BLOG JIWA SENTAP

some_text

Isu Hangat

Latest Post

HATI YANG SAKIT

Written By Admin on Monday, May 26, 2014 | 8:31 PM


PERASAAN SAKIT HATI. APA MASALAHNYA?



Didalam dunia ini, tiada siapa yang mahu merasa kecewa dan terluka. Apatah lagi menjadi lemah akibat daripada permainan perasaan. Merasa lemah dan tidak tenang sehinggakan hati ini ingin sekali untuk menjerit atau meronta setiap waktu. Apakah hati ini sedang sihat, atau apakah hati ini sedang sakit, atau lebih dahsyat lagi bahawa sebenarnya hati ini telah mati. Apabila hati telah mati, timbul lah perasaan sakit hati. Bemacam-macam perasaan yang mencelarukan fikiran. Dari itu juga boleh timbul juga perasaan dendam, dengki dan mengkhinati orang lain tanpa memikirkan baik buruknya perbuatannya itu.

Dengan adanya sifat buruk itu, seseorang yang memiliki hati tersebut tidak menyedarinya sama sekali perbuaatannya. Tentu kita akan termasuk dalam orang yang rugi di dunia mahupun akhirat. Jika ia tidak merasakan akan kenistaan dan hinanya kemaksiatan perasaan. Kerana hatinya telah diracuni oleh dosa, sehingga tidak dapat lagi membezakan antara kebenaran dan kebatilan. Seandainya hatinya masih hidup dan sihat, pasti ia akan merasakan betapa seksanya malapetaka yang menimpa kehidupannya lantaran dosa-dosa dan kemaksiatan hati yang ia lakukan. Tetapi hati yang sakit tidak merasakan betapa nikmatnya hati yang suci, sehingga ia suka menahan penderitaan daripada mencari ubat yang sesuai untuk hatinya.


Salah satu contoh racun hati dan pengekang hati ialah sifat bakhil. Kebakhilan memicu sakit hati. Sebab kebakhilan ialah sebuah sifat yang menahan pemiliknya untuk berbuat kebaikan, dan mencegah pemiliknya dari menuanikan setiap ketaatan dan kemuliaan. Oleh kerana kebakhilan itu sedemikian maka wajar apabila sifat bakhil ini menimbulkan sempitnya hati dan terjadinya sakit hati. Wajar apabila bakhil ini menyempitkan dada dan menghilangkan kesabaran. Wajar apabila ia mencegah lapangnya dada dan mengecilkan serta mengerdilkan jiwa dan meneyedikitkan kegembiraan tanpa disedari bertambahnya gundah gelana dalam diri itu sendiri. Ini akan menambahkan lagi timbulnya perasaan kedukaan dan kepenatan, Sehingga tak kuasa lagi ia menunaikan hajat keinginannya dan tidak boleh lagi membantu mendapatkan sesuatu yang dicari.

Bila perasaan ini dibiarkan terlalu lama membengkak dalam hati, maka akan tidak sihatlah hati itu. Pemiliknya pun akan stress dan tidak akan ceria. Lebih parah lagi, perkara ini dapat menjauhkan manusia dari Yang Maha Pencipta- Nya. Manusia juga tak akan pernah berasa bersyukur, kerana selalu merasa kekurangan. Dengan adanya perasaan itu juga, timbul lah juga perasaan suka menyalahkan orang lain. Dia selalu memandang ke atas, dan seolah tidak rela melihat orang lain memiliki kelebihan melebihi dirinya. Bila marah telah timbul dalam hati manusia, kadangkala manusia bertindak tanpa pertimbangan akal. Jika akal sudah lemah, tinggallah hawa nafsu. Dan syaitan pun berluasa melancarkan serangannya, lalu mempermainkan diri manusia. Terjadilah perasaan sakit hati manusia sesama manusia



Oleh Itu Haruslah Kita Fikir-Fikirkan Kembali :


 

1) Hendaklah kita ingat bahawa dendam akan membuat jiwa menjadi hina, sedangkan memaafkan akan membuat jiwa menjadi mulia

2) Ingatlah bahawa balasan yang kita akan dapat, sesuai dengan perbuatan yang kita lakukan. Kita pun pasti pernah berbuat zalim dan dosa.


3) Jangan lah Menyibukkan diri dengan dendam yang akan menghabiskan waktu dan membuat hati menjadi tidak fokus. Sehingga banyak hal-hal bermanfaat kita lewatkan.


4) Jadi lah seorang yang penyabar. Jika kita bersabar, boleh menghapuskan sifat zalim dan dengki terhadap orang lain.


5)) Balaslah keburukan orang lain dengan yang labih baik, moga jika seseoraang itu  hendak membuat jahat pada kita, akan terjadi pula teman yang dekat.

6) Jika membalas keburukakan orang itu, hal akan menjadi lebih parah. Dendam akan bertambah. Beringatlah bahawa tiada gunanya menambahkan keburukkan kerana jiwa sulit untuk berbuat adil

7) Jangan lah Sentiasa berbicara perkara tidak baik dan mencela atau menghina orang lain.


8) Bergembira lah apabila melihat orang lain senang dan sentiasa bersyukur dengan apa yang ada


9) Lemparkan senyuman, bertegur sapa lah dengan sesiapa sahaja, dengan cara bahasa yang baik

10) Hinhari mengumpat. Mengumpat dan mengutuk orang lain serta membuka rahsia orang lain tanpa keizinan seseorang itu akan menimbukan rasa sati hati seseorang itu terhadap kita

Dengan itu harus kita ingat. Jika kita ada perasaan sakit hati terhadap orang lain, tidak ada apa-apa manfaat atau kebaikkan pun. Malah akan menimbulkan lagi permusuhan sesama kita. Berhati-hati lah dengan perkataan dan perbuatan kita. Ingat lah juga dosa dan balasan kelak. Sebab balasan itu setimpal dengan amalan yang dilakukan oleh seseorang itu.



SALAH GUNA KUASA

Written By Admin on Sunday, May 25, 2014 | 7:31 AM


RASUAH - SALAH GUNA KUASA

 




Definisi rasuah (bahasa Latin: corruptio daripada kata kerja corrumpere = busuk, rosak, menggoyahkan, memutar balik, menyogok) menurut Transparency International ialah perilaku di jabatan-jabatan atau pejabat-pejabat awam, termasuklah para politikus dan pegawai-pegawai, yang secara tidak wajar dan tidak sah/menurut undang-undang, mengayakan diri atau memperkaya kerabatnya (keluarga dan sahabat handai), dengan menyalahgunakan kuasa dan kepercayaan awam yang diberi kepada mereka.
 

Dari sudut undang-undang, perbuatan rasuah meliputi :

i) Melanggar undang-undang yang dikuatkuasakan

ii) Penyalahgunaan harta negara


iii) Merugikan negara


iv) Memperkaya diri sendiri dan kerabat

Dalam pandangan yang luas, rasuah "politik" bermaksud penyalahgunaan jawatan awam untuk kepentingan peribadi. Semua bentuk pemerintahan dan organisasi pasti terdapat perilaku rasuah, sama ada sedar atau tidak. Cuma berat (kes) berbeza-beza daripada yang paling ringan dalam bentuk penggunaan pengaruh dan sokongan untuk memberi dan menerima pertolongan, hingga kepada rasuah yang sudah dianggap satu "prosedur rasmi", dan sebagainya. Kemuncak segala rasuah ialah satu keadaan yang digelar kleptokrasi, yang erti harfiahnya pemerintahan oleh para pencuri iaitu berpura-pura bertindak jujur pun tidak ada sama sekali

Rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang-undang dimana seseorang mendapat kebebasan, kontrak atau keistimewaan (favours) dari pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas memberi wang, hadiah, keraian kepada pihak-pihak tersebut. Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terdapat empat kesalahan rasuah yang utama:


i) Meminta/Menerima Rasuah


ii) Menawar/Memberi Rasuah


iii) Membuat Tuntutan Palsu


iv) Menyalahguna Jawatan/Kedudukan

Pemberian rasuah jika tidak dibendung akan mengakibatkan banyak masalah sosial kerana undang-undang tidak akan dipatuhi dengan sepenuhnya. Maka kegiatan jenayah dan ketidakadilan akan berleluasa. Rasuah di kalangan penguatkuasa adalah perkara biasa di kebanyakan negara pengeluar petroleum dan negara miskin terutamanya di Amerika Latin.

Rasuah yang wujud dalam bidang politik dan pentadbiran/birokrasi mungkin berbentuk sama ada ringan atau berat, terancang atau tidak. Rasuah tidak sekadar memudahkan atau menggalakkan jenayah seperti pelacuran, pemalsuan wang, cetak rompak, dan penyeludupan. Kesannya lebih meluas lagi. Untuk memahami masalah ini dan mencari rumusannya, sangat penting untuk membezakan antara rasuah dengan perilaku jenayah (dalam erti kata yang lebih luas)

Sama ada sesuatu hal/perilaku dianggap rasuah atau tidak bergantung pada praktik undang-undang di negara/wilayah berkenaan. Contohnya, pendanaan parti politik untuk pilihan raya dianggap satu bentuk rasuah di negara/wilayah tertentu tapi dianggap legal di tempat tertentu lain.


Bagaimana Timbulnya Rasuah :

i) Pemusatan kuasa, terutamanya dalam kalangan para pembuat
dasar/pembuat keputusan, yang tidak berhubungan langsung dengan rakyat, seperti yang sering terjadi di wilayah-wilayah yang dianggap tidak demokratik

ii) Kurangnya ketelusan dalam urusan pentadbiran kerajaan.
Kempen-kempen politik yang mahal, yang kadang kala melepasi had yang dibenarkan undang-undang


iii) Projek mega yang melibatkan penggunaan wang pembayar cukai yang besar


iv) Sikap individu tertentu dan jaringan "teman lama"


v) Lemahnya pemahaman tentang undang-undang apatah lagi untuk melaksanakannya


vi) Kelemahan sistem pelaksana dan sistem kehakiman


vii) Kebebasan bersuara atau kebebasan media disekat


viii) Gaji penjawat awam yang kecil


ix) Rakyat yang tidak kritikal mudah dibohongi, kagum dan seterusnya kogam dengan politiking, seterusnya "malu" melaporkan kecurangan yang berlaku


x) Waktu-waktu pemilihan parti atau pilihan raya politik wang sukar dikesan dan dibanteras


Rasuah menimbulkan kekacauan dalam sektor awam apabila perbelanjaan awam untuk projek-projek kemasyarakatan yang sememangnya banyak, naik mendadak kosnya, sehingga melepasi peruntukan awal. Pejabat/jabatan awam (mungkin juga kontraktor) mungkin "mengubahsuai" projek tersebut (selepas menerima peruntukan daripada peringkat kerajaan yang lebih tinggi, misalnya), walaupun sebenarnya tidak diperlukan, sebagai usaha menyorokkan rasuah yang berlaku. Kemudiannya, keselamatan, keselesaan, dan kesan alam sekitar projek tersebut menjadi pertaruhan . Rasuah juga menjejaskan kualiti perkhidmatan sektor awam dan infrastruktur yang dirancangkannya, sekali gus mengenakan tekanan yang hebat kepada belanjawan/bajet kerajaan.








SEKITAR ABPBH 2013


KEPUTUSAN PENUH ABPBH 2013


 

Bertemakan Magis Alam - Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2013 telah berlangsung pada jam 9.00 malam, 24 Mei 2014 semalam, yang bertempat di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) yang bersiaran di TV3. Empat pengacara telah mengacarakan malam anugerah tersebut. Mereka adalah Amy Mastura, Fara Fauzana dan kumpulan Shiro.


Amy mastura - Pihak penganjur telah memperkenalkan Amy Mastura sebagai keluarga baru ABPBH 2013 pada majlis pengumuman pengacara, penyampai trofi dan barisan artis yang akan membuat persembahan di malam kemuncak ABPBH2013 yang  berlangsung di perkarangan Taman Mahsuri, Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur, Selasa. Amy Mastura ketika ditemui menyatakan sebelum malam anugerah itu berlangsung, rasa teruja dan seronok kerana ditawarkan menjadi pengacara untuk acara anugerah yang berprestij tersebut selain melahirkan rasa bangga kerana terpilih menjadi ahli keluarga baru bagi ABPBH 2013. “Setelah sekian lama tidak tampil mengacarakan anugerah besar seperti ABPBH ini, saya gembira ditawarkan menjadi pengacara bersama Farah Fauzana.


Shiro - Pihak penganjur juga telah mempetaruhkan kumpulan Shiro untu digandingkan bersama Amy Mastura dan Fara Fauzana. Shiro diangotai oleh Shahrul dan Ajak adalah muka baharu yang dipilih bagi menghangatkan ABPBH 2013 sebagai kejutan menjelang malam kemuncak. Shiro berkata..... “Saya rasa bertuah dan menganggap undangan ini sebagai penghargaan buat Shiro. Pastinya kami akan berikan yang terbaik pada acara kemuncak nanti. Peluang menjadi antara barisan penting dalam ABPBH 2013 ialah kesempatan terbaik. Ini bukan anugerah sembarangan dan mempunyai ramai peminat, mereka tersendiri."


Ini Adalah Senarai Terbaru Pemenanag ABPBH 2013:


Bintang Paling Popular – Aaron Aziz

Artis Baru Lelaki Popular – Achey

Artis Baru Wanita Popular – Zara Zya

Artis Duo/Berkumpulan Popular – Stacy & Akim

Penyanyi Lelaki Popular – Hafiz

Penyanyi Wanita Popular – Stacy

Pelakon TV Lelaki Popular –  Shah Iskandar

Pelakon TV Wanita Popular – Siti Saleha

Pelakon Filem Lelaki Popular – Aaron Aziz

Pelakon Filem Wanita Popular – Siti Saleha

Artis Komedi Lelaki Popular – Jep

Artis Komedi Wanita Popular – Jihan

Pengacara TV Lelaki Popular – Datuk AC Mizal

Pengacara TV Wanita Popular – Neelofa

Penyampai Radio Lelaki Popular – Johan (ERA)

Penyampai Radio Wanita Popular – Fara Fauzana (HOT FM)

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Dato’ Rahim Razali




APA JADI REMAJA KINI


MASALAH REMAJA ZAMAN INI



Pada zaman yang serba canggih ini, pelbagai teknologi telah dibangunkan untuk kegunaan orang ramai namun penggunaan yang begitu canggih ini tanpa sempadan telah juga memberikan impak yang negatif kepada masyarakat terutamanya golongan remaja masa kini. Para remaja kini terlalu mengikut pengaruh dunia barat yang dianggap "up to date" dan berasa malu atau ketinggalan sekiranya tidak mengikutinya.

Mudah terpengaruh dengan persekitaran sekeliling yang dianggap baru dan sentiasa yang ingin mencuba. Hal ini berlaku apabila mereka mudah menerima ajakan rakan untuk melakukan perbuatan negatif. Hal ini disebabkan mereka masih tidak pandai membezakan perkara baik dan buruk. bagi mereka hanya fikirkan keseronakan tanpa memikirkan impak yang bakal meraka hadapi pada masa akan datang. Ada juga sesegelintir mereka sudah hilang jati diri sebenar hanya semata-mata terlalu taksud dengan pengaruh budaya kuning.

Saban hari isu-isu gejala sosial yang membabitkan remaja kini hangat diperkatakan , secara tidak langsung, isu ini turut menggambarkan bahawa bahawa remaja semakin agresif, berani, liar . Siapa yang harus dipersalahkan dan mengapa perkara ini berlaku? Remaja ialah mereka yang berumur 20 tahun ke bawah. Pada peringkat usia ini, mereka mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi. Justeru apa-apa sahaja perkara baru yang terjadi di sekeliling mereka, akan mengundang perasaan ingin tahu di kalangan remaja. Secara tidak langsung membuatkan mereka terdorong untuk mencuba dan melakukan perkara-perkara di luar batasan. Kawan-kawan menjadi orang yang rapat dengan mereka. Kawan yang baik, boleh membimbing mereka kepada kebaikan, namun jika tersilap memilih kawan, akan mempengaruhi mereka kepada perkara-perkara yang buruk. Selain itu sikap remaja turut menyumbang kepada gejala sosial, kadangkala mereka ini terlalu mudah mempercayai orang lain. Umpamanya, jika mereka merasakan rakan-rakan mereka lebih rapat dan lebih memahami, dengan mudah mereka akan mengikut apa yang dilakukan oleh rakan-rakan. Mereka lupa bahawa “kawan juga kadangkala boleh makan kawan”.

Dalam keadaan ini ramai para remaja terjerumus ke dalam gejala sosial. Sikap remaja juga dahagakan keseronokan. Jadi apa sahaja benda-benda yang memberikan keseronokan kepada mereka akan dilakukan sama ada kerana terikut-ikut dengan sikap kawan-kawan atau pilihan sendiri. Hal ini menyebabkan remaja terlibat dengan rokok, pergaulan bebas, lepak, mat rempit, dadah dan sebagainya. Ketika ini apa yang terlintas di pemikiran mereka adalah keseronokan tanpa memikirkan akibat perbuatan mereka itu kelak. Media massa juga menjadi penyumbang kepada berlakunya gejala sosial di kalangan para remaja hari ini. Namun tidak semuanya apa yang dipaparkan di media massa itu memberikan kesan yang buruk. Namun, ada segelintir program-program dan drama-drama yang memaparkan pergaulan bebas di kalangan remaja, program-program realiti tv serta rancangan-rancangan yang bersifat hiburan semata-mata mempengaruhi para remaja dengan perkara yang tidak baik. Umpamanya corak pergaulan remaja yang jauh dari nilai-nilai ketimuran, cara berpakaian yang kurang sopan dan gaya hidup yang mengikut cara barat. Semua inii mengundang masalah remaja kini.



Ibu bapa juga digalakkan merancang aktiviti bersama anak-anak dan ahli-ahli keluarga. Para ibubapa juga perlu sentiasa memantau keadaan anak-anak, tidak boleh ‘just take for granted’. Mereka tidak boleh membiarkan anak-anak bersendirian menentukan jalan hidup mereka. Anak-anak perlu dibimbing. Selain itu, ibubapa perlu mengenali rakan anak-anak remaja mereka. Jika perlu, sesekali minta supaya anak-anak membawa rakan-rakan mereka ke rumah supaya dapat dipastikan dengan siapa anak kita berkawan. Doalah sentiasa agar anak-anak kita terhindar dari perkara-perkara yang tidak diingini seperti itu. Ingatlah, doa ibubapa sangat penting untuk kesejahteraan hidup anak-anak.

Kesimpulannya, ibu bapa perlu memantau keadaan anak-anak mereka supaya tidak ,mudah terjebak di dalam aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah. selain itu, pelbagai pihak juga perlu berganding bahu untuk memikirkan penyelesaian masalah yang dihadapi untuk menggelakkan perkara ini daripada terterusan. Sesunggunya, anak-anak merupakan aset yang bernilai kepada negara dan bangsa. Mereka inilah yang akan memimpin negara pada suatu hari nanti dan akan menjaga serta mendidik keturunan kita kelak


 

KEMUNCAK ABPBH 2013

Written By Admin on Saturday, May 24, 2014 | 3:52 AM


NANTIKAN MALAM KEMUNCAK ANUGERAH BINTANG POPULAR 2013




MAGIS ALAM itulah tema yang bakal berlangsunag malam nanti, sabtu 24 mei 2014 jan 9 malam. Persiapan mengahadapi malam kemuncak Anugerah Bintang Popular yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya moga berjalan lancar malam ini. Selain memastikan penganjuran acara berjalan sempurna, aspek persembahan oleh artis ternama tanah air turut diberi perhatian.




Artis-artis yang terbabit telah rancak menjalankan latihan segmen persembahan pada malam kemuncak yang bakal di adakan di Dewan Plenari PICC bersama pengarah muzik Datuk Hj Ramli MS. Antara artis yang terbabit pada sesi latihan ialah Zainal Abidin Altimet, Dina, Farawahida, Forteen, Hazama, Shahir, Adira, Akim, Liza Hanim, Nora, Mawi, AC Mizal, Salmiah Hassan, Alyah, Siti Sarah, Ayu Damit, Tegar, Asmidar dan Indah. 



Menurut Datuk Ramli MS, ini adalah latihan gandingan yang pertama membabitkan pemuzik dan penyanyi. Mereka juga giat mencari nada lagu untuk diserasikan dengan vokal penyanyi. Selain nyanyian, ada beberapa segmen yang akan diketengahkan yang juga bertemakan Magis Alam. Acara persembahan ABPBH tahun ini akan menyaksikan sebuah segmen khas sebagai dedikasi kepada Tragedi Pesawat MH370. Latihan pengacaraan juga giat dijalankan yang bakal diacarakan oleh Amy Mastura dan Kumpulan Shiro. Tidak ketinggalan juga bakal menghangatkan pentas nanti sebagai pengacara ialah pesonaliti Radio Hot FM Farah Fauzana, Namun beliau tidak dapat mengahadiri latihan yang dijalankan. 




Disamping artis persembahan dan pengacara berkenaan, turut memeriahkan acara pada malam ini ialah barisan penyampai yang terdiri daripada nama besar dalam industri  seperti Aaron Aziz, Erra Fazira, Fizz Fairus, Jasmin Hamid, Nassier Wahab, Mizz Nina, Raja Emma, Zizan Razak, Zila Bakarin dan ramai lagi. Janngan lupa saksikan malam ini




LAGI KISAH JIMMY DAN BEKAS ISTERINYA

Written By Admin on Friday, May 23, 2014 | 4:14 AM



TIDAK HALANG JIMMY JUMPA ANAK



Jimmy Shanley tidak pernah dihalang untuk berjumpa dengan anaknya, Zahra Rania Shanley, setiap hari tapi dengan syarat perlu lah menghantar anaknya kembali pada hari yang sama. Begitulah yang dinyatakan oleh bekas ibu mertua pengacara dan penyampai radio Datin Muniroh Kassim. 



Kenyataan ini dijelaskan pada mahkamah apabila Jimmy mendakwa bahawa bekas keluarga isterinya melarang Jimmy untuk berjumpa anaknya. Jimmy juga mendakwa bahawa dia dilarang mengambil anak untuk bermalam. Bekas ibu mertuanya menyatakan bahawa mereka tidak bersetuju jika Jimmy mengambil hak lawatan dan bermalam Zahra Rania. Beliau memberi alasan bahawa cucunya tidak pernah berenggang dengannya selain mendakwa waktu kerja Jimmy yang tidak sesuai untuk menjaga cucunya sehinggal malam. Tambahan alasan beliau lagi, bahawa Jimmy kerja 6pagi - 10pagi sedangkan Zahra Rania bangun tidur pukul 8 pagi. Lagipun rumah Jimmy tidak ada orang disebabkan Jimmy tinggal berkeseorangan. 



Jelas beliau lagi, jika Jimmy nak bawa Zahra bersama diwaktu siang dia tidak kisah, nak datang ambil tiap-tiap hari pun tak apa kerana rumah Jimmy dan bekas ibu metuanya tidak jauh. Tapi dengan syarat diwaktu petangJimmy haruslah mengembalikan cucunya semula. Jimmy masih tidak berpuas hati dengan alasan bekas ibu mertuanya lalu menfailkan permohonan perintah komital (pemenjaraan) terhadap bekas isterinya Nursuhaila Eliani yang mendakwa melanggar perintah Mahkamah Tinggi Syariah yang membabitkan hak lawatan dan bermalam dengan anak perempuan tunggalnya. 



Dakwaan Jimmy lagi, dia masih lagi gagal untuk berjumpa anaknya walaupun mahkamah telah mengeluarkan perintah membenarkan hak lawatan dan bermalam dengan anaknya yang kini berusia dua tahun 11 bulan.


MENGENALI TANDA AWAL TEKANAN JIWA


ADAKAH ANDA MENGALAMI TEKANAN JIWA




Individu yang mengalami kemurungan tahap serius, mudah marah, bersedih dan selalu menyendiri perlu menjalani pemeriksaan kaunseling. Beberapa kes sadis yang dilaporkan sebelum ini antaranya membabitkan penderaan, pembunuhan dan bunuh diri, Ini dikaitkan dengan mereka yang mengalami tekanan jiwa dan masalah mental akibat kegagalan mengawal kemurungan diperingkat awal.



Rawatan dan kaunseling di peringkat awal dapat dilihat dan boleh membendung kejadian yang tidak diingini berlaku. Jika seseorang itu tertekan dan mengalami kemurungan perlulah berjumpa doctor atau pakar psikiatri/sakit jiwa (psychiatrist) bagi mendapatkan khidmat kaunseling serta mendapatkan rawatan perubatan yang bersuaian jika ia diperlukan. 


Tahap kemurungan itu bergantung pada tuan empunya diri dalam mengawal emosi dan perasaan. Jika kemurungan melampau boleh menyebabkan seseorang individu hilang pertimbangan diri dan akhirnya berlaku sesuatu yang tidak diduga. 




Orang ramai harus lah mengambil tahu tentang adakah seseorang itu mengalami tekanan jiwa melalui karakter dan perubahan dalam kelakuan mereka. Masyarakat perlu lah lebih sensitif dan memujuk mereka untuk menjelaskan masalah atau tekanan yang tidak dapat diselesaikan oleh seseorang itu. Seseorang yang mengalami tekanan jiwa atau kemurungan perlu lah mendapatkan bantuan awal serta belajar mengelak daripada memiliki perasaan malu, lemah dan merisaukan persepsi orang awam sebelum masalah itu menghantui pemikiran mereka.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Jiwa Sentap - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger