BLOG JIWA SENTAP

some_text

Isu Hangat

Latest Post

Fesyen Seksi Pemakaian Rabecca Islam

Written By Admin on Tuesday, April 29, 2014 | 7:24 PM

Fesyen Pemakaian Rabecca Islam Di Kutuk (4 Gambar)



Apa sudah jadi dengan fesyen pemakaian yang di bawa oleh Rabecca Islam ini. Fesyen yang dibawanya jelas tidak bersesuaian dengan pemakaian hijab yang digunakan. Ini kerana pakaiannya itu menunjukkan bentuk badannya yang sangat jelas.



Gambar ini dimuat naik di Insta miliknya baru-baru ini namun selepas dikutuk oleh para pengikutnya, Rabecca bertindak untuk set private terhadap akaunnnya itu. Apa pula pandangan anda mengenai fesyen Rabecca ini? Lagi gambar selepas ini.






Blogger Kongsi Gaya Tudung Bawal ‘Mawar Fizo Omar’

Written By Admin on Sunday, April 13, 2014 | 11:20 PM

Blogger Kongsi Gaya Tudung Bawal ‘Mawar Fizo Omar’

ISU rampasan tudung tiruan Fareeda oleh pihak berkuasa ternyata cukup hangat diperkatakan sejak minggu lalu.



Ia secara tidak langsung mencetus banyak pandangan termasuklah mengenai harga tudung yang dikatakan mahal dan tidak mampu dimiliki oleh orang yang kurang berkemampuan.
Tidak dinafikan, rekaan tudung Fareeda memang cukup cantik dan menjadi idaman ramai wanita di luar sana.
Justeru, salah seorang penulis blog, Yuna Bella telah mengilhamkan gaya tudung bawal yang seakan-akan gaya tudung yang dipakai oleh pemilik tudung tersebut, Mawar.

Blogger Kongsi Gaya Tudung Bawal 'Mawar Fizo Omar'

Artikel itu sebenarnya sudah diterbitkan sejak bulan Februari lalu, namun mula mendapat perhatian ramai sejak tercetusnya isu rampasan tersebut. Rata-rata mereka memuji ideanya yang dianggap cukup mudah, jimat dan kreatif.

Blogger Kongsi Gaya Tudung Bawal 'Mawar Fizo Omar'

Rasanya, penulis blog itu tidak berniat pun hendak meniru rekaan tudung Fareeda, sebaliknya dia hanya mengaplikasikan gaya yang dikenakan oleh Mawar.

Katanya:

“Kepada yang tak suka tudung awning , tapi nak bergaya macam mawar sila teruskan membaca . hehehehe . aku namakan gaya tudung ni , tudung bawal mawar fizo omar , kang aku letak nama fareeda tak pasal-pasal timbul isu paten . aku tau bila aku pakai tudung macam tu ramai mok cik-mok cik , adik-adik , kakak-kakak yang duk usya gaya tudung aku . muahahahhaha . ok . perasan . aku tipu jer .”

Berikut merupakan beberapa gambar penggayaan tudung ‘Mawar Fizo Omar’ versi bawal yang diambil menerusi blog tersebut.

 bawal
bawal
bawal
bawal
bawal

Secara tidak langsung, ia membuktikan bahawa kita tidak memerlukan wang yang banyak untuk kelihatan cantik, sebaliknya hanya perlu kreatif dalam menata gaya, tak gitu?

Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY

(Sumber: http://yunabella.blogspot.com)

Kelar Lengan Kemudian ‘Tag’ Pakwe Di Facebook

Kelar Lengan Kemudian ‘Tag’ Pakwe Di Facebook

Kelar Lengan Kemudian ‘Tag’ Pakwe Di Facebook


Kebanyakan kita pasti pernah melalui zaman remaja di mana akal masih kurang matang dan terlalu mengikut perasaan.

Tapi tak kira macam mana muda sekali pun usia, pegangan agama dapat mengelakkan diri daripada terjebak melakukan perkara yang tidak sepatutnya – ibu bapa sila ambil perhatian perkara ini.

Jika tidak, jadilah seperti seorang remaja perempuan dalam gambar di atas. Semata-mata kerana putus cinta, adik ini tergamak mengelar lengannya sampai berdarah kemudian berkongsi perbuatannya itu di Facebook untuk membuktikan kepada bekas teman lelakinya dia berani bertindak sedemikian.

Pemeriksaan penulis pada akaun Facebook adik ni bagaimanapun mendapati dia masih sihat dan aktif memuatnaik status-status baru jadi perbuatan ini bolehlah diklasifikasikan sebagai kes nakkan perhatian semata-mata.

Sebenarnya dik, buang masa saja menunjukkan kekecewaan kita terhadap manusia lain.
Kumbang bukan seekor, dibuatnya tersilap toreh sampai putus urat nadi hari tu takkah awak mati sesat tak fasal-fasal?

Gambar Remaja Cium Mulut Perkara Biasa

Komen Budak Sekarang: Gambar ‘Cium Mulut’ Je..


Astaghfirullah… kronik sangat dah generasi muda sekarang ini.
Bayangkan, gambar panas begini bukan sahaja sewenang-wenangnya dikongsikan di Facebook tanpa malu untuk tatapan orang ramai, malah mendapat LIKE sampai ratusan pula.
Tak cukup dengan itu, ada pula yang bagi komen teringin mahu lakukan aksi sama.

Kata budak yang teringin tu:

Fullscreen capture 4142014 10541 PM

Masalah sekarang ni cuba korang tengok betul-betul gambar ni, benda cium mulut je bukan beromen sampai buka baju seluar gile! Macamlah korang tak pernah cium mulut kan? Mustahil weh.

Dari situ dapat dilihat, ‘setakat’ cium mulut adalah perkara biasa bagi budak-budak zaman sekarang.
Apa nak dikata lagi?

Ibu bapa silalah pantau aktiviti anak-anak anda untuk memastikan mereka tak terjebak dengan aktiviti tak bermoral di luar.

Jangan lupa, pastikan juga anda jadi salah seorang ‘Friend’ di Facebook anak-anak anda agar tahu dengan siapa dia berkawan dan sekaligus mengelak mereka mengepos gambar bukan-bukan seperti ini!




Sumber: hotisusemasa.blogspot.com

Masuk Lokap Padah Status Facebook Hina Polis Trafik

Hina Polis Trafik di Facebook Masuk Lokap

Masuk Lokap Padah Status Facebook Hina Polis Trafik

Zaman sekarang, pepatah ‘kerana mulut santan binasa’ mungkin boleh juga ditukar kepada ‘kerana status Facebook badan merana’.




Inilah yang menimpa seorang ibu tunggal beranak satu di Beaufort, Sabah apabila dia ditahan polis kerana satu status yang dimuatnaik di Facebook miliknya.

Status itu berbunyi:

fb
“TRAFIK PAPAR CARI DUIT CARA KEJI… Bodo ke bangang trafik Papar, boleh-boleh saman laju di kawasan lorong memotong Jalan Bongawan tu. Laju 90km/h. Sudah la tiada signboard had laju, gulung balik la tu. Jalan 3 hala. Gila ka mau suruh orang memotong tapi laju 90 ja di sana. Nampak sangat cara perangkap orang tu. Buat jalan tiga hala, siap ada signboard LORONG MEMOTONG tapi tak boleh laju lebih 90. Siapa-siapa mau lalu jalan tu boleh siap-siap bawa batu ka apa-apa ja yang boleh baling kepala otak trafik yang jaga sana sebab bangang sangat…”
Difahamkan, status yang ditulis oleh wanita berkenaan diiringi status lain yang menyebut anggota-anggota trafik sebagai ‘Anjing Anjing Putih C Najib’ membuatkan seorang anggota trafik yang terbaca kenyataan tersebut pada 9 malam, 8 April lalu kemudiannya membuat laporan laporan kepada polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Susulan itu wanita yang bekerja di Agensi Anti Dadah Kebangsaan Beaufort itu ditahan di lokap dan direman, manakala barangan miliknya yang boleh membantu siasatan dirampas.

Dua Biji Mangga Dijual Pada Harga RM9559!

Dua Butir Mangga Dijual Pada Harga RM9559!

Jika di Malaysia sekarang adalah musim mempelam harum manis, di Jepun, sejenis mangga turut mula dijual di pasaran.



Bagaimanapun harga mangga ini amat mahal malah dijual mencecah 300,000 Yen (RM9559) bagi dua biji!

p6-mango-a-20140411

Ini antara harga yang dicatat salah satu daripada 231 unit mangga yang dijual dua biji setiap bungkus di sebuah pasar raya di Fukuoka, Kyushu, Khamis lalu.

 Dua Butir Mangga Dijual Pada Harga RM9559!


Mengikut Persekutuan Pertanian Ekonomi Miyazaki, mangga yang dijual di bawah jenama Taiyo no Tamago (Egg of the Sun) ini bernilai tinggi kerana ia dipilih di bawah kriteria amat teliti termasuk berat setiap satunya mesti melebihi 350 gram dan memiliki rasa sangat manis.

media_139730285809678400

Salah seorang pengusaha mangga mahal ini, Yasukazi Matsuda yang ditemui pada hari jualan menyatakan syukur atas harga pasaran baik yang diperoleh memandangkan para pengusaha telah berdepan dengan kesukaran menjaga mutu tanaman mangga mereka pada tahun ini disebabkan suhu amat rendah.

Implan Payu Dara Bergerak Ke Bahagian Perut Dan Belakang Badan

Implan Payu Dara Bergerak????!!!!

BEIJING – Seorang wanita terkejut selepas mendapati implan yang ditanam dalam payu daranya sejak 12 tahun lalu, telah bergerak ke bahagian lain badan dengan sebelah di bahagian belakang manakala sebelah lagi di bahagian perut.


Wanita itu, Tian Hui, 39, berkata, dia menanam implan tersebut pada 2002 untuk kelihatan menarik selepas suaminya menjalinkan hubungan dengan seorang wanita berusia enam tahun lebih muda daripadanya.
Jelas Tian, sejak itu keyakinannya tergugat, menyebabkan dia mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan membesarkan payu dara, apatah lagi selepas suaminya berjanji untuk menamatkan hubungan sulit berkenaan.

“Saya selama ini percaya perkahwinan kami bahagia sehinggalah dia menjalin hubungan dengan wanita lain.
“Kami berbaik semula demi kepentingan keluarga,’’ katanya yang mengusahakan perniagaan restoran.
Tian kemudiannya membuat pembedahan payu dara itu namun selepas beberapa tahun pembedahan itu dijalankan, dia mendapati implan itu sentiasa bergerak.

“Saya amat malu dan cuba menyembunyikannya. Setiap kali bangun tidur implan itu bergerak dan berada jauh antara satu sama lain. Keadaan ini memaksa saya melakukan pemeriksaan doktor,’’ katanya.

implan-payudara-bergerak

Dia kemudiannya menjalani pembedahan membuang implan tersebut dan memasukkan implan baru.
Dalam pada itu doktor yang merawatnya berkata, implan itu adalah racun dan jika ia dimasukkan ke dalam badan, ia bukan sahaja menyebabkan kerosakan kepada saraf malah kepada buah pinggang.
“Dalam kes-kes tertentu, ia boleh menyebabkan kanser,’’ katanya.

Majlis Resepsi Julfekar Dan Min Yasmin Meriah

Gambar Julfekar & Min Yasmin Bersatu

SHAH ALAM – Malam majlis resepsi bagi meraikan pasangan pengantin baharu, komposer Julfekar dan Min Yasmin berlangsung dengan penuh tradisi dan meriah di Ndah Mahligai, di sini, malam Ahad.



min-yasmin-dicium-julfekar

Pada majlis yang berkonsepkan persandingan dalam taman itu, Min atau nama sebenarnya Nurul Yasmin Abdul Aziz, 25, kelihatan anggun dengan pakaian rekaan Butik Princess berwarna putih.

Acara yang bermula kira-kira pukul 8.50 malam dimulakan dengan bacaan doa sebelum majlis merenjis untuk kedua-dua mempelai.

Gambar Pernikahan Komposer Julfekar Dan Min Yasmin

Sepanjang berlangsungnya majlis yang dikendalikan oleh anak Julfekar sendiri bernama Zulfadhli itu, pasangan pengantin dan tetamu turut dihiburkan dengan persembahan daripada penyanyi-penyanyi bawah bimbingan Julfekar.

Kira-kira 500 orang hadir dalam majlis meriah itu termasuklah keluarga dan sahabat-handai kedua-dua belah pihak serta rakan-rakan artis seperti Faradhia, Lufyia, Datuk Rosyam Nor dan David Teo.

gambar-julfekar-kahwin-min-yasmin

Terdahulu, Min dan Julfekar atau nama sebenarnya Julfekar Ahmad Shah, 49, sah bergelar suami-isteri pada 4 April lepas selepas diijabkabulkan di Masjid Kota Damansara dekat sini.

Majlis Pernikahan Komposer Julfekar Dengan Penyanyi Min Yasmin

Yasmin Hani Jadi Pelupa Sejak Bersalin Anak Sulung

Yasmin Hani Jadi Pelupa Sejak Bersalin Anak Sulung

PETALING JAYA – Pelakon Yasmin Hani menjelaskan dia mengalami masalah yang pelik iaitu mudah lupa sejak bersalin anak sulung, Noah Ismail Wong pada 13 November tahun lalu.

.

.
Yasmin atau nama sebenarnya Yasmin Hani Ismail Richardson, 35, berkata, keadaan itu membuatkan dia berasa risau kerana sukar untuk memberi fokus dalam kerjaya lakonannya.

“Sebenarnya sejak mengandungkan Noah lagi, saya mengalami masalah mudah lupa. Risau juga dibuatnya.

“Apatah lagi sekarang ini saya terlibat dengan teater Di Bawah Lindungan Kaabah yang akan dipentaskan pada Mei depan dan dialog yang digunakan dalam pementasan itu adalah Melayu Nusantara.

“Harap-harap saya dapat melakukannya dengan baik memandangkan ia merupakan pementasan teater pertama saya,” katanya kepada mStar Online.
.

.
Selain Yasmin, teater yang diarahkan Rosminah Mohd Tahir itu turut dibarisi pelakon Adi Putra, Nasha Aziz, Elfira Loy, Fizo Omar, Zahid (AF2), Liza Abdullah dan Dayana Roza.Ia bakal dipentaskan bermula 9 hingga 18 Mei depan.

Yasmin-Hani-pelupa

Harga tiket serendah RM30 hingga RM200 boleh dibeli dengan melayari www.AirAsiaRedTix.com.
Sementara itu, ditanya pula mengenai pengalamannya sebagai seorang ibu, Yasmin berkata, dia kini cukup bahagia dan menyifatkan Noah merupakan sebahagian pelengkap rumah tangganya bersama suami iaitu Sha’arin Razali.

Bagaimanapun, Yasmin berkata, dia kini seorang yang sensitif berbeza dengan sebelum ini.

“Entah, pelik pula jadinya apabila hati saya mudah tersentuh dan saya tidak suka dengan sikap seperti ini.

“Sebelum ini saya sangat tegas dan tidak pernah menangis. Ini tidak, apabila melihat sesuatu di televisyen berkaitan kanak-kanak yang ditimpa musibah, hati saya terus sebak membayangkan sekiranya ia terjadi pada Noah pula,” tuturnya.

Anak Che Ta Nafi Bakal Dapat BMW X6

Written By Admin on Thursday, April 10, 2014 | 12:39 AM

Anak Che Ta Nafi Bakal Dapat BMW X6

Anak sulung Rozita Che Wan, Ammar Effendy menafikan laporan media yang mengatakan ibunya akan menghadiahkan kereta mewah BMW X6 kepada dirinya berikutan kejayaan cemerlang Ammar dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu.





Ammar menafikan perkara tersebut dengan menulis di laman Twitternya yang membawa maksud laporan media itu sebagai salah lapor dan adalah tidak benar sama sekali.



Sebelum ini, terdapat laporan media mendedahkan Rozita atau Che Ta berhasrat membeli BMW X6 sebagai hadiah di atas kecemerlangan akademik anaknya.

 
 
Kalau dah begini responsnya, mungkin tak betullah kot berita tu, tapi kalau betul pun, memang beruntunglah anak Che Ta kan!

Smartphone Lenovo Gegarkan Market Samsung

Terkini! Lenovo Malaysia Hasilkan Telefon Pintar! Harga Lebih Murah Daripada iPhone

Lenovo Malaysia membawakan barisan telefon pintar terus ke negara ini melalui model K900, P780, S920, S820, A706 dan A380.

K900 dibariskan di depan sebagai model utama berkuasa pemproses Intel Atom dengan rekaan senipis 6.9mm menjadikannya telefon paling nipis pada kategorinya dengan berat hanya 162g.

Model terbabit meng­gunakan bahan kukuh aloi dan polikarbonat di samping keupayaan skrin 5.5 inci jenis IPS 1080p HD Penuh pada 400 piksel setiap inci yang dikuasakan skrin sentuh Gorilla Glass 2.

P780 pula sesuai bagi kegunaan profesional dan ahli perniagaan apabila mesin terbabit direka untuk beroperasi 24/7 menampilkan ketahanan bateri sehingga 4000mAh yang turut dilengkapkan perisian Tenaga Pintar Lenovo.

Lain pula ceritanya dengan S920 yang direka berdasarkan saiz skrin 5.3 inci apabila golongan sasar­nya anak muda aktif bersosial di Internet dan kaki apabila kameranya diperkemaskan dengan resolusi kamera 8MP selain pemprosesan grafik hebat.

Sementara model S820 memperjudikan memaparkan skrin 4.7 inci HD yang menawarkan pengguna imej lebih terperinci sesuai bagi mereka menonton filem HD kegemaran tanpa masalah ‘lagging’.

Model A706 pula bukan saja dilengkapi pemprosesan Quad Core 1.2GHz dan RAM 1GB, malah ia dikatakan telefon yang bersesuaian sekiranya anda menitikberatkan soal wang ringgit dalam pembelian apabila dijual pada harga hanya RM699.

Lelaki Paku Kemaluan

Lelaki Paku Kemaluan Disiasat

Moscow – Pihak berkuasa Russia melancarkan siasatan terhadap seorang seniman persembahan yang memaku kemaluannya ke Dataran Merah di Moscow minggu lalu, kata polis semalam.



Jurucakap polis berkata, Pyotr Pavlensky disiasat kerana melakukan “kebuasan” yang didorong oleh kebencian – tuduhan yang sama pernah dikenakan ke atas kumpulan punk Pussy Riot.

Kata jurucakap itu, jika Pavlensky didakwa dan disabitkan kesalahan artis yang berpangkalan di St Petersburg itu boleh dihukum penjara lima tahun.

Ahad lalu Pavlensky, 29, berbogel dan duduk di kawasan lapang medan bersejarah di Moscow itu sebelum memaku kemaluannya ke tanah tanpa mempedulikan orang ramai.

Polis berjaya memujuk Pavlensky dan mengiringinya meninggalkan tempat itu.

Dia dimasukkan ke hospital seketika sebelum dibawa bertemu pakar sakit jiwa.
Namun, dia dibebaskan sehari kemudian apabila hakim daerah mendapati berlaku kesilapan dalam dokumen pendakwaan polis dan pihak berkuasa gagal membuktikan berlaku salah laku pada Pavlensky. – AFP

Wanita Tanpa Bra Mengamuk Di McDonalds

Wanita Tanpa Bra Mengamuk Di McDonalds 

She’s not lovin’ it…



Kejadian dipercayai berlaku di Mcdonalds St Petersburg, Florida, Amerika Syarikat.
Rakaman adalah dari kemera keselamatan restoran berkenaan.

Entah apa la yang dia marah sangat…atau sedang berhalusinasi kot… sehingga pekerja-pekerja lelaki restoran tu pun hanya mampu melihat.

Dalam video di bawah, wanita berkenaan selain menghancurkan barangan, turut memakan ais krim dari mesin.

Lebih menarik kalau menonton video ini adalah suara gelak ketawa krew Mcdonalds ketika menonton kembali kejadian itu.

Memang best pemandangan… kah kah kah

Bekas Drummer Ukays Kini Mujahidin Di Syria

Bekas Drummer Ukays Kini Mujahidin Di Syria

Bagi mereka yang membesar tahun 90an, anda tentu mengetahui tentang kumpulan Ukays yang mencipta nama antara kumpulan muzik paling popular pada satu ketika.


Antara ahli terawal anggota kumpulan ini adalah pemain dram, Ali.

Bersama Ukays, Ali sempat terlibat dalam dua album iaitu Mencari (1992) dan Bisa Berbisa (1994) yang antara lain memuatkan lagu popular Berkat Kasihmu, Seksa, Kau Satu-Satunya dan Di Sana Menanti Di Sini Menunggu.
ukays-bisa-berbisa
bisa berbisa

Kini kumpulan Ukays sudah berkubur namun perkembangan terbaru Ali agak mengejutkan.
Nampaknya Ali bukan sahaja meninggalkan dunia muzik tetapi memilih untuk melakukan sesuatu yang berat dibuat oleh kebanyakan yang lain iaitu meninggalkan negara untuk tujuan jihad.

Berdasarkan gambar-gambar yang dikongsikan di laman Facebook, Ali kini tidak lagi memegang stik dram tetapi AK47 untuk sama-sama menentang rejim Basyar Al Assad.

pmiandrumukays
aliukays2

Kami pasti, apa yang dilakukannya ini sudah difikirkan masak-masak. Sama ada gugur sebagai syahid atau ditangkap kerana melanggar undang-undang, Ali sesungguhnya sedang memilih satu jalan yang sukar dipilih oleh orang lain.

Semoga reda Allah bersama Ali dan para mujahidin yang berjuang demi umat Islam menentang kezaliman di mana sahaja pelusuk dunia ini. – MYNEWSHUB

Oleh: REM RAMZI
Sumber: Facebook Issey Tourist Guide /gayapeneroka.blogspot.com/

Media Russia Lapor Nama Perampas #MH370, ‘Hitch’?

Nama Perampas #MH370, ‘Hitch’

SUSULAN dakwaan sumber yang rapat dengan agensi risikan Russia FSB, sebuah akhbar negara berkenaan menurut satu laporan hari ini mendakwa sumber yang sama juga mengetahui nama perampas itu.
Menurut laporan akhbar Russia yang dipetik laman web beforeitsnews.com , perampas yang bertindak ‘melarikan’ pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dikenali dengan nama ‘Hitch’.



Menurut akhbar The Moskovsky Kosomolets yang memetik sumber enggan dikenali menyebut sumber itu berkata juruterbang pesawat MH370 tidak bersalah dalam kejadian itu.

“Penerbangan MH370 yang hilang pada 8 Mac lepas telah dirampas, kedua-dua juruterbang tidak bersalah dan pesawat dirampas oleh pesawat yang dikenali, kami hanya mengetahui nama pengganas yang memberikan arahan sebagai ‘Hitch’.

“Pesawat itu kini berada tidak jauh di Kandahar berdekatan dengan sempadan Pakistan,” dakwa akhbar berkenaan yang dipetik laman web voiceofrussia.com.

Menurut laporan itu, sumber berkenaan mendakwa pesawat itu diletakkan di sebuah jalan di pergunungan dan sayapnya rosak, kemungkinan akibat pendaratan yang agak kasar.

“Semua penumpang terselamat dan mereka diletakkan di dalam sebuah pondok dengan hampir tiada makanan,” katanya.

Sumber yang tidak didedahkan namanya itu berkata beberapa orang ‘pakar’ yang berjumlah 20 orang dari Asia telah ditahan dengan seorang daripada mereka warga Jepun.
Ia kemungkinan merujuk kepada para pekerja syarikat elektronik Freescale Semiconductor.
Biarpun begitu pendedahan akhbar itu tidak menular ke seluruh dunia mahupun ke Amerika Syarikat.
Akhbar itu melaporkan, pihak berkuasa Malaysia membuat pengumuman bahawa pesawat itu telah pun mengakhiri penerbangannya di Lautan Hindi.

Sebelum itu, akhbar The Independent pada 16 Mac pernah melaporkan spekulasi berkaitan pesawat berkenaan telah terbang di kawasan yang dikawal oleh militan Taliban.

“Pesawat MH370 yang hilang telah diterbangkan tanpa dikesan radar ke kawasan Taliban di sempadan Afghanistan,” menurut laporan The Independent. – MYNEWSHUB.MY

Ultimate Worrior Lagenda Wrestling Mati

Written By Admin on Wednesday, April 9, 2014 | 11:44 PM

Legenda Gusti Ultimate Warrior Disahkan Mati 

Tak lama selepas namanya dimasukkan ke senarai Hall of Fame WWE, legenda gusti Ultimate Warrior meninggal dunia lewat malam semalam.



Selepas 18 tahun meninggalkan WWE, ahli gusti yang terkenal pada zaman Hulk Hogan ini sempat kembali ke gelanggang WrestleManis 30 dan Monday Night Raw bagi mengembalikan ingatan peminat kepadanya, kelmarin.

Pada zaman kegemilangannya Warrior terkenal kerana lincah, sering menyusup masuk melalui bawah gelanggang, gemar menggunakan jurai-jurai tali yang diikat pada lengan dan suka membuatkan penonton bingung dengan kenyataannya.





Dilahirkan dengan nama James Brian Hellwig, namanya ditukar kepada Ultimate Warrior secara sah pada 1993.

Warrior yang meninggal dunia pada usia 54 meninggalkan isteri, Dana dan dua anak perempuan, Indiana dan Mattigan yang turut mengiringinya di podium ketika namanya diumumkan terukir di Hall Of Fame WWE di New Orleans, Sabtu lalu.



Dalam kenyataan dikeluarkan di laman web WWE, mereka bersyukur kerana sempat memberikan penganugerahan kepada salah seorang bintang paling terkenal dalam sejarah WWE ini sebelum pemergiannya

ULTIMATE WORRIOR DALAM KENANGAN



 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Jiwa Sentap - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger