BLOG JIWA SENTAP

some_text

Isu Hangat

Latest Post
Showing posts with label selebriti. Show all posts
Showing posts with label selebriti. Show all posts

SEKITAR ABPBH 2013

Written By Admin on Sunday, May 25, 2014 | 6:41 AM


KEPUTUSAN PENUH ABPBH 2013


 

Bertemakan Magis Alam - Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2013 telah berlangsung pada jam 9.00 malam, 24 Mei 2014 semalam, yang bertempat di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) yang bersiaran di TV3. Empat pengacara telah mengacarakan malam anugerah tersebut. Mereka adalah Amy Mastura, Fara Fauzana dan kumpulan Shiro.


Amy mastura - Pihak penganjur telah memperkenalkan Amy Mastura sebagai keluarga baru ABPBH 2013 pada majlis pengumuman pengacara, penyampai trofi dan barisan artis yang akan membuat persembahan di malam kemuncak ABPBH2013 yang  berlangsung di perkarangan Taman Mahsuri, Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur, Selasa. Amy Mastura ketika ditemui menyatakan sebelum malam anugerah itu berlangsung, rasa teruja dan seronok kerana ditawarkan menjadi pengacara untuk acara anugerah yang berprestij tersebut selain melahirkan rasa bangga kerana terpilih menjadi ahli keluarga baru bagi ABPBH 2013. “Setelah sekian lama tidak tampil mengacarakan anugerah besar seperti ABPBH ini, saya gembira ditawarkan menjadi pengacara bersama Farah Fauzana.


Shiro - Pihak penganjur juga telah mempetaruhkan kumpulan Shiro untu digandingkan bersama Amy Mastura dan Fara Fauzana. Shiro diangotai oleh Shahrul dan Ajak adalah muka baharu yang dipilih bagi menghangatkan ABPBH 2013 sebagai kejutan menjelang malam kemuncak. Shiro berkata..... “Saya rasa bertuah dan menganggap undangan ini sebagai penghargaan buat Shiro. Pastinya kami akan berikan yang terbaik pada acara kemuncak nanti. Peluang menjadi antara barisan penting dalam ABPBH 2013 ialah kesempatan terbaik. Ini bukan anugerah sembarangan dan mempunyai ramai peminat, mereka tersendiri."


Ini Adalah Senarai Terbaru Pemenanag ABPBH 2013:


Bintang Paling Popular – Aaron Aziz

Artis Baru Lelaki Popular – Achey

Artis Baru Wanita Popular – Zara Zya

Artis Duo/Berkumpulan Popular – Stacy & Akim

Penyanyi Lelaki Popular – Hafiz

Penyanyi Wanita Popular – Stacy

Pelakon TV Lelaki Popular –  Shah Iskandar

Pelakon TV Wanita Popular – Siti Saleha

Pelakon Filem Lelaki Popular – Aaron Aziz

Pelakon Filem Wanita Popular – Siti Saleha

Artis Komedi Lelaki Popular – Jep

Artis Komedi Wanita Popular – Jihan

Pengacara TV Lelaki Popular – Datuk AC Mizal

Pengacara TV Wanita Popular – Neelofa

Penyampai Radio Lelaki Popular – Johan (ERA)

Penyampai Radio Wanita Popular – Fara Fauzana (HOT FM)

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Dato’ Rahim Razali




KEMUNCAK ABPBH 2013

Written By Admin on Saturday, May 24, 2014 | 3:52 AM


NANTIKAN MALAM KEMUNCAK ANUGERAH BINTANG POPULAR 2013




MAGIS ALAM itulah tema yang bakal berlangsunag malam nanti, sabtu 24 mei 2014 jan 9 malam. Persiapan mengahadapi malam kemuncak Anugerah Bintang Popular yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya moga berjalan lancar malam ini. Selain memastikan penganjuran acara berjalan sempurna, aspek persembahan oleh artis ternama tanah air turut diberi perhatian.




Artis-artis yang terbabit telah rancak menjalankan latihan segmen persembahan pada malam kemuncak yang bakal di adakan di Dewan Plenari PICC bersama pengarah muzik Datuk Hj Ramli MS. Antara artis yang terbabit pada sesi latihan ialah Zainal Abidin Altimet, Dina, Farawahida, Forteen, Hazama, Shahir, Adira, Akim, Liza Hanim, Nora, Mawi, AC Mizal, Salmiah Hassan, Alyah, Siti Sarah, Ayu Damit, Tegar, Asmidar dan Indah. 



Menurut Datuk Ramli MS, ini adalah latihan gandingan yang pertama membabitkan pemuzik dan penyanyi. Mereka juga giat mencari nada lagu untuk diserasikan dengan vokal penyanyi. Selain nyanyian, ada beberapa segmen yang akan diketengahkan yang juga bertemakan Magis Alam. Acara persembahan ABPBH tahun ini akan menyaksikan sebuah segmen khas sebagai dedikasi kepada Tragedi Pesawat MH370. Latihan pengacaraan juga giat dijalankan yang bakal diacarakan oleh Amy Mastura dan Kumpulan Shiro. Tidak ketinggalan juga bakal menghangatkan pentas nanti sebagai pengacara ialah pesonaliti Radio Hot FM Farah Fauzana, Namun beliau tidak dapat mengahadiri latihan yang dijalankan. 




Disamping artis persembahan dan pengacara berkenaan, turut memeriahkan acara pada malam ini ialah barisan penyampai yang terdiri daripada nama besar dalam industri  seperti Aaron Aziz, Erra Fazira, Fizz Fairus, Jasmin Hamid, Nassier Wahab, Mizz Nina, Raja Emma, Zizan Razak, Zila Bakarin dan ramai lagi. Janngan lupa saksikan malam ini




LAGI KISAH JIMMY DAN BEKAS ISTERINYA

Written By Admin on Friday, May 23, 2014 | 4:14 AM



TIDAK HALANG JIMMY JUMPA ANAK



Jimmy Shanley tidak pernah dihalang untuk berjumpa dengan anaknya, Zahra Rania Shanley, setiap hari tapi dengan syarat perlu lah menghantar anaknya kembali pada hari yang sama. Begitulah yang dinyatakan oleh bekas ibu mertua pengacara dan penyampai radio Datin Muniroh Kassim. 



Kenyataan ini dijelaskan pada mahkamah apabila Jimmy mendakwa bahawa bekas keluarga isterinya melarang Jimmy untuk berjumpa anaknya. Jimmy juga mendakwa bahawa dia dilarang mengambil anak untuk bermalam. Bekas ibu mertuanya menyatakan bahawa mereka tidak bersetuju jika Jimmy mengambil hak lawatan dan bermalam Zahra Rania. Beliau memberi alasan bahawa cucunya tidak pernah berenggang dengannya selain mendakwa waktu kerja Jimmy yang tidak sesuai untuk menjaga cucunya sehinggal malam. Tambahan alasan beliau lagi, bahawa Jimmy kerja 6pagi - 10pagi sedangkan Zahra Rania bangun tidur pukul 8 pagi. Lagipun rumah Jimmy tidak ada orang disebabkan Jimmy tinggal berkeseorangan. 



Jelas beliau lagi, jika Jimmy nak bawa Zahra bersama diwaktu siang dia tidak kisah, nak datang ambil tiap-tiap hari pun tak apa kerana rumah Jimmy dan bekas ibu metuanya tidak jauh. Tapi dengan syarat diwaktu petangJimmy haruslah mengembalikan cucunya semula. Jimmy masih tidak berpuas hati dengan alasan bekas ibu mertuanya lalu menfailkan permohonan perintah komital (pemenjaraan) terhadap bekas isterinya Nursuhaila Eliani yang mendakwa melanggar perintah Mahkamah Tinggi Syariah yang membabitkan hak lawatan dan bermalam dengan anak perempuan tunggalnya. 



Dakwaan Jimmy lagi, dia masih lagi gagal untuk berjumpa anaknya walaupun mahkamah telah mengeluarkan perintah membenarkan hak lawatan dan bermalam dengan anaknya yang kini berusia dua tahun 11 bulan.


APA KHABAR KAK PAH

Written By Admin on Thursday, May 22, 2014 | 6:24 AM

BIDUANITA NEGARA SHARIFAH AINI HIDAP RADANG PARU-PARU

 



Khabarnya Datuk Sharifah Aini kini dalam rawatan pakar perubatan di sebuah hospital swasta di ibu kota. Difahamkan Datuk Sharifah Aini telah mengidap radang paru-paru yang disahkan oleh sahabat baik beliau sendiri. 




Namun begitu sahabat baiknya tidak menyatakan apakah penyakit sebenar biduanita tersebut. Kenyataan ini diketahui kerana Sharifah Aini pernah menulis dilaman sosialnya bahawa beliau dijangkiti radang paru-paru. Sharifah Aini telah memesan kepada semua para peminatnya yang tertannya-tanya tentang kesihatan beliau. "Ini semua ketentuanNYA. saya redha dengan apa sahaja dugaan yang diberi. Jika di takdirkan ALLAH sampai masanya saya pulang ke Rahmatullah, jika ditakdirkan ujian yang ALLAH beri berakhir dengan saya keluar sebagai jenazah, dengan hati yang damai, saya tenang dan redha dengan apa yang telah ditetapkan." 



 

Tambahan beliau lagi, "Doakan lah kesejahteraan saya, sedekahkan lah AL-FATIHAH, ingatlah saya dalam setiap doa anda. Insyaallah, suatu hari kita semua akan menjadi keluarga semula di Jannah."





 

 Lebih 20 jam coretan itu dimuatkan dalam laman sosialnya. Dengan itu, lebih 900 komen yang rata-ratanya turut mendoakan kesejahteraan biduanita negara kita Datuk Sharifah Aini









KENYATAAN SUAMI AKTRES IZREEN

Written By Admin on Wednesday, May 21, 2014 | 10:35 PM


KAMI MASIH SUAMI ISTERI - SUAMI IZREEN




Suami kepada pelakon wanita Izreen Amanda menegaskan pasangan itu masih lagi berstatus suami isteri. Muhammad Riza juga menafikan laporan penceraian mereka. Riza menyatakan bahawa dia terkejut apabila dikatakan telah melafazkan cerai terhadap isterinya Izreen di lokasi pengambaran sebuah drama di Pulau Pinang pada 16 mei lalu, dengan bersaksikan oleh kru penerbitan drama tersebut.



 

Riza mengaku bahawa ada masalah perselisihan faham antara dia dan isterinya dan mereka tidak lagi tinggal sebumbung sejak sebulan lalu. Namun mereka ingin bercerai secara baik dan telah memohon penceraian di Mahkamah Rendah Kuala Lumpur pada 14 mei lalu. 



 

Muhammad Riza yang juga bekerja sebagai jurukemera bebas merasa kesal dengan penyebaran berita yang tidak benar itu. Dia sendiri tidak tahu bagaimana berita ini boleh tersebar. Berita penyebaran itu juga, membuatkan dia telah dianggap seorang suami yang kejam kerana menceraikan isteri di tempat yang tidak sepatutnya serta telah memalukan Izreen.



 

Meskipun mempunyai perancangan cerai, tapi hubungannya dengan Izreen masih lagi baik. Orang ramai telah salah tafsir dengan kenyataan Izreen kerana Izreen telah meluahkan berita pencaraiannya. Riza berharap semua pihak akan memberi ruang kepada Izreen kerana Izreen berada dalam keadaan tertekan sekarang ini. Izreen akan tampil membuat kenyataan kepada pihak media untuk memperjelaskan perkara yang sebenar

HAFIZ DAH ADA KEKASIH BARU

Written By Admin on Tuesday, May 20, 2014 | 9:02 PM


HAFIZ DAH ADA CINTA BARU




Sejak kontrovesi dengan kekasih lamanya, sudah agak lama juga tidak kedengaran Hafiz mempunyai kekasih. Mungkin Hafiz mahu memberi tumpuan sepenuh perhatian pada bidang yang diceburinya atau malas hendak memikirkan soal percintaan. Tetapi baru-baru ini ada la dengar-dengar juga Hafiz sudah mempunyai kekasih. Namun tiada siapa yang tahu siapakah gerangan gadis bertuah itu. Kisahnya baru-baru ini, sekeping foto disebarkan dilaman Instagram Hafiz dan semua menjangka gadis itu adalah kekasih Hafiz





Juara Akedemi Fantasia ke 7 itu Sebelum ini, penyanyi Hafiz Suip pernah mengaku yang hatinya kini sedang berbunga-bunga cinta dan berkasih dengan seorang wanita. Hafiz pernah beritahu bahawa kekasihnya itu bukanlah orang dalam industri seni tetapi pelajar institusi pengajian tinggi. Difahamkan foto dia dan kekasihnya dimuat naik kerana untuk memberikan ucapan hari jadi. 





Meskipun Hafiz sudah memberitahu hatinya kini sudah berpunya tetapi dia sendiri tidak mahu mendedahkan wajah dan namanya kepada media buat masa kini. Hal ini heboh apabila Hafiz buat pertama kalinya memuat naik foto kekasihnya di laman sosial Instagram miliknya. Tanpa berselindung Hafiz memperkenalkan my love atau kekasihnya itu. Nampaknya ramai peminat Hafiz yang mendoakan hubungan cinta mereka selain mengucapkan selamat harijadi. 





Dalam komen itu, kekasih Hafiz turut membalas ucapan terima kasih kepada teman lelakinya. Namun, Hafiz turut meminta kekasihnya juga berterima kasih kepada semua peminatnya yang telah mendoakan hubungan mereka. Baguslah begitu, harap hubungan mereka dapat berkekalan hinngga ke jinjang pelamin hendaknya. Hafiz pun boleh dikatakan seorang selebriti lelaki tempatan yang jarang digosipkan dengan mana-mana gadis. Sudah ada pilihan, maknanya gadis ini memang istimewa









ARTIS KENA CERAI DILOKASI PENGAMBARAN


PELAKON IZREEN AZMINDA BARU 

DAPAT ANAK. KENA CERAI




Rumah tangga baru sahaja dibina, namun manusia tidak terlepas daripada diduga. Begitu lah juga nasib yang melanda pasangan pelakon Izreen Azminda dan suaminya Muhammad Riza telah dikatakan berpisah. Perkahwinan mereka masih baharu, namun ujian getir menanti apabila mereka terpaksa berpisah. aktres Izreen Azminda dan suaminya, jurukamera, Muhammad Riza Baharudin atau Riza terpaksa harungi cabaran getir ini. Apabila menyebut nama Izreen dan Riza, sejarah ‘hitam’ tidak boleh lari dari diari hidup mereka dengan himpitan kontroversi.




Pelakon itu telah dikatakan diceraikan oleh suaminya Muhammad Riza ketika menjalani pengambaran drama 28 episod di Pulau Pinang. Penceraian itu belaku di set pengambaran membabitkan lakonan Izreen sendiri, yang juga turut di saksikan beberapa kru pengambaran drama tersebut. Muhammad Riza juga adalah seorang jurukemera dikatakan telah memandu dari ibu kota ke Pulau Pinang untuk bertemu isterinya di situ. Bagaimanapu tidak lama selepas pertemuan itu, berlaku pertengkaran kecil diantara pasangan tersebut. Pergaduhan menjadi lebih besar dan kedengaran Muhammad Riza telah melafazkan cerai terhadap Izreen yang disaksikan kru dan pelakon lain.





Pelakon Wanita Terbaik (drama) Anugerah Skrin 2013 itu telah mengesahkan pencaraian mereka. Izreen redha dengan ketentuan ini da ini adalah jalan terbaik buat mereka. Pasangan itu telah berkahwin pada 30 Ogos 2012 dan telah dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Muhammah Adrian Umar.














SHARIFAH SHAHIRA TERLUKA


APA YANG BERLAKU PADA SHARIFAH SHAHIRA?



Pelakon juga penyampai radio Ultra.FM, Sharifah Shahira atau lebih mesra disapa dengan panggilan Shira mengalami pendarahan di bahagian belakang kepala akibat terjatuh sewaktu menjayakan sebuah penggambaran game show. Kejadian tersebut berlaku semalam sewaktu penggambaran diadakan di sekitar kawasan tempat kerjanya.

Menurut Shira, sewaktu kejadian dia yang sedang yang berlari mahu mengelak sebuah kereta. Tiba-tiba dirinya hilang kawalan dan terus terjatuh. “Saya jalani penggambaran satu program game show. Pada waktu tu memerlukan saya berlari. Entah macam mana saya nak elak kereta, dalam sekelip mata saya jatuh terletang. Saya tak ingat sangat apa yang berlaku.





Kakak kepada pelakon Sharifah Sakinah dan jiga adik kepada pelakon dan pengacara Shrifah Norhazlinda, ini berkata demikian ketika ditanya mengenai perkembangan dirinya selepas ditimpa malang

tersebut. Shira mendapat rawatan di hospital KPJ Tawakal dan doktor memberikannya cuti (MC) selama lima hari.

Tambahan dia lagi, kesan daripada kecederaan yang dialaminya itu, dia mengalami pendarahan berterusan. Walaubagaimanapun, dia tidak mendapat sebarang jahitan. Sebaliknya doktor hanya membalut luka di kepalanya. Meskipun dalam keadaan sakit, ibu kepada empat cahaya mata ini masih tetap memikirkan hal-hal kerjanya.Namun, mahu tidak mahu dia terpaksa mengikut nasihat doktor. 





Menurut Sharifah Shahira lagi, Doktor tak bagi dia cuci rambut selama empat hari. Dia berkata pada doktor, bahawa dia kena cuci rambut sebab esok dia ada show dan ada banyak kerja perlu dilaksanakannya. Tapi doktor tetap cakap tak boleh.

Ini telah mengganggu fikiran Shahira kerana dia memikirkan macam mana dia nak buat dengan beberapa hal yang perlu dia laksanakan dalam beberapa hari ini. Doctor telah memberi dia MC dan dia tetap kena berehat juga. Sharifah Shahira tetap kena akur dengan arahan doctor. 

 
Dengan nada kesal Sharifah Shahira berkata “Tapi inilah akibatnya kalau main game show pada waktu maghrib…”,

IDAYU BEKAS PELAJAR AF3 KAHWIN


TAHNIAH IDAYU AF3 SELAMAT NIKAH



 

Masih ingat tak lagi Idayu pelajar AF3 (2005) yang seangkatan dengan mawi & filex, Marsha, Reza? Pemilik nama sebenar Farah Idayu Yaacub 29, selamat di nikahkan dengan Shahrul Fadzil 30 di kediaman pengantin perempuan di Pasir Hor, Kota Baharu, Kelantan. Untuk maklumananda, mereka bernikah dengan hanya sekali lafaz tepat jam 10.30 pagi 15 Mei lalu.




Penyanyi Kasih Yang Terpisah itu dinikahkan oleh Imam Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Ustaz Sabri Abdullah dan Idayu menerima mas kahwin beserta wang hantaran berjumlah RM15,000. Pihak lelaki menyerahkan sembilan dulang hantaran dan turut dibalas dengan jumlah sama oleh pihak perempuan. Menurut Shahrul, mereka berkenalan sejak 2003 lagi ketika masing-masing menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dalam jurusan muzik.




Turut hadir di majlis penikahan Idayu dan Shahrul adalah rakan seperjuangan AF3, Marsha Milan Londoh. Tahniah diucapkan buat Idayu dan suami, semoga ikatan suci yang dibina akan berkekalan hingga ke akhir hayat.



SYUKUR MAK MAH SELAMAT NIKAH

Written By Admin on Monday, May 19, 2014 | 5:46 AM


TAHNIAH MAK MAH SELAMAT DI IJABKABUL



Cinta tak kenal siapa, rupa mahupun usia. Ini bersuaian juga dengan pelakon veteran yang hebat negara kita iaitu Ruminah Sidek 68, akhirnya selamat di ijab kabulkan dengan Al Fatah Rahim Ismail 70, kira-kira 9:20 pagi, di kediaman kakak Mak Mah, di Meru Klang Selangor.

Al Fatah melafazkan akad hanya satu lafaz sahaja. Akad nikah disempurnakan oleh Penolong Pendaftar Nikah Kariah Masjid As Syarif, Meru Klang, Mohd Jani Sarman dan disaksikan oleh adik lelaki pengantin perempuan, Mohd Zainal Sidek.

Mak Mah telah menerima mas kahwin sebanyak RM300, tanpa wang hantaran dan pihak pengantin lelaki telah menghantar tujuh dulang hantaran yang berupa kek, Al-Quran, beg tangan, kasut, sejadah, air minuman Twister, dan telekung. Sementara itu, pihak pengantin perempuan telah membalas kembali tujuh dulang hantaran iaitu, satu set wangian, kek, tepak sirih, set pakaian, sejadah, tuala dan buah-buahan.


Majlis persandingan diadakan sejurus selepas selesai akad nikah yang turut disaksikan oleh hampir 3,000 tetamu termasuk keluarga kedua-dua belah pihak. Sementara dalam majlis persandingan Mak Mah tampil anggun dengan busana berwarna putih sedondon dengan pengantin lelaki.



Turut kelihatan pada majlis tersebut pelakon Adlin Aman Ramli dan isteri Emelda Rosmila. Perkahwinan ini merupakan perkahwinan keempat buat Ruminah termasuklah dengan Allahyarham AR Tompel. Hasil perkahwinan lalu, Ruminah dikurniakan enam orang anak termasuklah pelakon Adlin Aman Ramlie. Tahniah buat Mak mah dan suami





SHARNAAZ MAHU BERSEMUKA SELEPAS BERSALIN

Written By Admin on Thursday, May 15, 2014 | 8:20 PM


SHARNAAZ AKAN TUNGGU LISDAWATI SELAMAT BERSALIN DULU!



Kemelut antara dua pelakon tanah air masih belum reda. Begitulah kontroversi ceritanya pelakon kita Sharnaaz Ahamad dan Lisdawati. Sharnaaz mengatakan dia tidak akan berganjak dari penderiannya yang mahu bersemuka dengan Lisdawati dan sanggup menunggu selepas lisdawati bersalin bagi membincangkan pergaduhan antara mereka. 




Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Basir Ahmad, 29, dikatakan tidak berpuas dengan kenyataan dari lisdawati dan suaminya yang telah memaafkan Sharnaaz setelah mereka pulang dari mengerjakan umrah. Sharnaaz menambah buat masa sekarang, dia tidak akan mengganggu Lisdawati namun adalah haknya untuk berjumpa Lisda selepas aktres itu bersalin nanti. 




Konflik pasangan Lisda, Fauzi dan Sharnaaz bermula selepas Sharnaaz dikatakan menengking dan menyerang Lisdawati di lokasi penggambaran drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta pada 19 Februari lalu. Fauzi kemudian menghantar mesej kepada Sharnaaz untuk meminta penjelasan berhubung perkara itu sebaliknya Sharnaaz dikatakan membalas pertanyaan itu dengan mesej berbaur ugutan dan provokasi. Itu menyebabkan bermulanya perbalahan antara kedua-dua pihak





Walau bagaimanapun menurut Sharnaaz lagi, dia akan menunggu sehingga pelakon wanita itu bersalin terlebih dahulu.
- See more at: http://kezoom.blogspot.com/2014/05/sharnaaz-tetap-mahu-bersemuka-dengan.html#.U3V8ySjMtOI
Sharnaaz Tetap Mahu Bersemuka Dengan Lisdawati | Sharnaaz Ahmad, pelakon yang kini terbabit dalam kontroversi antara dia, Lisdawati dan suaminya Fauzi Nawawi tetap  bertegas akan bersemuka dengan Lisdawati bagi membincangkan kes pergaduhan di antara mereka. - See more at: http://kezoom.blogspot.com/2014/05/sharnaaz-tetap-mahu-bersemuka-dengan.html#.U3V8ySjMtOI
Sharnaaz Tetap Mahu Bersemuka Dengan Lisdawati | Sharnaaz Ahmad, pelakon yang kini terbabit dalam kontroversi antara dia, Lisdawati dan suaminya Fauzi Nawawi tetap  bertegas akan bersemuka dengan Lisdawati bagi membincangkan kes pergaduhan di antara mereka. - See more at: http://kezoom.blogspot.com/2014/05/sharnaaz-tetap-mahu-bersemuka-dengan.html#.U3V8ySjMtOI
Sharnaaz Tetap Mahu Bersemuka Dengan Lisdawati | Sharnaaz Ahmad, pelakon yang kini terbabit dalam kontroversi antara dia, Lisdawati dan suaminya Fauzi Nawawi tetap  bertegas akan bersemuka dengan Lisdawati bagi membincangkan kes pergaduhan di antara mereka. - See more at: http://kezoom.blogspot.com/2014/05/sharnaaz-tetap-mahu-bersemuka-dengan.html#.U3V8ySjMtOI

AZNIL HJ NAWAWI

DATUK HJ AZNIL BIN HJ NAWAWI



Datuk Aznil bin Haji Nawawi, atau lebih dikenali sebagai Aznil Haji Nawawi, Aznil atau Pak Nil, merupakan seorang pengacara, pelakon, penyanyi dan penyampai radio terkenal dan termashyur di Malaysia. Beliau dilahirkan pada 6 November 1962 dan membesar di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur. Sudah berkecimpung di dalam bidang pengacaraan lebih dari 24 tahun. Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Malaya. Beliau mempunyai dua orang cahaya mata iaitu Fildza Haifa (Fifi) dan Fariq Haizen (Riki)

Pengacara dan penghibur serba boleh, Aznil Nawawi, 51, kini telah bergelar Datuk. Beliau memulakan kerjaya beliau pada tahun 1990 sebagai seorang wartawan media dengan VT3. Ketika memulakan kerjaya dalam bidang penyiaran, Aznil terlibat dalam berita. Kemudiannya beliau beralih ke sesuatu yang amat berbeza iaitu mengacara rancangan permainan Pop Kuiz pada tahun 1992. Ini diikuti oleh kerja mengacara rancangan majalah hiburan dan gosip Melodi pada tahun 1994, dan seterusnya Teleskop, rancangan wawancara terulung yang membincangkan isu kontroversi di negara.
 

Pada tahun 2000, Aznil bertapak di ntv7 sebagai pengacara rancangan lawak Kamera Apo?. Selepas itu, Aznil berpindah ke Astro Ria, dan di situlah belaiu menandakan kemasukan beliau sebagai pengacara kreatif saluran ini. Antara projek-projek beliau yang terkenal ialah penglibatannya dalam program realiti Akademi Fantasia sejak 2003 sehingga mengumumkan pengunduran diri dari rancangan tersebut pada tahun 2007 setelah lima tahun dan lima musim berturut-turut.

Pada tahun 2004, Aznil mencuba nasib sebagai pengarah filem Aku No. 1 yang turut menyaksikan lakonan beliau. Pada tahun 1995, beliau sudah terlibat dalam lakonan filem Sama Tak Serupa. Pada tahun 2005, setelah menghabiskan dua musim AF, Aznil kemudiannya mencipta rancangan beliau sendiri berjudul Macam-Macam Aznil yang memaparkan "macam-macam". Rancangan ini yang dinobatkan sebagai Rancangan Temu Bual Terbaik Asia di Anugerah Televisyen Asia 2005 di Singapura (Asian Television Award 2005). Pada tahun 2006, Aznil tampil di layar perak sekali lagi, sebagai watak jahat Prof Klon dalam filem Cicak-Man. Sempena perayaan Aidilfitri pada tahun itu, beliau menyumbang suara kepada Rodney Copperbottom dalam alih suara bahasa Malaysia bagi filem Robots. Pada tahun 2007, setelah mengumumkan pengunduran diri dari AF, Aznil beralih ke pembikinan rancangan kanak-kanak Tom Tom Bak untuk Astro Ceria.

Pada tahun 2009, Aznil digandingkan bersama Din Beramboi sebagai pasangan juruhebah terbaru rancangan Riuh Pagi di Era, sebagai satu langkah penstrukturan semula stesen radio berkenaan yang berhadapan dengan kemerosotan jumlah pendengar kepada pesaing terdekatnya, Hot FM.

Antara Rancangan Beliau  :


Pop Kuiz (rancangan hiburan pertama pengacaraan beliau) 
Anugerah Juara Lagu
Anugerah Skrin
Anugerah Planet Muzik 07 (2007)
Anugerah Seri Angkasa
Anugerah Industri Muzik 19 (2012)
Akademi Fantasia Musim 1 (Tirai AF & Konsert AF)
Akademi Fantasia Musim 2 (Tirai AF, Konsert AF, & Imbasan AF)
Akademi Fantasia Musim 3 (Tirai AF, Konsert AF, Diari AF, & Imbasan AF)
Akademi Fantasia Musim 4 (Tirai AF, Konsert AF, Diari AF, & Imbasan AF)
Akademi Fantasia Musim 5 (Tirai AF, Konsert AF, Diari AF, & Debat AF)
Akademi Fantasia Musim 9 (Tirai AF, Konsert AF, Diari AF, & Debat AF)
Melodi (selama setahun sebelum menandatangani kontrak secara ekslusif bersama Astro pada Oktober 2004)
Kamera Apo?
Macam-macam Aznil
Tom Tom Bak
Jangan Lupa Lirik 

Mania (2012)1995

Filem Lakonan Beliau :


Sama Tak Serupa (pelakon utama) 2004
Aku No. 1- Aznil (pelakon utama) 2005
Pontianak Harum Sundal Malam 2 - Pasangan Kekasih Lelaki (penampilan kameo) 2006
Robots - Rodney Copperbottom (watak utama, alih suara)
Cicak-Man - Profesor Klon (watak utama) 2007
Otai - Pengacara Program Otai (penampilan kameo) 2008
TMNT - Raphael (watak utama, alih suara)
Cicak-Man 2 - Profesor Klon (watak utama) 2010
Magika - Pak Pandir [watak pembantu] 2012
[Hoore Hoore] Rizal [watak pembantu]

Album mini Aznil Nawawi telah diterbitkan dan dilancarkan secara rasmi pada 13 Ogos 2008. Album mini tersebut yang berjudul "Aznil" merangkumi 3 lagu gubahan Edry Abdul Halim dan 1 lagu nyanyian semula. 2 daripadanya merupakan lagu runut bunyi dari filem-filem terbitan KRU Films (kini KRU Studio) iaitu Duyung dan Cicak-Man.

Senarai Runut:

Teramat Sangat (runut bunyi Duyung)
Profesor Klon (runut bunyi Cicak-Man)
Jangan Cepat Marah
Toyol (nyanyian semula lagu asal 1979 oleh Sudirman Hj Arshad)



Pencapaian Beliau :


2012
Pengacara Popular ABPH
 

2011
Pengacara TV Lelaki Popular (Anugerah Bintang Popular 2010)
Most Inspirational Host (TV3 Mykids Award)
 

2010
Pengacara TV Lelaki Popular (Anugerah Bintang Popular 2009)
 

2009 
Pengacara TV Lelaki Popular (Anugerah Bintang Popular 2008)
 

2008
Pengacara TV Lelaki Popular (Anugerah Bintang Popular 2007)
 

2007
Bual Bicara Terbaik (Anugerah Skrin 2007 Kategori Penerbitan Dalaman) - Macam-Macam Aznil
 

2006
Pengacara TV Lelaki Popular (Anugerah Bintang Popular 2006)
 

2005
Pengacara TV Popular (Anugerah Bintang Popular 2005)
Rancangan Bual Bicara Terbaik (Asian Television Award 2005, Singapura) - Macam-Macam Aznil
Pengacara TV Terbaik (Anugerah Sri Angkasa 2005)
 

2004
Rancangan Hiburan TV Terbaik (Anugerah Sri Angkasa 2004) - Macam-Macam Aznil
Pengacara TV Popular (Anugerah Bintang Popular 2004)
Anugerah Khas (Media Hiburan 2004)
Pengacara TV Terbaik (Anugerah Sri Angkasa 2004)
 

2003
Pengacara TV Popular (Anugerah Bintang Popular 2003)

Rancangan TV Terbaru :


Master Chief
Macam-Macam Aznil musim baru
Agen The Band

Aznil dianugerahkan Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk bersama 40 individu lain seperti Duta Khas ke India dan Asia Selatan, Datuk Seri S. Samy Vellu dan juga Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar. Istiadat penganugerahan disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di Istana Negara, Jalan Duta. TAHNIAH!





CERITA TERBARU MAWI

Written By Admin on Wednesday, May 14, 2014 | 9:09 PM

MAWI AKAN TAMPIL SEBAGAI CALON TOP 5 ABPH 2013


Bekas juara Akademi Fantasia musim ke 3 (2005), Asmawi Ani atau Mawi 33, yang bakal berduet dengan AC Mizal mempersembahkan lagu popular mereka, Al-Haq (Yang Satu). Mawi ingin memberikan persembahan istimewa setelah sekian lama tidak membuat persembahan di pentas-pentas besar. Mawi juga pernah menggulli trofi Bintang Paling Popular ABPBH untuk tiga tahun berturut-turut.



Menurut Mawi lagi, lagu-lagu ketuhanan sudah agak lama tidak dinyayikan dipentas-pentas besar. Kali ini Mawi dan AC Mizal menjanjikan yang terbaik untuk malam anugerah tersebut. Mereka tidak mahu lagu ketuhanan kali ini nampak seperti biasa, seperti lagu-lagu ketuhanan sebelum ini. Mereka mengekalkan penyusunan lagu supaya penonton atau pendengar selesa dengan lagu tersebut



Menurutnya lagi, lagu Al-Haq adalah lagu pembuka tirai. Dengan ini mereka harus lah memberikan komitmen yang lebih tinggi. Mawi juga mengharapkan lagu ini akan memberi kesan kepada sekelian penonton yang hadir. Kehangatan Malam itu bertemakan Magis Alam pada 24 mei nanti
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Jiwa Sentap - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger