BLOG JIWA SENTAP

some_text
Home » » CANGGIH : Pencetak 3D MakerBot

CANGGIH : Pencetak 3D MakerBot

Written By Admin on Monday, February 17, 2014 | 3:33 PM

Pencetak 3D MakerBot

Berbeza dengan model pencetak 3D yang bersaiz sederhana dan besar, MakerBot menjadi perintis model pencetak 3D Replicator Mini, produk terkini yang diperkenalkan pada pameran antarabangsa CES 2014 yang berlangsung di Las Vegas, di Amerika Syarikat, baru-baru ini.




Pencetak mini itu direka khusus bagi memudahkan pengendalian pencetak dan lebih praktikal. Sesuai dengan nama ‘Mini’, pencetak 3D generasi kelima itu muncul dalam model yang lebih kecil. Rekaan ini mampu menampung jumlah cetakan hingga 10.0x10.0x12.5 (cm) saja.

Selain mempunyai sambungan wi-fi dan USB, pencetak 3D mini itu juga memiliki spesifikasi utama termasuklah Smart Extruder dan kamera. Dengan ciri satu sentuhan, pencetak 3D mini ini sesuai digunakan di ruang asrama, kelas ataupun rumah.

Pencetak dijadual dikeluarkan pada pertengahan tahun ini, MakerBot Replicator Mini ini ditawarkan secara dalam talian pada harga sekitar AS$1375 (RM4,512) menerusi laman web rasminya.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Jiwa Sentap - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger