BLOG JIWA SENTAP

some_text
Home » » AZNIL HJ NAWAWI

AZNIL HJ NAWAWI

Written By Admin on Thursday, May 15, 2014 | 7:20 PM

DATUK HJ AZNIL BIN HJ NAWAWI



Datuk Aznil bin Haji Nawawi, atau lebih dikenali sebagai Aznil Haji Nawawi, Aznil atau Pak Nil, merupakan seorang pengacara, pelakon, penyanyi dan penyampai radio terkenal dan termashyur di Malaysia. Beliau dilahirkan pada 6 November 1962 dan membesar di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur. Sudah berkecimpung di dalam bidang pengacaraan lebih dari 24 tahun. Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Malaya. Beliau mempunyai dua orang cahaya mata iaitu Fildza Haifa (Fifi) dan Fariq Haizen (Riki)

Pengacara dan penghibur serba boleh, Aznil Nawawi, 51, kini telah bergelar Datuk. Beliau memulakan kerjaya beliau pada tahun 1990 sebagai seorang wartawan media dengan VT3. Ketika memulakan kerjaya dalam bidang penyiaran, Aznil terlibat dalam berita. Kemudiannya beliau beralih ke sesuatu yang amat berbeza iaitu mengacara rancangan permainan Pop Kuiz pada tahun 1992. Ini diikuti oleh kerja mengacara rancangan majalah hiburan dan gosip Melodi pada tahun 1994, dan seterusnya Teleskop, rancangan wawancara terulung yang membincangkan isu kontroversi di negara.
 

Pada tahun 2000, Aznil bertapak di ntv7 sebagai pengacara rancangan lawak Kamera Apo?. Selepas itu, Aznil berpindah ke Astro Ria, dan di situlah belaiu menandakan kemasukan beliau sebagai pengacara kreatif saluran ini. Antara projek-projek beliau yang terkenal ialah penglibatannya dalam program realiti Akademi Fantasia sejak 2003 sehingga mengumumkan pengunduran diri dari rancangan tersebut pada tahun 2007 setelah lima tahun dan lima musim berturut-turut.

Pada tahun 2004, Aznil mencuba nasib sebagai pengarah filem Aku No. 1 yang turut menyaksikan lakonan beliau. Pada tahun 1995, beliau sudah terlibat dalam lakonan filem Sama Tak Serupa. Pada tahun 2005, setelah menghabiskan dua musim AF, Aznil kemudiannya mencipta rancangan beliau sendiri berjudul Macam-Macam Aznil yang memaparkan "macam-macam". Rancangan ini yang dinobatkan sebagai Rancangan Temu Bual Terbaik Asia di Anugerah Televisyen Asia 2005 di Singapura (Asian Television Award 2005). Pada tahun 2006, Aznil tampil di layar perak sekali lagi, sebagai watak jahat Prof Klon dalam filem Cicak-Man. Sempena perayaan Aidilfitri pada tahun itu, beliau menyumbang suara kepada Rodney Copperbottom dalam alih suara bahasa Malaysia bagi filem Robots. Pada tahun 2007, setelah mengumumkan pengunduran diri dari AF, Aznil beralih ke pembikinan rancangan kanak-kanak Tom Tom Bak untuk Astro Ceria.

Pada tahun 2009, Aznil digandingkan bersama Din Beramboi sebagai pasangan juruhebah terbaru rancangan Riuh Pagi di Era, sebagai satu langkah penstrukturan semula stesen radio berkenaan yang berhadapan dengan kemerosotan jumlah pendengar kepada pesaing terdekatnya, Hot FM.

Antara Rancangan Beliau  :


Pop Kuiz (rancangan hiburan pertama pengacaraan beliau) 
Anugerah Juara Lagu
Anugerah Skrin
Anugerah Planet Muzik 07 (2007)
Anugerah Seri Angkasa
Anugerah Industri Muzik 19 (2012)
Akademi Fantasia Musim 1 (Tirai AF & Konsert AF)
Akademi Fantasia Musim 2 (Tirai AF, Konsert AF, & Imbasan AF)
Akademi Fantasia Musim 3 (Tirai AF, Konsert AF, Diari AF, & Imbasan AF)
Akademi Fantasia Musim 4 (Tirai AF, Konsert AF, Diari AF, & Imbasan AF)
Akademi Fantasia Musim 5 (Tirai AF, Konsert AF, Diari AF, & Debat AF)
Akademi Fantasia Musim 9 (Tirai AF, Konsert AF, Diari AF, & Debat AF)
Melodi (selama setahun sebelum menandatangani kontrak secara ekslusif bersama Astro pada Oktober 2004)
Kamera Apo?
Macam-macam Aznil
Tom Tom Bak
Jangan Lupa Lirik 

Mania (2012)1995

Filem Lakonan Beliau :


Sama Tak Serupa (pelakon utama) 2004
Aku No. 1- Aznil (pelakon utama) 2005
Pontianak Harum Sundal Malam 2 - Pasangan Kekasih Lelaki (penampilan kameo) 2006
Robots - Rodney Copperbottom (watak utama, alih suara)
Cicak-Man - Profesor Klon (watak utama) 2007
Otai - Pengacara Program Otai (penampilan kameo) 2008
TMNT - Raphael (watak utama, alih suara)
Cicak-Man 2 - Profesor Klon (watak utama) 2010
Magika - Pak Pandir [watak pembantu] 2012
[Hoore Hoore] Rizal [watak pembantu]

Album mini Aznil Nawawi telah diterbitkan dan dilancarkan secara rasmi pada 13 Ogos 2008. Album mini tersebut yang berjudul "Aznil" merangkumi 3 lagu gubahan Edry Abdul Halim dan 1 lagu nyanyian semula. 2 daripadanya merupakan lagu runut bunyi dari filem-filem terbitan KRU Films (kini KRU Studio) iaitu Duyung dan Cicak-Man.

Senarai Runut:

Teramat Sangat (runut bunyi Duyung)
Profesor Klon (runut bunyi Cicak-Man)
Jangan Cepat Marah
Toyol (nyanyian semula lagu asal 1979 oleh Sudirman Hj Arshad)



Pencapaian Beliau :


2012
Pengacara Popular ABPH
 

2011
Pengacara TV Lelaki Popular (Anugerah Bintang Popular 2010)
Most Inspirational Host (TV3 Mykids Award)
 

2010
Pengacara TV Lelaki Popular (Anugerah Bintang Popular 2009)
 

2009 
Pengacara TV Lelaki Popular (Anugerah Bintang Popular 2008)
 

2008
Pengacara TV Lelaki Popular (Anugerah Bintang Popular 2007)
 

2007
Bual Bicara Terbaik (Anugerah Skrin 2007 Kategori Penerbitan Dalaman) - Macam-Macam Aznil
 

2006
Pengacara TV Lelaki Popular (Anugerah Bintang Popular 2006)
 

2005
Pengacara TV Popular (Anugerah Bintang Popular 2005)
Rancangan Bual Bicara Terbaik (Asian Television Award 2005, Singapura) - Macam-Macam Aznil
Pengacara TV Terbaik (Anugerah Sri Angkasa 2005)
 

2004
Rancangan Hiburan TV Terbaik (Anugerah Sri Angkasa 2004) - Macam-Macam Aznil
Pengacara TV Popular (Anugerah Bintang Popular 2004)
Anugerah Khas (Media Hiburan 2004)
Pengacara TV Terbaik (Anugerah Sri Angkasa 2004)
 

2003
Pengacara TV Popular (Anugerah Bintang Popular 2003)

Rancangan TV Terbaru :


Master Chief
Macam-Macam Aznil musim baru
Agen The Band

Aznil dianugerahkan Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk bersama 40 individu lain seperti Duta Khas ke India dan Asia Selatan, Datuk Seri S. Samy Vellu dan juga Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar. Istiadat penganugerahan disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di Istana Negara, Jalan Duta. TAHNIAH!





Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Jiwa Sentap - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger