BLOG JIWA SENTAP

some_text
Home » » Kesan akibat suntikan hormon

Kesan akibat suntikan hormon

Written By Admin on Monday, February 17, 2014 | 6:42 PM

Kesan akibat suntikan hormon



Soalan
Saya pernah mengamalkan suntikan hormon sebagai kaedah merancang keluarga. Saya ada beberapa persoalan berkenaan kaedah ini. Adakah selepas berhenti mengambil suntikan hormon akan menyebabkan kesukaran untuk hamil semula? Adakah kekerapan sakit kepala yang saya alami selama dua tahun kebelakangan ini kesan daripada suntikan hormon itu?

Untuk pengetahuan doktor, saya pernah mengambil pil perancang keluarga dan bertukar sebanyak tiga jenis pil kerana saya mengalami sakit kepala dan loya yang teruk. Sejak saya mengambil suntikan itu, haid saya juga tidak teratur setiap bulan, kadang kala ada dan tidak, dan pernah keluar selama 15 hari atau kadang kala lebih.

- Rossy, Kedah

Jawapan
Kaedah suntikan hormon sesuai untuk wanita yang berhajat memberi susu badan untuk jangka masa panjang. Kaedah ini sesuai bagi ibu yang menyusukan anak kerana ia mengandungi sejenis hormon iaitu hormon progesteron yang menipiskan lapisan dinding rahim (endometrium) dan membuatkan mukus serviks (lendir pada pangkal rahim) menebal dan sukar untuk ditembusi sperma.

Ia tidak menjejaskan penghasilan dan pengeluaran susu badan. Suntikan yang terdapat dalam senarai kaedah suntikan hormon ialah Depo-Provera dan suntikan ini berkesan selama tiga bulan. Jadi untuk mana-mana wanita yang inginkan kehamilan, jika dia berhenti mengambil suntikan tersebut, kemungkinan kehamilan boleh berlaku ialah lepas tiga bulan dari tarikh dia mengambil suntikan itu.

Kajian menunjukkan lebih lama dilakukan suntikan Depo-Provera, lebih lewat kemungkinan untuk mencapai kehamilan. Jadi tidak hairan jika anda tidak mencapai kehamilan dalam tempoh terdekat. Jika dalam masa enam bulan tiada perubahan, anda dan pasangan boleh berjumpa dengan doktor untuk menjalani pemeriksaan kesuburan. Mana tahu, mungkin perubahan boleh berlaku pada tahap kesuburan puan dan suami, dan tidak semestinya kerana pengambilan hormon saja.

Seseorang wanita digalakkan hamil pada umur muda (kurang daripada 35 tahun) untuk mengurangkan risiko ketika hamil dan juga risiko kecacatan janin, terutama kecacatan pada kromosom 17, 18 dan 21 yang akan mengakibatkan sindrom Patau, sindrom Edward dan juga sindrom Down. Oleh kerana anak puan sudah pun berumur lapan tahun, puan dinasihatkan supaya hamil jika masih inginkan anak lagi.

Penggunaan suntikan Depo-Provera yang diambil setiap tiga bulan ialah salah satu cara untuk menjarakkan anak. Sakit kepala ialah salah satu kesan sampingan penggunaan suntikan Depo-Provera.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Jiwa Sentap - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger