BLOG JIWA SENTAP

some_text
Home » » IDAYU BEKAS PELAJAR AF3 KAHWIN

IDAYU BEKAS PELAJAR AF3 KAHWIN

Written By Admin on Tuesday, May 20, 2014 | 12:28 AM


TAHNIAH IDAYU AF3 SELAMAT NIKAH



 

Masih ingat tak lagi Idayu pelajar AF3 (2005) yang seangkatan dengan mawi & filex, Marsha, Reza? Pemilik nama sebenar Farah Idayu Yaacub 29, selamat di nikahkan dengan Shahrul Fadzil 30 di kediaman pengantin perempuan di Pasir Hor, Kota Baharu, Kelantan. Untuk maklumananda, mereka bernikah dengan hanya sekali lafaz tepat jam 10.30 pagi 15 Mei lalu.




Penyanyi Kasih Yang Terpisah itu dinikahkan oleh Imam Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Ustaz Sabri Abdullah dan Idayu menerima mas kahwin beserta wang hantaran berjumlah RM15,000. Pihak lelaki menyerahkan sembilan dulang hantaran dan turut dibalas dengan jumlah sama oleh pihak perempuan. Menurut Shahrul, mereka berkenalan sejak 2003 lagi ketika masing-masing menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dalam jurusan muzik.




Turut hadir di majlis penikahan Idayu dan Shahrul adalah rakan seperjuangan AF3, Marsha Milan Londoh. Tahniah diucapkan buat Idayu dan suami, semoga ikatan suci yang dibina akan berkekalan hingga ke akhir hayat.



Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Jiwa Sentap - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger