BLOG JIWA SENTAP

some_text
Home » » Sultan Johor Letak No. Plat Berharga RM748 Ribu Pada Proton Suprima S

Sultan Johor Letak No. Plat Berharga RM748 Ribu Pada Proton Suprima S

Written By Admin on Wednesday, January 29, 2014 | 9:26 PM

Sultan Johor Letak No. Plat Berharga RM748 Ribu Pada Proton Suprima S


Sultan Johor sekali lagi membuat kejutan mengenai No Plat termahal di Malaysia ketika ini, apabila beliau berjaya memenangi tender no Plat W1N dengan harga RM 748,000.00.

 ss

Jika anda beranggapan no plat yang mahal untuk kereta yang mahal ternyata ada silap besar. Sultan Ibrahim telah meletakkan no Plat W1N pada kereta Proton Suprima S. Yang mana ianya jauh lebih murah daripada harga no plat itu sendiri!


Namun, menurut Sultan Ibrahim dalam akhbar New Straits Times, baginda tidak kisah membayar sebegitu mahal kerana tahu wang itu akan disalurkan kepada rakyat juga.

 ss

“Beta diberitahu ada beberapa bidders yang berminat untuk plat W1N”
“Beta tak kisah membayar plat number itu kerana Beta tahu jumlah bayaran itu akan disalurkan kembali kepada rakyat”

Tambah Sultan Ibrahim lagi, baginda bukanlah seorang yang melanggar procedure untuk mendapatkan sesuatu. Ia adalah sifat orang Johor untuk membayar apa yang dikehendaki kerana setiap orang perlu ada peluang yang adil.

Pada bulan Mei tahun lalu, Sultan Ibrahim turut memenangi tender No Plat WWW1. Ketika itu ramai yang mempertikaikan tindakan baginda.

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Jiwa Sentap - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger