BLOG JIWA SENTAP

some_text

Isu Hangat

Latest Post

Punca Buku Ultraman The Ultra Power Diharamkan Malaysia

Written By Admin on Saturday, March 8, 2014 | 8:22 AM

Punca Buku Ultraman The Ultra Power Diharamkan Malaysia

 Contoh Naskah Buku Ultraman The Ultra Power

Punca buku Ultraman The Ultra Power diharamkan Malaysia. Kementerian Dalam Negeri mewartakan Perintah Larangan Penerbitan terhadap buku ‘Ultraman The Ultra Power’ kerana ianya mengandungi unsur-unsur yang boleh memudaratkan ketenteraman awam.

ultraman

Buku terbitan bahasa Melayu itu adalah terbitan Resign Publications, manakala pencetaknya Network Printers. Mengikut kenyataan Kementerian Dalam Negeri pada 6 Mac 2014, warta larangan itu berkuat kuasa mulai 18 Februari 2014 mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
Mereka yang disabitkan melakukan kesalahan termasuk memiliki dan mengedar buku berkenaan boleh dikenakan penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.

Fakta Buku Ultraman The Ultra Power Diharamkan Malaysia
  • Mengandungi unsur-unsur yang boleh memudaratkan ketenteraman awam.
  • Menjejaskan keselamatan
  • Menggunakan ayat atau perkataan yang mengelirukan
  • Menggunakan perkataan “Allah” dalam Buku Ultraman Edisi Bahasa Melayu
  • Merosakkan akidah anak-anak umat Islam dengan menyamakan Allah dengan Ultraman.
  • Buku diharamkan berkuat-kuasa mulai 18 Februari 2014
Punca Buku Ultraman The Ultra Power Diharamkan

punca


WAJAH PEMBANTU JURUTERBANG MAS PENERBANGAN MH370 DARI KUALA LUMPUR KE BEIJING DAN DILAPORKAN TERHEMPAS DI LAUT CHINA SELATAN

WAJAH PEMBANTU JURUTERBANG MAS PENERBANGAN MH370 DARI KUALA LUMPUR KE BEIJING DAN DILAPORKAN TERHEMPAS DI LAUT CHINA SELATAN.


Wajah Fariq Abdul Hamid pembantu juruterbang MH370

Dalam penerbangan itu, pembantu juruterbang Pegawai Pertama Fariq Abdul Hamid yang mempunyai pengalaman sebanyak 2,763 jam penerbangan.

Gambar nya tersebar di laman sosial rata-rata pelayar laman sosial menggunakan #hastang #Prayformh370 #Pray4mh370 sebagai sokongan dan harapan agar semua penumpang dan anak kapal selamat, Fariq di khabarkan berasal dari Kelantan.

WAJAH DAN BIODATA KAPTEN PESAWAT BOEING 777 MH370 YANG DILAPORKAN HILANG DALAM PERJALANAN DARI KLIA MENUJU BEIJING.

WAJAH DAN BIODATA KAPTEN PESAWAT BOEING 777 MH370 YANG DILAPORKAN HILANG DALAM PERJALANAN DARI KLIA MENUJU BEIJING.

WAJAH DAN BIODATA KAPTEN PESAWAT BOEING 777 MH370 YANG DILAPORKAN HILANG DALAM PERJALANAN DARI KLIA MENUJU BEIJING.
Seperti yang sedia maklum, pesawat MH370 yang berada dalam perjalanan dari KLIA ke Beijing dilaporkan hilang dan gagal dikesan menerusi radar.

Turut gagal dikesan adalah 12 krew penerbangan termasuk 227 penumpang yang lain.
Terdahulu, pesawat MH370 berlepas dari KLIA ke Beijing pada jam 12.41 pagi (8 Mac 2014) sebelum gagal dikesan menara kawalan pada jam 2.40 pagi.

Biodata Kapten Pesawat MAS MH370
Nama Penuh: Zaharie Bin Ahmad Shah
Warganegara: Malaysia
Umur: 53 Tahun
Pekerjaan: Kapten Juruterbang Pesawat Boeing 777
Tahun Berkhidmat: 1981
Pengalaman: 18,365 Jam Penerbangan
Syarikat Penerbangan: MAS

Syamsul Yusof Sah Bergelar Suami

Syamsul Yusof Sah Bergelar Suami 

BIARPUN masih lagi dalam keadaan kurang sihat akibat penyakit demam denggi, pengarah filem dan pelakon Syamsul Yusof, 30, akhirnya selamat bergelar suami kepada aktres Puteri Sarah Liyana, 29, dengan sekali lafaz dalam satu majlis yang diadakan di Masjid Al Mukarramah, Sri Damansara, di sini, Sabtu.



Pasangan itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Kariah Masjid Al Mukarramah kira-kira pukul 10.30 pagi.

Puteri Sarah diwalikan oleh bapanya Megat Kamaruddin Megat Shamsuddin.
Syamsul memberikan mas kahwin sebanyak RM1,111.

Rombongan lelaki turut membawa tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang oleh pihak perempuan.
Sementara itu, majlis resepsi yang dijadualkan berlangsung pada malam Sabtu ditunda ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian berikutan keadaan kesihatan Syamsul.

Syamsul yang dimasukkan ke Pusat Perubatan Gleneagles pada Selasa selepas disyaki demam denggi masih lagi mendapatkan rawatan di pusat perubatan tersebut.

Manakala majlis menyambut menantu akan diadakan pada 18 April di Dewan Perdana Felda dan 20 April di kediaman pengantin lelaki di Taman Melawati.

Pada 12 Januari lalu, Syamsul telah merisik Puteri Sarah dalam satu majlis yang diadakan di kediaman wanita itu di Sri Damansara, di sini. – mStar

 

GAMBAR: Majlis Pernikahan Syamsul-Sarah

GAMBAR: Majlis Pernikahan Syamsul-Sarah

TAHNIAH diucapkan kepada pengarah muda, Syamsul Yusof, 30 yang telah selamat dinikahkan dengan Puteri Sarah Liyana, 29, di Masjid Al Mukarramah, Sri Damansara pagi tadi.



Memang tampak berseri-seri kedua-duanya biarpun keadaan Syamsul masih lagi kurang sihat akibat demam denggi. Apa pun, jom kita layan beberapa gambar sekitar majlis pernikahan mereka yang dikongsikan oleh portal OHBULAN!.
GAMBAR: Majlis Pernikahan Syamsul-Sarah
GAMBAR: Majlis Pernikahan Syamsul-Sarah
GAMBAR: Majlis Pernikahan Syamsul-Sarah
GAMBAR: Majlis Pernikahan Syamsul-Sarah
GAMBAR: Majlis Pernikahan Syamsul-Sarah
GAMBAR: Majlis Pernikahan Syamsul-Sarah
GAMBAR: Majlis Pernikahan Syamsul-Sarah
GAMBAR: Majlis Pernikahan Syamsul-Sarah

M’sia, Vietnam Lancar Operasi Mencari Pesawat

M’sia, Vietnam Lancar Operasi Mencari Pesawat 

SEPANG – Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines Ahmad Jauhari Yahya hari ini menafikan spekulasi bahawa penerbangan Malaysia Airlines ke Beijing yang hilang telah mendarat di Nanming, China.
Penerbangan MH370 itu terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada 2.40 pagi hari ini, kira-kira dua jam selepas ia berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini, katanya dalam sidang akhbar.



Ahmad Jauhari berkata pasukan mencari dan menyelamat Malaysia dan Vietnam telah mengaktifkan operasi mereka di Laut China Selatan di sepanjang sempadan ruang udara Malaysia dan Vietnam semasa hubungan dengan pesawat itu terputus.

“Mereka melancarkan operasi mencari dan menyelamat beberapa jam lalu. Dan mereka masih berusaha. Kita perlu menunggu keputusannya.

“Setakat ini, kami masih belum menerima sebarang pengesahan bahawa ada pesawat mendarat di Nanming, China. Kita terputus hubungan pada kira-kira 2.40 pagi, itu hubungan radar.

“Kedudukan terakhir yang dilaporkan ialah kira-kira 120 batu nautika di timur Kota Baharu, di Laut China Selatan. Tidak ada petanda isyarat kecemasan daripada pesawat,” katanya. – BERNAMA

Zed Zaidi Minta MAAF Kenyataan BANGANG Di Twitter Mengenai Kehilangan Pesawat MAS

Zed Zaidi Minta MAAF Kenyataan BANGANG Di Twitter Mengenai Kehilangan Pesawat MAS 


Di saat satu negara menanti penuh resah nasib penumpang pesawat MH370 yang masih hilang, Presiden Seniman, Zed Zaidi mengeluarkan kenyataan yang membuatkan dirinya diselar banyak pihak.
Dianggap tidak sensitif dengan keadaan semasa, Zed tidak sepatutnya mengupas perkara ini secara sinikal dan berbaur hentaman kepada Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) memandangkan masalah sebenar masih belum dapat dikenalpasti.
1965002_10201574643591085_34058986_n

Bagaimanapun selepas menerima banyak komen ‘nasihat’ di Twitter, Zed Zaidi akhirnya mengakui kesilapan dan memohon maaf.

“Saya Mohon Maaf Atas Kenyataan Mengenai Kapal Terbang MAS Yang Hilang di Twitter & FB Sy tadi. Saya Tiada Niat Utk Memburukan Lagi Keadaan,” demikian permohonan maaf diucapkan menerusi Facebook Rozaidi Jamil (Zed Zaidi) miliknya.

Manakala menerusi Twitter, Zed memuatnaik status:

Fullscreen capture 382014 13329 PM 
  Fullscreen capture 382014 13148 PM

Diharapkan semua pihak, apatah lagi jika anda mempunyai kedudukan tertentu berhati-hatilah sebelum mengeluarkan komen apatah lagi apabila membabitkan isu nasional.

Tersilap cakap, reputasi anda mungkin tercalar selain dianggap ‘kurang cerdik’. – REM RAMZI MYNEWSHUB

Posisi Terakhir Pesawat 120 Batu Nautika Dari K. Bharu

Posisi Terakhir Pesawat 120 Batu Nautika Dari K. Bharu 

PETALING JAYA - Pasukan Mencari dan Menyelamat pesawat MAS MH370 yang hilang di Laut China Selatan dikatakan telah mengesan isyarat Alat Pemancar Kecemasan (Emergency Locator Transmiter) kurang lebih 300 kilometer dari pantai Vietnam.



Menurut sumber-sumber, pasukan menyelamat kini menjurus ke arah isyarat yang dipancarkan dari alat tersebut.

Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya dalam satu sidang akhbar khas di KLIA lewat pagi Sabtu berkata, kali terakhir penerbangan MH370 berhubung dengan menara kawalan adalah pada posisi 120 batu nautika dari Kota Bharu, merentasi Laut China Selatan.

“Ia merupakan kawasan sempadan laut Malaysia – Vietnam,” katanya pada sidang media khas di KLIA, Sabtu.

Beliau berkata, kerjasama akan dilakukan dengan pihak berkuasa Vietnam dalam usaha menjejaki pesawat tersebut.

Terdapat 38 rakyat Malaysia dalam pesawat MAS yang hilang itu.

Penumpang lain ialah dari China (152 + 1 bayi), Indonesia (12), Australia (7), Perancis (3), Amerika (3+1 bayi), New Zealand (2), Ukraine (2), Kanada (2), Rusia (1), Itali (1), Taiwan (1), Belanda (1), Austria (1).
Anak-anak kapal yang berada dalam pesawat malang itu dikenal pasti sebagai Zaharie Ahmad Shah, Farid Ab Hamid, Patrick Francis Gomes, Andrew Nari, Goh Sock Lay, Tan Ser Kuin, Wan Swaid Wan Ismail, Junaidi Mohd Kassim, Mohd Hazrin Mohamed Hasnan, Ng Yar Chien, Foong Wai Yueng dan Tan Size Hiang.

MH370 berkongsi kod penerbangan dengan China Southern Airlines.

Menurut MAS, pesawat MH370 itu dipandu oleh Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53, seorang juruterbang veteran dengan mencatatkan 18,365 jam penerbangan. Beliau menyertai MAS pada 1981.
Dalam penerbangan itu, beliau dibantu oleh Pegawai Pertama Fariq Abdul Hamid yang mempunyai pengalaman sebanyak 2,763 jam penerbangan. Beliau menyertai MAS pada tahun 2007. – mStar Online

Hanez Suraya Minta Jangan Kaitkan AuraWhite

Hanez Suraya Minta Jangan Kaitkan AuraWhite 

TERNYATA kontroversi panas yang melihatkan Hanez Suraya dengan suami orang, Mr. R memberi peluang kepada beberapa individu yang tidak bertanggungjawab untuk menghasut orang ramai memboikot produk AuraWhite.



Jika difikirkan, produk tersebut langsung tidak ada kena-mengena dengan masalah Hanez biar pun dia merupakan dutanya.



“Jangan campurkan hal personal dan karier saya. Itu sangat tidak adil untuk pihak AuraWhite sendiri. Saya juga amat berharap perniagaan AuraWhite tidak terjejas bila ada pihak mahu memboikot produk tersebut,” pinta Hanez menerusi Sinar Harian.

Menurut pelakon itu lagi, setakat ini masih ada beberapa lagi tawaran yang datang kepadanya, namun terpaksa ditolak kerana masalah yang sedang melanda dirinya.

Kepada pihak di luar sana, berfikirlah secara logik ya. Jangan sampai perkara yang tiada kaitan pun terpalit sekali…

 

Luahan Sedih Isteri Kekasih Hanez Suraya

Luahan Sedih Isteri Kekasih Hanez Suraya 


“SAYA nak tanya, bila masa saya sah diceraikan? Mana surat cerai? Kenapa Hanez begitu berani membuat kenyataan sedangkan kami belum bercerai. Kenyataan Hanez bagaikan mencabar saya, seolah-olah saya tunggul kayu, sedangkan saya masih isteri ‘R’ yang sah.”

Itu antara luahan isteri kekasih pelakon Hanez Suraya, Liyana Manan menerusi sisipan B*Pop baru-baru ini.

Luahan Sedih Isteri Kekasih Hanez Suraya
Dia menyatakan kekesalannya selepas episod penafian demi penafian yang dilakukan oleh pelakon itu berhubung status kekasihnya yang dikenali sebagai ‘Mr.R’.

Hanez yang pernah ditebak dengan persoalan mengenai status kekasihnya sebelum ini berkata, lelaki itu merupakan duda anak dua.

Tidak lama selepas itu, dia memohon maaf dan menafikan bahawa ‘Mr. R’ seorang duda sekaligus membongkar kisah sebenar yang terjadi antara mereka.


“Selama hari ini, saya mendiamkan diri dan memendam rasa biarpun mengetahui suami menjalin hubungan cinta dengan Hanez. Saya tidak terfikir untuk menganggu Hanez, apatah lagi menyerangnya. Apa saja kenyataan dikeluarkan Hanez, saya baca dan pendam saja dalam hati.

“Bagaimanapun saya tidak mampu menahan sabar apabila dia memuat turun gambar bersama anak-anak saya, Putra Adreeshah,8 dan Putra Rayqarl Shah, 2 dalam laman IG. Apa tujuannya mahu menyakitkan hati saya? Tak cukup rampas dan hancurkan rumah tangga saya, nak tambah lagi penderitaan saya? Cukup-cukuplah maruah saya disiat-siat.

hanez

“Saya akui rumah tangga saya dan suami bermasalah, tapi apa yang dapat saya katakan, konflik rumah tangga kami kian kusut dan huru hara apabila Hanez hadir dalam hidup suami saya. Mereka sudah menjalinkah hubungan sejak 8 bulan lalu, itu pengakuan Hanez sedangkan rumah tangga kami berantakan baru saja 6 bulan. Bermakna rumahtangga kami jadi lintang pukang sejak Hanez menjalinkan hubungan dengan suami saya,” ujarnya lagi.

Liyana berkata, suaminya mula berubah sikap termasuklah gemar membawa telefon bimbit walaupun pergi ke tandas.

“Sebelum ini saya hanya dapat mengagak suami menjalinkan hubungan dengan wanita lain apabila suami bersikap dingin. Sikap peliknya membuatkan saya dapat mengagak sesuatu, gerak hati isteri selalunya benar. Sampaikan masuk tandas pun masih membawa telefon bimbit, jadi faham-faham sendirilah.

“Suami juga selalu mencari pasal dan menuduh saya bukan-bukan sehingga mencetuskan perang besar. Pulang lewat jangan cakaplah, tapi masih bersabar. Kami berpisah bilik tidur dan akhirnya, saya tidak tahan dan ambil keputusan pulang ke rumah ibu saya pada September, tahun lalu.

“Saya terseksa apabila sering dimaki hamun sehingga kami tidak bertegur sapa dan hidup sebumbung bagaikan orang asing. Dia tidak lagi menghargai saya sebagai isterinya dan martabat saya sebagai isteri dipijak-pijak, jadi lebih baik saya keluar rumah.

“Anak pertama bersama suami, manakala anak kedua tinggal dengan saya. Bagaimanapun saya tidak dilepaskan sehingga hari ini. Saya sudah memfailkan permohonan cerai pada Oktober tahun lalu dan kes masih dalam sebutan,” jelasnya.

Menerusi pendedahan ini, wanita ini turut menyertakan bukti gambar percutian pelakon itu dan suaminya.

Luahan Sedih Isteri Kekasih Hanez Suraya

Luahan Sedih Isteri Kekasih Hanez Suraya

Mungkin Hanez boleh dikatakan ‘beruntung’ kerana Liyana seorang wanita yang cukup penyabar kerana tidak menyerangnya biarpun dia mempunyai nombor telefon pelakon itu.

Di akhir perbualannya, dia sempat menitipkan pesanan buat Hanez:

“Apa perasaan anda jika berada di tempat saya? Sebagai wanita, ibu dan isteri, saya diperlakukan seperti patung bernyawa! Mungkin ini hari saya, esok lusa mungkin giliran anda pula. Saya tidak minta jadi begini, jadi tolong hormati perasaan saya selagi saya bergelar isteri Mr.R.”

Memang sedih sebenarnya membaca setiap baris kata-kata Liyana ini.
Bayangkan jika anda berada di tempatnya, entah apa yang akan anda lakukan ketika melihat suami yang pernah bersama ketika susah-senang bercanda-ria dengan wanita lain yang belum mempunyai sebarang ikatan sah.

Kepada ‘Mr.R’, diharap anda tidak akan terus menyorok dan mendiamkan diri bagai seorang pengecut.
Jika benar anda sudah tidak ada hati dengan isteri, selesaikanlah dengan cara yang baik.

Diharap agar Liyana terus bersabar kerana kami yakin pasti ada hikmah di sebalik kepayahan yang dihadapi sekarang…

Oleh: ELZA

 

Hanez Suraya Akur, Tak Jadi Nak Saman Liyana

Written By Admin on Friday, March 7, 2014 | 8:13 PM

Hanez Suraya Akur, Tak Jadi Nak Saman Liyana 

SHAH ALAM – Pelakon Hanez Suraya akur untuk tidak mengambil tindakan terhadap Nurliyana Abd Manan, wanita yang juga isteri kepada teman lelakinya kerana enggan memohon maaf selepas menuduh dia sebagai perosak rumah tangga mereka.



Hanez atau nama sebenarnya Hanez Suraya Abd Aziz, 29, juga enggan mengulas mengenai insiden itu lagi kerana bimbang perkara berkenaan akan menjadi bertambah besar dan disalahtafsirkan oleh pelbagai pihak.

“Terpulang kepada dia (Nurliyana) sama ada ingin memohon maaf atau pun tidak dan saya juga tidak bercadang untuk mengambil tindakan terhadapnya,” katanya ringkas kepada mStar Online.

Hanez ditemui pada sidang media teater Projek Kahwin di Dewan N’Dah Shah Alam di sini, Khamis.
Pelakon drama I Love You Mr. Arrogant itu mengulas kenyataan balas wanita berkenaan yang enggan memohon maaf seperti diminta Hanez dalam satu sidang media khas yang diadakan pada Rabu lalu.

Kontroversi mula tercetus selepas Hanez membuat pengakuan dia bakal berkahwin dengan seorang lelaki kononnya berstatus duda yang dikenali sebagai Mr.R atau nama sebenarnya Romie Razin Adilha, 34, sehingga menjadi punca keretakan rumah tangga pasangan berkenaan.

Hanez bakal beraksi pada teater Projek Kahwin 6 hingga 14 Jun depan yang akan berlangsung di Istana Budaya.

Situasi bertambah tegang apabila isteri Romie membuat kenyataan dalam rancangan Melodi terbitan TV3 dan sebuah akhbar pada Ahad lalu yang menuduh Hanez sebagai punca pergolakan rumah tangganya.
Pada sidang media itu dia menafikan sebagai punca keretakan rumah tangga pasangan berkenaan.

Dalam pada itu, Hanez berkata, dia sentiasa terbuka untuk menyelesaikan kemelut tersebut tanpa melibatkan media selain bersedia bertemu dengan isteri kekasihnya supaya salah faham berkenaan dapat diselesaikan.

“Pada tahap ini saya rasa tidak perlu menggunakan media untuk membuka aib dan ia patut diselesaikan secara tertutup.

“Saya bersedia untuk berjumpa dengan wanita berkenaan bagi menjelaskan situasi sebenar namun saya tidak boleh masuk campur tentang urusan rumah tangga mereka berdua,” katanya
.
Sementara itu, Hanez berkata, dia ada membaca komen daripada masyarakat selepas dia memberi kenyataan pada sidang akhbar yang diadakan.

Hanez berkata, dia tidak menyalahkan mana-mana pihak yang melemparkan kata-kata negatif kepadanya dan memaafkan sesiapa sahaja yang berbuat demikian.

“Saya tidak tertekan cuma sedih kerana orang yang tidak tahu situasi sebenar terus menghukum saya dengan kata-kata kurang enak.

“Tetapi saya tidak kisah dengan pandangan itu kerana mungkin mereka masih belum memahami apa yang cuba saya sampaikan dan memaafkan mereka kerana menuduh saya dengan pelbagai perkataan negatif,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Hanez berkata, dia sangat teruja untuk beraksi pada teater Projek Kahwin kerana itu adalah penampilan pertamanya di pentas teater.

Kata Hanez, biarpun gementar namun dia ingin menyahut cabaran tersebut kerana ia adalah peluang untuk membuktikan kebolehannya sebagai pelakon.

“Dulu penerbit pernah menawarkan saya untuk berlakon teater Maduku Kalut tetapi saya tolak kerana tidak yakin dapat melakukannya.

“Namun semangat dan dorongan daripada produksi dan rakan-rakan membuatkan saya ingin mencuba apabila sekali lagi ditawarkan untuk berlakon teater,” jelasnya.

Selain Hanez, Projek Kahwin turut menampilkan barisan pelakon seperti Izzue Islam, Shah Iskandar, Imam Muda Asyraf, Sherry Alhadad dan Zulin Aziz.

Ia bakal dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya pada 6 hingga 14 Jun depan. – Mstar.com.my

Hanez Suraya Tuntut Isteri Kekasih Minta Maaf

Hanez Suraya Tuntut Isteri Kekasih Minta Maaf 






Memang panas kes melibatkan Hanez Suraya yang dikatakan menjalin hubungan dengan suami orang.

Bermula dengan penyiaran gambar mesra Hanez di tepi pantai bersama kekasih baru disusuli pengakuan mahu berkahwin penghujung tahun ini, akhirnya terpokah cerita bahawa kekasih Hanez sebenarnya suami orang.
hanez

Tumpuan mula diberikan peminat gosip hiburan terhadapnya apabila Hanez tersilap memberikan kenyataan bahawa kekasihnya duda, sebelum kembali dengan permohonan maaf dengan kenyataannya itu.

Bagaimanapun, kesilapan terbesar Hanez adalah memberitahu secara terbuka di sebuah program hiburan tidak ada perempuan yang datang menyerangnya kalau benar kekasihnya iaitu Romin Razin Adilha, 34, adalah suami orang.
Susulan itu, sebuah akhbar menyiarkan pengakuan eksklusif isteri Romin iaitu Nurliyana Manan yang mendakwa dia masih belum diceraikan dan Hanez merupakan penyebab keruntuhan rumah tangganya.

Hanez bagaimanapun dilihat bangkit mempertahankan diri menerusi satu sidang media yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di Bandar Utama, sebentar tadi.
Pada sidang media yang turut dihadiri dua orang peguam mewakili Hanez dan kekasihnya, duta produk Aura White ini menuntut agar isteri Romin memohon maaf kepadanya secara terbuka.

pchanez1 
  pchanez


Hal ini kerana cerita daripada Liyana didakwa fitnah yang telah menyebabkan Hanez atau nama sebenarnya, Hanez Suraya Abdul Aziz, 29, menanggung malu dan berasa terganggu.

Fitnah yang dimaksudkan Hanez adalah dakwaan Liyana bahawa dia merupakan punca keretakan rumah tangganya bersama suami selepas menjalin hubungan dengan Romin sejak lapan bulan lalu.
Dalam kenyataannya, Hanez berkata dakwaan itu tidak benar kerana dia dan Romin mula berkenalan pada 20 Disember tahun lalu sedangkan Liyana memfailkan perceraian pada 8 Oktober tahun sama.

“Saya mahu dia memohon maaf secara terbuka dengan semua tohmahan yang telah dia aibkan. Kalau boleh permohonan secara terbuka seperti sidang media yang telah saya lakukan hari ini,” ujar Hanez.

Fitnah daripada Liyana didakwa Hanez telah mewujudkan kontroversi yang memberikan tempias pada karier seni dan mencalarkan namanya di seluruh Malaysia, selain membuatkan dia dan keluarga dihina oleh masyarakat.

Dalam pada itu, Romin yang turut hadir di sidang media hari ini turut mempertahankan Hanez.
Menurut Romin, dia terkejut dengan perbuatan isterinya memberi kenyataan kepada media dan menyebarkan gambarnya di Bangkok bersama Hanez.

“Memang saya dan dia belum bercerai tetapi masalah rumah tangga kami sudah lama berlaku, sebelum saya mengenali Hanez lagi.

“Malah isteri telah memfailkan cerai pada 8 Oktober 2013 dan ini merupakan fail cerai buat kali kedua yang dibuat oleh dia. Saya harap orang ramai tidak menghentam Hanez tanpa sebab lagi,” tegas Romin.

- REM RAMZI
Sumber: ROTI KAYA / HARIAN METRO / MSTAR / OH BULAN!
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Jiwa Sentap - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger