BLOG JIWA SENTAP

some_text

Isu Hangat

Latest Post

MINUM AIR BOLEH BANTU PULIHKAN PENYAKIT SERIUS

Written By Admin on Friday, January 31, 2014 | 8:10 PM

AIR BOLEH BANTU PULIHKAN PENYAKIT SERIUS

KAJIAN para saintis mendapati amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai banyak manfaat. Japanese Medical Society berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu, amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius.



Di antara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan perubatan di negara matahari terbit itu ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing.

AIR BOLEH BANTU PULIHKAN PENYAKIT SERIUS

Bagaimanapun, amalan minum air kosong sebaik jaga dari tidur ini perlu mengikut beberapa peraturan untuk memastikan keberkesanannya.

Minum 4 gelas air (160ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum berus gigi. Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit. Selepas 45 minit anda sudah boleh makan dan minum seperti biasa.

Anda perlu minum air selepas 15 minit mengambil sarapan, makan tengahari dan makan malam supaya makanan dapat dihadam dengan baik.

Bagi pesakit yang lanjut usia dan tidak larat minum empat gelas air sekali gus diperingkat permulaan, mereka boleh memulakan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara berperingkat sehingga mampu mencapai empat gelas sehari.

Kaedah ini dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu. Jika anda amalkan meminum air mengikut kaedah yang telah diberikan di atas selama tempoh tertentu, penyakit seperti dalam senarai di bawah ini akan semakin baik.

1. Tekanan Darah Tinggi  – 30 hari
2. Gastrik                        – 10 hari
3. Diabetis                       – 30 hari
4. Sembelit                      – 10 hari
5. Kanser                        – 180 hari
6. Tibi                              – 90 hari

Bagi pesakit artritis hanya perlu mengikuti rawatan tersebut untuk tiga hari. Rawatan ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan kecuali diperingkat awal pesakit mungkin kerap buang air kecil.

Ragam Manusia....Terlebih sudah...

Ragam Manusia....Terlebih sudah...


Manusia memang banyak ragamnya. Kali ini kita lihat bagaimana peliknya dan kelakarnya ragam manusia yang menggunakan pelbagai kenderaan sebagai alat pengangkutan. 
2 ekor unta sedang ronda-ronda, makan angin. Bagaimana agaknya mereka menaikkan unta tersebut...dan elok pula duduk di atas pikap tu...
  
Ini baru betul di namakan kereta kuda.

Yang duduk kat atas bumbung tu agak-agak kena tambang tak? Kalaulah bas ini brek mengejut...

Adoyai! Kesiannyalah kerbau tu... Ini sejam sebatu pun belum tentu lagi

Ini baru betul aksi weley!!!

Apa sudah jadi! Pemandu lori tu mesti garu kepala...

Inilah yang dikatakan...lain kali 'ukur baju kat badan sendiri

Keupayaan lori tersebut memang tidak dapat di nafikan...Tapi keupayaan manusia menyusunnya di atas lori tersebut memang mengagumkan!

Berapa buah kenderaan yang di bawa oleh lori ini? 8 atau 16 buah...

Aksi yang kelakar...Terangkat keldai tu! Tergolek mak cik tu!

Suatu aksi yang tidak akan dapat kita lihat di Malaysia...

Kepayahan dan kesukaran demi mencari rezeki yang halal. 

Lelaki ini sangat disayangi oleh pencinta alam. Tapi dia mungkin di benci oleh pencinta binatang... 
Semoga anda terhibur....Senyum dan ketawa merupakan ubat untuk merawat duka. 
Relaks minda anda untuk kesegaran rohani dan jasmani... 

Kesan Dari Budaya Melepak

Kesan Dari Budaya Melepak

Antara kesan masalah melepak yang paling ketara ialah memburukkan imej negara. Keadaan ini berlaku kerana para pelancong yang datang ke negara ini akan mendapat gambaran yang buruk tentang masyarakat di negara kita dan akan menceritakan keadaan ini apabila mereka pulang ke negara mereka. Selain itu, para pelancong akan berasa terganggu dengan suasana yang amat tidak menyenangkan ini. Mereka pasti akan membuat tanggapan bahawa negara kita sudah hilang budaya ketimuran dan kini sedang menuju ke era keruntuhan moral.
Tabiat melepak juga boleh menyebabkan seseorang itu terdorong untuk melakukan sesuatu yang lebih buruk seperti mengambil dadah, meminum minuman keras, mengikuti perlumbaan motosikal secara haram, dan sebagainya. Keadaan ini berlaku kerana golongan remaja yang melepak biasanya akan turut merancang untuk melakukan sesuatu yang akan mendatangkan ‘thrill’ atau keseronokan.


Bahagiamu Deritaku Juara AJL28, Hafiz Bawa Pulang 2 Trofi

Bahagiamu Deritaku Juara AJL28, Hafiz Bawa Pulang 2 Trofi

Sebentar tadi, telah pun berlangsung Anugerah Juara Lagu 28 di mana 12 lagu telah berentap untuk menentukan gelaran juara. Diacarakan oleh Scha Al Yahya dan AG Hotfm, majlis berjalan lancar. Shila Amzah dan Mus May diikuti oleh DJ Fuzz telah membuat persembahan pembukaan sebelum kesemua “finalis” mendendangkan lagu masing-masing.

juara ajl 


Secara keseluruhan, kesemua persembahan ada kelebihan dan keistimewaan masing-masing. Bagi Abang Nara, vokal Hafiz memang jelas terserlah kepaduannya. Namun keputusan juri adalah muktamad. Berikut ialah keputusan AJL28:-
1. Juara - Hafiz (Bahagiamu Deritaku)
2. Naib Juara – Hanya Aku (Hyper Act)
3. Tempat Ketiga - Kalau Aku Kaya (Awi Rafael & Altimet)
4. Vokal Terbaik – Jacyln Victor (Ikut Rentakku)
5. Persembahan Terbaik – Hafiz (Bahagiamu Deritaku)

juara ajl

Apa kata anda? Adakah anda berpuas hati dengan keputusan AJL28 kali ini? Bagaimana pendapat anda mengenai mutu AJL28 secara keseluruhan?

Aksi Intim Nelydia & Sharnaaz Dalam Bukan Kerana Aku Tak Cinta - Qi Razali Tak Boleh Terima

Written By Admin on Wednesday, January 29, 2014 | 9:57 PM

Aksi Intim Nelydia & Sharnaaz Dalam Bukan Kerana Aku Tak Cinta - Qi Razali Tak Boleh Terima 

Sebagai seorang yang juga bekerja dalam bidang yang sama iaitu dunia lakonan, pelakon dan pengacara Qi Razali tahu sepatutnya tidak timbul soal cemburu di hatinya apabila kekasihnya Nelydia Senrose melakonkan beberapa aksi intim bersama pelakon Sharnaaz Ahmad menerusi drama bersiri, Bukan Kerana Aku Tak Cinta yang kini sedang hangat ditayangkan di saluran Astro.

Namun akui pelakon Friday I'm in Love ini, dia sebenarnya masih cuba menerima situasi tersebut. Lebih-lebih apabila Sharnaaz kerap memuat naik foto babak-babak yang menunjukkan kemesraan dia bersama Nelydia di laman sosial Instagram. Kata Qi dia tidak ada masalah apabila melihat gambar-gambar tersebut cuma kapsyen-kapsen romantis yang disertakan Sharnaaz pada gambar-gambar berkenaan secara tidak langsung melahirkan rasa bengang di dalam hatinya.

"Saya faham tujuan dia (Sharnaaz) untuk mempromosikan drama tu. Gambar-gambar tu tak salah dan saya tahu itu antara babak lakonan mereka.

"Tapi kapsyen-kapsyen pada gambar tu yang saya rasa tak patut ditulis sampai begitu sekali. Apapun, sekarang ni saya masih sedang cuba terima dan cuba untuk memahami situasi itu.

"Saya terkejut. Tambah-tambah bila ada kawan-kawan yang hantar gambar tersebut kepada saya. Pada masa tu saya pula saya sedang mengalami sakit belakang. Saya terus tertekan dan teruslah saya twit apa yang saya rasa pada ketika tu", kata Qi Razali kepada pihak media ketika ditemui pada sidang mediaSelebriti Materniti: Yasmin Hani, bertempat di TGV One Utama, semalam.

Bekas pengacara Jalan-Jalan Cari Makan ini berkata demikian ketika diminta mengulas ekoran insiden tindakannya yang meluahkan perasaan berbaur bengang terhadap Sharnaaz menerusi laman sosial Twitter miliknya, sebelum ini.

Bagaimanapun Qi memberitahu, dia ada menghubungi Sharnaaz dan meminta maaf kepada aktor itu atas tindakannya yang mungkin terlalu mengikutkan perasaan.

Ditanya mengenai perkembangan hubungan dia dan Nelydia, Qi berkata hubungan mereka seperti biasa dan mereka masih lagi dalam proses untuk lebih mengenali antara satu sama lain - MalaysiaDigest

5 Gambar Rompakan Van Armour Security Kena Bakar dan 3 Juta Dirompak Di Ijok

5 Gambar Rompakan Van Armour Security Kena Bakar dan 3 Juta Dirompak Di Ijok



Pada pukul 10 pagi sebuah van “Armour Security” dirompak dan telah di bawa lari ke dalam ladang kelapa sawit berdekatan IJOK Kuala Selangor.

Bukan itu sahaja, van tersebut telah dibakar dan menyebabkan 2 cedera dan telah pun dihantar ke hospital. Jumlah rompakan cukup lumayan iaitu berjumlah RM3 juta…
Berikut gambar Rompakan RM3 Juta. Van ”Armour Security” Dibakar di Ijok






Sumber Gambar:- Facebook Daily Traffic Report

Gambar Myvi Terjunam Dari Tingkat 4 Kompleks Asia City, Sabah

Gambar Myvi Terjunam Dari Tingkat 4 Kompleks Asia City, Sabah



KOTA KINABALU: Seorang lelaki parah apabila kereta Perodua Myvi yang dipandunya hilang kawalan lalu merempuh dinding konkrit sebelum terjatuh dari tingkat empat bangunan letak kereta di sebuah pusat beli belah di Kompleks Asia City, di sini, kira-kira jam 7.30 pagi tadi

Mangsa berusia 50-an ditemui dalam keadaan tersepit namun berjaya diselamatkan oleh sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kota Kinabalu sebelum dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk mendapatkan rawatan.

Difahamkan, mangsa mengalami kecederaan patah tangan kiri namun dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Ni laporan asal kejadian:- 

Kereta jatuh dari bangunan beralamat di Bangunan Star City, Asia City, Kota Kinabalu.

BBP Kota Kinabalu respon ke tempat kejadian.


Keanggotaan: K/O PBK II Zainal Ismail bersama 7 org anggota. Laporan awal melibatkan Kereta jenis Myvi terjatuh dari tingkat 4 ke tingkat bawah (ground floor). Seorang mangsa lelaki tersepit telah dikeluarkan oleh pasukan bomba dan dibawa ke hospital oleh pihak ambulan. Sekian






sumber:- http://www.hmetro.com.my/

5 Gambar Buaya Tembaga 4.8 Meter Mati Tersangkut Pukat di Setiu

5 Gambar Buaya Tembaga 4.8 Meter Mati Tersangkut Pukat di Setiu


Buaya kalau besar camni, kalau dekat Sarawak, mungkin biasa je. Tapi kali ni kat Semenanjung Malaysia pun ada, Lihat 5 gambar buaya tembaga terlekat di pukat nelayan di Setiu Terengganu.

SETIU – Seorang nelayan dari Kampung Beris Tok Ku terkejut apabila pukat yang dipasang di Sungai Bari dekat sini tersangkut seekor buaya betina spesies tembaga berukuran kira-kira 4.8 meter dengan berat kira-kira 500 kilogram di sini kelmarin.





Reptilia berusia kira-kira lebih 30 tahun itu dikatakan kekenyangan selepas makan seekor babi sebelum tersangkut di pukat yang dipasang oleh nelayan berkenaan.

Seorang penduduk, Hussin Mamat, 57, memberitahu, kejadian itu disedari oleh nelayan terbabit yang juga rakannya semasa dia pergi ke Sungai Bari untuk melihat pukatnya pada kira-kira pukul 9 pagi.

Kanak-kanak 4 tahun dipukul guru tuisyen hingga lebam kerana gagal hafal ABC

Kanak-kanak 4 tahun dipukul guru tuisyen hingga lebam kerana gagal hafal ABC

Kuala Lumpur: Akibat gagal menghafal A, B, C hingga Z dengan lancar apabila bacaan terhenti sekadar pada huruf D, seorang kanak-kanak lelaki berumur empat tahun didakwa dipukul guru tuisyen sehingga luka dan lebam di beberapa anggota badan, kelmarin.


Dalam kejadian di pusat tuisyen di Sri Gombak, di sini, Issac Chan Yi Bing dikatakan turut dicakar selain dirotan guru wanita yang sarat mengandung itu.

 Ibunya, Ong Mei Li, 30, berkata akibat perbuatan guru itu belakang badan anak tunggalnya bercalar dan berdarah, selain lebam di tangan, telinga serta pipi.

Menurutnya, kecederaan Issac dikesan selepas kanak-kanak itu pulang daripada pusat tuisyen dalam keadaan menangis dan ketakutan kira-kira jam 7 malam.

“Sebaik saja dia pulang ke rumah, saya hairan mengapa Issac tidak mahu didukung seperti kebiasaan sedangkan dia seorang yang manja dan aktif. -Harian Metro

Kanak-kanak Dibunuh Di Dungun, Ibu Dakwa Pernah Diugut Bunuh

Kanak-kanak Dibunuh Di Dungun, Ibu Dakwa Pernah Diugut Bunuh

 DUNGUN: Seorang kanak-kanak perempuan dua tahun ditemui mati di dalam sebuah rumah teres tidak berpenghuni di kawasan perumahan Taman Permint fasa dua Seberang Paka, Dungun petang Selasa.

Mayat Nursyafiqah Abdullah dua tahun ditemui oleh seorang pengawal keselamatan dalam keadaan mula mereput selain ada kesan darah kira -kira jam 3.30 petang.

 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP K.Manoharan berkata ketika tiba di kawasan itu, pengawal keselamatan berusia 31 tahun itu terlihat pintu utama rumah berkenaan terbuka dan terhidu bau busuk.

Dalam pada itu, Nursyafiqah dilaporkan hilang sejak 17 Januari lalu. Ibunya Rabiatul Adawiyah Mamat, 28, tahun dikatakan meninggalkan kanak-kanak terbabit di dalam sebuah kereta di depan sebuah kedai makan di Kuala Paka, dalam keadaan pintu kenderaannya tidak berkunci untuk menemui seorang rakan kira-kira jam 7.30 petang.

Sejurus kembali ke keretanya, beliau yang bekerja sebagai pelayan di sebuah kedai makan di bandar Paka mendapati anaknya hilang.

Dalam laporan polisnya, Rabiatul berkata, dia sebelum ini penah menerima ugutan bunuh.

Kanak-Kanak 5 Tahun Dibunuh Kejam Di Dungun

Kanak-Kanak 5 Tahun Dibunuh Kejam Di Dungun


DUNGUN: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lingkungan lima tahun ditemui mati dalam keadaan menyedihkan di sebuah rumah tidak berpenghuni di Taman Permint, Seri Paka Fasa Dua di sini, jam 3.20 petang tadi.
 
 
 
 Sumber Gambar: Twitter MycrimeWatch

Mayat mangsa ditemui seorang pengawal keselamatan yang membuat rondaan di kawasan perumahan itu, sebelum terhidu bau busuk dari arah rumah berkenaan.

 dd

Pengawal keselamatan itu yang memasuki rumah berkenaan kemudian terkejut menemui mayat kanak-kanak berkenaan yang tidak berseluar dan berlumuran darah berhampiran tandas rumah berkenaan.
 
 d
 
Pengawal kesekamatan itu kemudian melaporkan kepada majikannya sebelum membuat laporan polis.Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaakob mengesahkan kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan. -Berita Harian


Sultan Johor Letak No. Plat Berharga RM748 Ribu Pada Proton Suprima S

Sultan Johor Letak No. Plat Berharga RM748 Ribu Pada Proton Suprima S


Sultan Johor sekali lagi membuat kejutan mengenai No Plat termahal di Malaysia ketika ini, apabila beliau berjaya memenangi tender no Plat W1N dengan harga RM 748,000.00.

 ss

Jika anda beranggapan no plat yang mahal untuk kereta yang mahal ternyata ada silap besar. Sultan Ibrahim telah meletakkan no Plat W1N pada kereta Proton Suprima S. Yang mana ianya jauh lebih murah daripada harga no plat itu sendiri!


Namun, menurut Sultan Ibrahim dalam akhbar New Straits Times, baginda tidak kisah membayar sebegitu mahal kerana tahu wang itu akan disalurkan kepada rakyat juga.

 ss

“Beta diberitahu ada beberapa bidders yang berminat untuk plat W1N”
“Beta tak kisah membayar plat number itu kerana Beta tahu jumlah bayaran itu akan disalurkan kembali kepada rakyat”

Tambah Sultan Ibrahim lagi, baginda bukanlah seorang yang melanggar procedure untuk mendapatkan sesuatu. Ia adalah sifat orang Johor untuk membayar apa yang dikehendaki kerana setiap orang perlu ada peluang yang adil.

Pada bulan Mei tahun lalu, Sultan Ibrahim turut memenangi tender No Plat WWW1. Ketika itu ramai yang mempertikaikan tindakan baginda.

Lelaki Bogel Jadikan Kanak-Kanak Tebusan Di Kampung Baru

Lelaki Bogel Jadikan Kanak-Kanak Tebusan Di Kampung Baru

KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak perempuan dijadikan tebusan oleh seorang lelaki bogel, yang menyerbu masuk ke rumahnya ketika dia bersama sekeluarganya sedang menonton televisyen di Kampung Baru di sini, hari ini.

 gambar lelaki bogel culik kanak-kanak

Ketika kejadian jam 10.30 pagi itu, mangsa anak sulung, berusia 10 tahun, dilarikan suspek ketika bersama enam anggota keluarganya.

Mangsa kini dijadikan tebusan di sebuah bilik di rumah mereka. Berita akan di update kemudian..


Gambar Bogel Fatin Nur Afifah – Tatu Nama Kekasih Sejenis Di Badan

Gambar Bogel Fatin Nur Afifah – Tatu Nama Kekasih Sejenis Di Badan


GAMBAR BOGEL FATIN NUR AFIFAH DAN TATU DI BADAN | Mungkin ramai yang tak kenal siapa Fatin Nur Afifah. Fatin Nur Afifah merupakan antara 5 watak utama dalam filem Tentang Bulan. Apa yang menariknya, pada September 2011  pelakon kanak kanak ini membuat pengakuan cinta sejenis dengan seorang pengkid bernama Puteri Sarah aka Putt.


Fatin Nur Afifah atau Effy memegang watak bernama Shahila yang berperangai tomboy ketika zaman kanak kanak, ingatkan dalam filem je, rupanya watak ini terbawa sehingga ke dunia nyata walaupun berbeza posisi.
Dan kisah terbaru si Effy ni, Fatin Nur Afifah, dia  kini sudah tidak lagi bersama dengan kekasih pengkid bernama Putt itu. Malah, blog yang menjadi medan untuk Fatin Nur Afifah meluahkan rasa cintanya agungnya terhadap kekasih yang mempunyai alat sulit yang sama sudah tidak wujud lagi.

Ok lah dah berpisah, tapi yang tidak sedap untuk didengar adalah Fatin Nur Afifah ini sanggup mengabadikan nama kekasih sejenis itu melalui tatoo bertulis Putt dibadan montok beliau.


Plot kisah epik percintaan mereka makin panas bila Putt dikhabarkan memiliki gambar bogel Fatin Nur Afifah dan telah mengugut untuk menyebarkan diinternet jika gadis ini melakukan sesuatu perkara yang menjejaskan nama baik pengkid itu.

p/s:-Fuhh..gambar bogel lagi..artis Malaysia sekarang memang suka bogel pahtu ambik gambar kan?..baik aplly job kat majalah Playboy je..hehehe..sumber Rotikaya..

Gambar Bogel Rozita Che Wan – Ini Bukan Saya !!

Gambar Bogel Rozita Che Wan – Ini Bukan Saya !!

Gambar Bogel Rozita Che Wan??Ini Bukan Gambar Bogel Saya – Jelas Rozita Che Wan. Jika tengok sekali imbas memang ramai akan berkata wanita dalam gambar bogel ini mirip Rozita Che Wan. Tetapi tuan badan sudah memberikan kenyataan balas.

 image

Menerusi portal hiburan Murai, Rozita Che Wan menafikan yang individu dalam gambar bogel yang di tunjukkan itu adalah dirinya dan berkata tidak tergamak untuk lakukan sebegitu.
“Saya tidak pernah bervideo chat. Saya pun tidak tahu apakah itu video chat atau webcam. Saya sendiri tak tahu sama ada telefon saya boleh berbuat sebegitu atau tidak”

“Jadi, terus-terang saya tidak pernah berbuat perbuatan yang terkutuk seperti ini,” jelas Rozita Che Wan hari ini. Meneruskan penjelasan kepada murai.com.my, Rozita memberitahu gambar bogel itu bukannya menggunakan teknik super impose kerana berkemungkinan besar ia adalah individu yang menyerupai wajahnya.

“Mungkin pelanduk dua serupa. Sekarang ini pun, saya difahamkan ramai wanita dan pondan menyerupai wajah saya.

“Sekali lagi, saya ingin memberitahu itu bukan gambar saya. Apapun, gambar ini disebarkan berkemungkinan besar ada pihak yang cemburu dan cuba menjatuhkan kerjaya saya.
“Apapun, terima kasih kerana memberitahu saya tentang hal ini untuk mengesahkannya. Ingat! Itu bukanlah diri saya ya,” jelasnya.

Difahamkan, gambar bogel Rozita Che Wan tersebut telah pun disiarkan disebuah laman blog pada awal tahun 2012. Malah, wanita yang berada didalam gambar tersebut telah menjadi pujaan ramai kerana wajahnya menyerupai Rozita Che Wan.


Buah Dada Syahrini Ditandatangani David Beckham

Buah Dada Syahrini Ditandatangani David Beckham

Buah Dada Syahrini Ditandatangani David Beckham – Syahrini bangga buah dada Ditandatangani David Beckham -Gambar payudara syahrini ditandatangani david beckham

Penyanyi seksi Indonesia, Syahrini, mengejutkan ramai pihak apabila bangga menghebohkan buah dadanya yang tandatangani oleh bintang bola sepak terkemuka dunia, David Beckham, dengan hanya beralaskan sehelai baju-t yang nipis dan ketat.

 Gambar-Syahrini-bangga-Buah-Dada-Ditandatangani-David-Beckham

Laman web hiburan terkenal, Oh! Bulan, melaporkan bahawa Syahrini turut bertindak mencium pipi bekas pemain lagenda Manchester United itu ketika berkunjung ke Indonesia baru-baru ini.

Syahrini yang dikatakan terkenal dengan penampilan imej seksi dengan saiz buah dada yang besar telah dipilih untuk sebagai duta untuk menemani dan memperkenalkan David Beckham kepada budaya dan keadaan di sekitar Indonesia sempena perlawanan persahabatan antara LA Galaxy dan Indonesia.

Dalam perlawanan bola sepak tersebut, LA Galaxy telah berjaya mengalahkan negara jiran dengan jaringan gol, 0-1.

Bagaimanapun, Oh! Bulan turut mendedahkan bahawa tindakan Syahrini itu telah mendapat reaksi negatif pelbagai pihak yang menyifatkan penyanyi itu sebagai keterlaluan dan memalukan pengamal industri hiburan di sana.

Misalnya pelakon terkenal Indonesia , Chelsea Olivia dan vokalis kumpulan Nidji, Giring, yang memberikan komen negatif terhadap Syahrini melalui laman sosial Twitter milik mereka.
“Mmmmm, memalukan..,” kata Olivia
.
Giring pula ‘memuji’ Syahrini dengan menyatakan penyanyi seksi itu pandai menarik perhatian ramai dengan mencetus berita yang hangat dengan publisiti.

“Syahrini is a good singer.. And she know’s how to make a catchy news and publicity. Salam buat jambul katulistiwa mu #mindtalk,” katanya.

p/s:-Agak-agak david beckham pakai pen apa bila tandatangan tu?..hehehe

Kumpulan Shiro Nafi Bertumbuk Dengan Sepahtu

Kumpulan Shiro Nafi Bertumbuk Dengan Sepahtu

Kedua-dua kumpulan pelawak popular yang diantara bakal merebut kejuaraan Maharaja Lawak Mega (MLM) 2013 ini difahamkan bergaduh sehingga berlaku berselisih faham dan berdepan dengan tekanan hebat di belakang pentas.

 ss

Walaubagaimanapun, menurut Shahrol daripada kumpulan Shiro, dakwaan mengatakan mereka bergaduh itu tidak benar namun mengakui tertekan dengan persiapan menyebabkan masing-masing tidak bertegur sapa dan berdiam diri walaupun berselisih.

Jep daripada kumpulan Sepahtu pula menjawab tiada konflik atau perselisihan faham seperti yang digosipkan kerana hubungan mereka akrab seperti biasa

Hmm biasalah adat pertandingan pasti ada yang kalah dan menang tapi kami rasa ini marketing shit Astro untuk menaikkan lagi rating rancangan MLM2013 ini.

Gambar Cium Mulut Untuk Tunjuk Keutuhan Rumahtangga Marion dan SM Nasaruddin

Gambar Cium Mulut Untuk Tunjuk Keutuhan Rumahtangga Marion dan SM Nasaruddin

Baru-baru ini terdapat gosip mengatakan SM Nasaruddin mempunyai skandal dengan seorang selebriti cantik.

Seakan-akan mahu menunjukkan keutuhan rumah tangga mereka masih lagi berjalan seperti biasa, romantis seperti dulu, Marion sempat memuat naik gambar cium mulut bersama Nasa di laman Instagramnya, pagi tadi.

Mungkin tujuan dia berkongsi gambar ini untuk suka-suka atau mengharapkan orang di luar sana tidak lagi membuat gosip-gosip liar berhubung rumah tangganya.

Untuk makluman, mereka sekeluarga kini sedang bercuti akhir tahun di negara jiran, Singapura bersama-sama ahli keluarga Marion yang lain.

 ff


Gambar Nora Danish Dikatakan Mabuk Dan Separuh Bogel

Gambar Nora Danish Dikatakan Mabuk Dan Separuh Bogel

Semalam kecoh dikatakan Gambar seorang pelakon wanita mabuk separuh bogel selepas pulang dari umrah. Dan gambar yang tersebar itu dikatakan gambar Nora Danish mabuk dan separuh bogel. Ramai yang membuat spekulasi yang Nora Danish ni masih lagi bersosial keterlaluan walaupun baru sahaja pulang daripada mengerjakan umrah.. Hakikatnya semua gosip itu nyata salah dan mungkin ianya kerja orang yang ingin menjatuhkan Nora Danish.

 nora danish seksi

Melalui satu sumber dari mana gambar itu diambil, Gambar itu adalah gambar ketika Nora Danish bercuti di Bali bersama bekas keluarga iparnya.. Dan gambar itu bukan lah di kelab malam serta diambil sebelum Nora Danish mengerjakan umrah baru-baru ini.. Jadi ternyata la gosip Nora Danish mabuk di salah satu kelab malam itu salah dan jauh meleset.

Nora Danish juga memakai seluar pendek ketika bercuti di Bali dan bukanya skirt pendek sehingga menampakan seluar dalamnya (tapi masih lagi pendek). Apa-apa pun sama-sama la kita tunggu kenyataan rasmi daripada Nora Danish sendiri mengenai gosip ini..


BR1M 3.0 Diagih Pertengahan Februari 2014 Ini

BR1M 3.0 Diagih Pertengahan Februari Ini

KUALA LUMPUR – Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 3.0)  akan mula diagihkan kepada 7.9 juta rakyat Malaysia yang layak pada pertengahan Februari ini.

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata dengan pemberian BR1M ini ia akan dapat meringankan beban rakyat yang sedang menghadapi kenaikan harga barangan pada masa ini.

“Majlis Tertinggi (MT) Umno mengambil maklum bahawa BR1M akan dilaksanakan dalam masa dua minggu lagi iaitu pada pertengahan bulan Februari, ia akan membantu rakyat dalam menghadapi masalah kenaikan harga barang,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat MT Umno di sini hari ini.

Ketika mengumumkan Bajet 2014 pada Oktober tahun lepas, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan memperuntuk sejumlah RM4.6 bilion bagi melaksanakan BR1M 3.0.

Pada tahun ini, pemberian bantuan itu akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah, manakala bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, nilai bantuan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300.

Buat pertama kalinya juga, BR1M 3.0 akan diperluaskan kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 dengan nilai bantuan sebanyak RM450.
Najib berkata tidak dinafikan bahawa rakyat mengalami masalah berhubung kenaikan harga barang dan kerajaan komited untuk menangani perkara itu menerusi pelbagai program serta langkah yang sedang dan akan diambil
.
Presiden Umno itu berkata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mempengerusikan Jawatankuasa Khas Menangani Kos Sara Hidup Rakyat juga sedang menunggu hasil kajian daripada makmal khas yang ditubuhkan bagi mengurangkan beban rakyat.

“Di samping itu, kita turut melihat masalah rantaian bekalan yang wujud di mana pihak pemborong yang menaikkan harga pada peruncit bukan pada dasar (harga) yang berpatutan.

“Kita juga mengambil maklum kesan dari musim tengkujuh yang melanda menyebabkan barang naik harga, namun dengan langkah yang diambil kerajaan kita akan bendung perkara ini,” katanya.

Najib berkata MT Umno juga memberikan sokongan padu dan sepenuhnya kepada semua dasar kerajaan dan langkah-langkah yang sedang diambil bagi meringankan beban rakyat memandangkan asas ekonomi negara masih teguh.

“Dari segi pelaburan, pertumbuhan ekonomi, inflasi, bursa saham ia berada dalam keadaan baik dan meyakinkan, asas ekonomi kita mendapat pengiktirafan bukan sahaja dalam negara malah di luar negara,” katanya. – Bernama

Guru Minta Maaf, Kes Paksa Makan Rumput Selesai

Guru Minta Maaf, Kes Paksa Makan Rumput Selesai

Sungkai: Polis menganggap kes hukuman tidak masuk akal terhadap dua murid tahun empat sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina, di sini, yang leher mereka digantung loceng dan diberi makan rumput ketika sesi persekolahan pagi Khamis lalu, selesai selepas semua pihak terbabit berbincang.

 

Ketua Polis Daerah Tapah Superintendan Som Sak Din Keliaw berkata, pihaknya menerima laporan daripada ibu bapa mengenai kes itu sehari selepas kejadian dan siasatan dijalankan sejurus laporan diterima.

“Dalam laporan yang kami terima, ibu seorang murid berkenaan, Yarnis Kasuma Dewi Zainal Aripin, mendakwa anak lelakinya berusia 10 tahun bersama seorang rakan sekelasnya didenda dengan dipakaikan loceng di leher oleh seorang guru Bahasa Inggeris kerana gagal menyiapkan kerja sekolah.

“Ibu murid terbabit turut mendakwa, kedua-dua murid itu juga diberi rumput sambil guru berkenaan mengatakan ‘lembu tak buat kerja rumah mesti kena makan rumput’ dan merakam gambar mereka untuk dimuatnaik ke Facebook,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, hasil laporan diterima di Balai Polis Sungkai itu, ketua balai memanggil semua pihak yang terbabit dalam kejadian itu, termasuk kedua-dua murid itu.

“Perjumpaan itu turut dihadiri guru besar dan dua wakil Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Batang Padang, Tapah. Dalam perbincangan itu, guru berkenaan mengaku mengenakan hukuman menggantung loceng di leher, tapi tidak memberi kedua-dua murid itu makan rumput.

“Guru itu mengaku memberi hukuman berkenaan kerana tidak menyiapkan kerja sekolah selama dua minggu, sedangkan murid terbabit berpotensi dalam subjek berkenaan dan dia memohon maaf,” katanya.
Som Sak berkata, ibu bapa dan sekolah kemudian bersetuju menyelesaikan kes itu secara baik serta menyerahkan tindakan lanjut terhadap guru itu kepada PPD.

Pengarah Jabatan Pelajaran negeri Perak Muhamad Roli Hassan ketika dihubungi pula berkata, siasatan mengenai kes itu dijalankan PPD Batang Padang untuk mengambil tindakan sewajarnya, termasuk tindakan tatatertib.

 

Sementara itu, Setiausaha Agung MCA Datuk Seri Ong Ka Chuan yang juga Ahli Parlimen di kawasan kejadian berkata, hukuman dikenakan terhadap murid itu adalah tidak wajar.
Menurutnya, semua guru tanpa mengira jenis sekolah perlu lebih berhati-hati ketika mengajar dan mengenakan hukuman terhadap murid.

“Apabila menghukum, guru mesti melihat pantang larang dan sensitiviti masyarakat serta tidak boleh menghukum dengan cara yang akan dilihat sebagai memalukan,” katanya. -Harian Metro



Mizz Nina Tidak Akan Menyanyi Lagi Dihadapan Penonton Lelaki

Mizz Nina Tidak Akan Menyanyi Lagi Dihadapan Penonton Lelaki

PETALING JAYA – Penyanyi popular, Shazrina Tan Sri Azman atau lebih dikenali sebagai Mizz Nina berhasrat untuk berhenti menyanyi dan memberi fokus kepada ibadah serta perniagaannya.

Mizz Nina, 34, berkata, buat permulaan dia akan mengurangkan aktiviti nyanyian dan hanya menerima jemputan persembahan melibatkan penonton wanita.

 

“Ini adalah perkara baharu yang saya fahami semasa menuntut ilmu daripada beberapa orang guru agama.
“Saya tidak akan membuat persembahan di hadapan penonton yang bercampur lelaki dan wanita,” katanya ketika ditemui pada bengkel World Hijab Day bersama Madeena di sebuah pusat beli-belah di sini semalam. -Kosmo!


 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Jiwa Sentap - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger