BLOG JIWA SENTAP

some_text

HATI YANG SAKIT

Written By Admin on Monday, May 26, 2014 | 8:31 PM


PERASAAN SAKIT HATI. APA MASALAHNYA?



Didalam dunia ini, tiada siapa yang mahu merasa kecewa dan terluka. Apatah lagi menjadi lemah akibat daripada permainan perasaan. Merasa lemah dan tidak tenang sehinggakan hati ini ingin sekali untuk menjerit atau meronta setiap waktu. Apakah hati ini sedang sihat, atau apakah hati ini sedang sakit, atau lebih dahsyat lagi bahawa sebenarnya hati ini telah mati. Apabila hati telah mati, timbul lah perasaan sakit hati. Bemacam-macam perasaan yang mencelarukan fikiran. Dari itu juga boleh timbul juga perasaan dendam, dengki dan mengkhinati orang lain tanpa memikirkan baik buruknya perbuatannya itu.

Dengan adanya sifat buruk itu, seseorang yang memiliki hati tersebut tidak menyedarinya sama sekali perbuaatannya. Tentu kita akan termasuk dalam orang yang rugi di dunia mahupun akhirat. Jika ia tidak merasakan akan kenistaan dan hinanya kemaksiatan perasaan. Kerana hatinya telah diracuni oleh dosa, sehingga tidak dapat lagi membezakan antara kebenaran dan kebatilan. Seandainya hatinya masih hidup dan sihat, pasti ia akan merasakan betapa seksanya malapetaka yang menimpa kehidupannya lantaran dosa-dosa dan kemaksiatan hati yang ia lakukan. Tetapi hati yang sakit tidak merasakan betapa nikmatnya hati yang suci, sehingga ia suka menahan penderitaan daripada mencari ubat yang sesuai untuk hatinya.


Salah satu contoh racun hati dan pengekang hati ialah sifat bakhil. Kebakhilan memicu sakit hati. Sebab kebakhilan ialah sebuah sifat yang menahan pemiliknya untuk berbuat kebaikan, dan mencegah pemiliknya dari menuanikan setiap ketaatan dan kemuliaan. Oleh kerana kebakhilan itu sedemikian maka wajar apabila sifat bakhil ini menimbulkan sempitnya hati dan terjadinya sakit hati. Wajar apabila bakhil ini menyempitkan dada dan menghilangkan kesabaran. Wajar apabila ia mencegah lapangnya dada dan mengecilkan serta mengerdilkan jiwa dan meneyedikitkan kegembiraan tanpa disedari bertambahnya gundah gelana dalam diri itu sendiri. Ini akan menambahkan lagi timbulnya perasaan kedukaan dan kepenatan, Sehingga tak kuasa lagi ia menunaikan hajat keinginannya dan tidak boleh lagi membantu mendapatkan sesuatu yang dicari.

Bila perasaan ini dibiarkan terlalu lama membengkak dalam hati, maka akan tidak sihatlah hati itu. Pemiliknya pun akan stress dan tidak akan ceria. Lebih parah lagi, perkara ini dapat menjauhkan manusia dari Yang Maha Pencipta- Nya. Manusia juga tak akan pernah berasa bersyukur, kerana selalu merasa kekurangan. Dengan adanya perasaan itu juga, timbul lah juga perasaan suka menyalahkan orang lain. Dia selalu memandang ke atas, dan seolah tidak rela melihat orang lain memiliki kelebihan melebihi dirinya. Bila marah telah timbul dalam hati manusia, kadangkala manusia bertindak tanpa pertimbangan akal. Jika akal sudah lemah, tinggallah hawa nafsu. Dan syaitan pun berluasa melancarkan serangannya, lalu mempermainkan diri manusia. Terjadilah perasaan sakit hati manusia sesama manusia



Oleh Itu Haruslah Kita Fikir-Fikirkan Kembali :


 

1) Hendaklah kita ingat bahawa dendam akan membuat jiwa menjadi hina, sedangkan memaafkan akan membuat jiwa menjadi mulia

2) Ingatlah bahawa balasan yang kita akan dapat, sesuai dengan perbuatan yang kita lakukan. Kita pun pasti pernah berbuat zalim dan dosa.


3) Jangan lah Menyibukkan diri dengan dendam yang akan menghabiskan waktu dan membuat hati menjadi tidak fokus. Sehingga banyak hal-hal bermanfaat kita lewatkan.


4) Jadi lah seorang yang penyabar. Jika kita bersabar, boleh menghapuskan sifat zalim dan dengki terhadap orang lain.


5)) Balaslah keburukan orang lain dengan yang labih baik, moga jika seseoraang itu  hendak membuat jahat pada kita, akan terjadi pula teman yang dekat.

6) Jika membalas keburukakan orang itu, hal akan menjadi lebih parah. Dendam akan bertambah. Beringatlah bahawa tiada gunanya menambahkan keburukkan kerana jiwa sulit untuk berbuat adil

7) Jangan lah Sentiasa berbicara perkara tidak baik dan mencela atau menghina orang lain.


8) Bergembira lah apabila melihat orang lain senang dan sentiasa bersyukur dengan apa yang ada


9) Lemparkan senyuman, bertegur sapa lah dengan sesiapa sahaja, dengan cara bahasa yang baik

10) Hinhari mengumpat. Mengumpat dan mengutuk orang lain serta membuka rahsia orang lain tanpa keizinan seseorang itu akan menimbukan rasa sati hati seseorang itu terhadap kita

Dengan itu harus kita ingat. Jika kita ada perasaan sakit hati terhadap orang lain, tidak ada apa-apa manfaat atau kebaikkan pun. Malah akan menimbulkan lagi permusuhan sesama kita. Berhati-hati lah dengan perkataan dan perbuatan kita. Ingat lah juga dosa dan balasan kelak. Sebab balasan itu setimpal dengan amalan yang dilakukan oleh seseorang itu.



Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Jiwa Sentap - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger