi Misha Omar dan
Suami, Firos Ezzwan di Hotel Renaisance Kota Bharu Kelantan. Majlis
tersebut berlangsung meriah dengan kehadiran kira-kira 500 tetamu
termasuk rakan artis. Keanggunan kedua-dua mempelai terserlah dengan busana berwarna merah
hati yang menekankan konsep moden kontemperori hasil rekaan Syaiful
Baharim.
Majlis yang diacarakan oleh penyanyi Adibah Noor itu turut dihadiri oleh beberapa rakan artis seperti Datuk M Nasir dan isterinya, Datin Marlia Musa, Datuk Hattan serta Nurul. Para tetamu juga dihiburkan dengan persembahan daripada Dina Nadzir, Jaclyn Victor, Salamiah Hassan dan Fara Fauzana. Dalam pada itu, Misha dan Firos ketika ditemui selepas selesai majlis resepsi berkata, mereka sekeluarga lega setelah majlis ijab kabul serta resepsi yang diatur berjalan dengan baik serta penuh kemeriahan. "Majlis ini telah dimeriahkan dengan rakan-rakan selebriti yang hadir menghiburkan tetamu dan ini adalah hadiah perkahwinan yang cukup bermakna buat saya".
Misha turut mengambil peluang untuk mengucapkan terima kasih kepada yang telah menyediakan konsep yang cukup indah dalam merealisasikan impian perkahwinannya.
"Ini adalah majlis perkahwinan yang saya idamkan selama ini dan saya sangat berpuas hati dengan segala persiapan
Post a Comment