BLOG JIWA SENTAP

some_text
Home » » NAD NYATAKAN KENYATAAN

NAD NYATAKAN KENYATAAN

Written By Admin on Monday, May 12, 2014 | 9:42 AM

NAD ZAINAL PUTUS CINTA? - AZWAN


Pelakon Azwan Kombos mengakui terkejut dengan kenyataan kekasihnya iaitu Nad Zainal dalam sebuah program hiburan pada Ahad lalu kononnya status percintaan mereka yang sudah berakhir. Betul ke korang dah putus? Menurut Azwan, Nad Zainal seharusnya bertindak secara rasional dengan membincangkan perkara berkenaan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk mendedahkannya kepada umum.

Azwan berkata demikian ketika diminta mengulas tentang pendedahan Nad Zainal dalam satu rancangan hiburan pada Ahad tentang hubungan percintaan mereka sudah berakhir. Laporan tersebut juga memberitahu bahawa pelakon lelaki tersebut menganggunya di lokasi penggambaran. Azwan meminta agar Nad Zainal berfikir secara matang dan tampil menyelesaikan hal tersebut secara baik.


Nad diminta mengulas mengenai keretakan hubungan cintanya dengan Azwan, 29, yang kononnya berpunca daripada pihak ketiga iaitu Hefny. Mereka dikatakan menjalin hubungan cinta selepas terbabit dalam telefilem Mengintai Syurga Mama, terbitan Zeel Production. Hefny juga merupakan personaliti televisyen yang bertugas sebagai wartawan penyiaran Astro Awani. Nad Zainal menegaskan hubungan cintanya yang sudah berakhir dengan Azwan Kombos bukan disebabkan pihak ketiga sebaliknya berpunca daripada masalah di antara mereka sendiri. Nad atau nama sebenarnya, Nadia Zainal, 24, berkata, hubungan mereka retak juga bukan kerana cinta lokasinya dengan Hefny Sahad ketika berlakon telefilem Mengintai Syurga Mama pada April lalu seperti mana diperkatakan orang. Saya ada sebab peribadi dan biarlah perkara itu saya simpan sendiri. Lagipun saya dan Azwan sudah berbincang menyelesaikan masalah berkenaan dan ia dianggap sudah selesai. Tidak elok rasanya apabila berlaku masalah di antara kami, ia dikaitkan dengan 
orang lain,

Sementara itu, Hefny yang pula terkejut apabila dikatakan menjadi punca perhubungan cinta Nad dan Azwan putus. Katanya, hubungan pasangan itu putus sebelum dia dan Nad menjalani penggambaran drama berkenaan.





















Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Jiwa Sentap - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger