BLOG JIWA SENTAP

some_text

Isu Hangat

Latest Post

Badrul Muhayat didakwa belasah isteri

Written By Admin on Thursday, April 1, 2010 | 5:46 AM

Panas punggung. Itu alasan diberikan pelakon kacak, Badrul Muhayat, 41, selepas berita dan gambarnya terpampang di dada akhbar sebelum ditahan polis ketika berada di restoran di Taman Nirwana, malam kelmarin.

Pelakon berusia 41 tahun itu dikatakan sengaja keluar dari tempat ‘persembunyian’ berikutan fikirannya kusut ketika itu dan difahamkan, dia hanya mampu berserah.

Selain itu, dia mendakwa kehidupannya menjadi tidak tentu arah selepas tindakan isterinya membuat laporan polis menyatakan dia memukul isterinya itu tersiar di media Isnin lalu.


Dia terkejut selepas dimaklumkan dicari polis berhubung laporan dibuat isterinya.


Menurut sumber, pelakon berkenaan mendakwa sejak membaca laporan itu hidupnya mula tidak tenteram dan ke restoran berhampiran pun dia takut.


“Dia mendakwa ramai orang memerhatikannya ketika dia keluar membeli rokok dan melepak sambil minum di restoran mamak membuatkan hatinya mula tidak tenteram.

“Selain itu, pelakon berkenaan memberitahu ada beberapa rakan menasihatinya agar menyerah diri bagi membantu siasatan polis,” katanya.


Katanya, akhirnya pelakon berkenaan keluar dari rumah dan ke restoran berhampiran untuk minum sambil menenangkan fikiran.


“Sejurus berada di restoran itu, ada orang awam ternampak pelakon berkenaan bertindak menghubungi polis.


“Hasil maklumat itu, polis menahan pelakon terbabit sebelum dibawa ke balai polis untuk membantu siasatan,” katanya.


Menurut sumber itu, ujian air kencing dilakukan dan hasil keputusan awal diperoleh mendapati pelakon terbabit bebas daripada pengaruh dadah.

Akhbar ini semalam melaporkan, pelakon berkenaan bersembunyi dan menjadi buruan polis sejak seminggu lalu ditangkap ketika berada di restoran kira-kira jam 11 malam bagi membantu siasatan kes ugut dan memukul isterinya.


Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan berkata, polis mendapatkan tempoh tahanan reman ke atas pelakon berkenaan.


“Pelakon itu direman empat hari bermula hari ini (semalam) bagi membantu siasatan berhubung dua kes masing-masing membabitkan pukul dan juga ugutan terhadap isterinya.


“Polis menjalankan siasatan menyeluruh berhubung kes ini dan beberapa orang saksi juga dipanggil untuk direkod keterangan,” katanya.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Jiwa Sentap - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger