BLOG JIWA SENTAP

some_text
Home » , » Zizan Razak Rancang Nikah Emma Maembong Tahun Ini

Zizan Razak Rancang Nikah Emma Maembong Tahun Ini

Written By Admin on Monday, February 17, 2014 | 3:13 PM

Zizan Razak Rancang Nikah Emma Maembong Tahun Ini

Pelbagai versi mengenai hubungan Zizan Razak dan Emma Maembong yang telah kami dengar. Ada versi “masih tak mengaku bercinta“, ada versi “kawan tapi mesra“, ada versi “nak kahwin tapi tak tahu bila” dan yang terbaru versi “rancang kahwin tahun ini“. Kebenarannya? Hanya Zizan dan Emma Maembong sahaja yang tahu.



Kami tak salahkan mereka berdua. Kadang-kadang harapan peminat memberikan sedikit tekanan buat Zizan dan Emma. Cakap macam ini salah, cakap macam itu salah. Mungkin Zizan dan Emma sampai tak tahu nak cakap apa. Namun apabila ditanya bilakah akan mengahwini Emma, Zizan berkata menerusi  

zizan emmaBerita Harian:-
Kalau ikut perancangan diri saya, Insya Allah tahu ini nak kahwin. Tapi semuanya terserah kepada jodoh. Saya hanya merancang dan Tuhan yang menentukan. Ingat ya, saya hanya rancang saja tahun ini.
zizan emma

Bagi kami kalau dah ada perancangan pun dah kira OK dah. Sekurang-kurangnya niat dah ada. Orang kata, niat yang baik pasti akan dipermudahkan. Apa pun buat masa ini, Zizan Razak masih belum masuk merisik Emma Maembong. Diharap peminat yang mahu melihat mereka disatukan dapat bersabar. Insya Allah kalau jodoh tak ke mana. Doakanlah agar apa yang dirancang menjadi kenyataan.

Share this article :

+ comments + 1 comments

August 8, 2019 at 12:58 AM

kesian

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Jiwa Sentap - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger