BLOG JIWA SENTAP

some_text
Home » , » HANGAT – Pasangan Suami Isteri Erra Fazira & Engku Emran Sah Bercerai Feb 2014

HANGAT – Pasangan Suami Isteri Erra Fazira & Engku Emran Sah Bercerai Feb 2014

Written By Admin on Tuesday, February 18, 2014 | 6:48 AM

Erra Fazira Sah Bercerai Talak Satu Dengan Engku Emran

 
Pelakon popular, Erra Fazira sah bercerai talak satu dengan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, sebentar tadi.



Hakim Syarie, Mohammad Adib Husain mengesahkan lafaz dibuat Engku Emran itu selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk berpisah secara baik.

Erra Fazira dan Engku Emran berkahwin pada 25 Oktober 2007 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya, 5.
.

Akhirnya misteri mengenai status pelakon dan penyanyi glamour ini terjawab juga.  Erra Fazira atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek,40 sah bercerai talak satu pada pagi ini dengan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin di hadapan Hakim Syarie Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor Mohammad Adib Husin.
.
gambar-terbaru-erra-bercerai-engku-emran

SHAH ALAM – [VIDEO] Spekulasi mengenai rumah tangga pelakon popular, Erra Fazira terjawab apabila suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidil, 39, melafazkan cerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, hari ini.
Cerai dilafazkan di hadapan Hakim Syarie, Mohammad Adib Husin selepas kedua-dua belah pihak bersetuju menyelesaikannya secara baik.

Engku Emran sebak manakala Erra Fazira yang memakai jubah kelabu kelihatan tenang saat cerai dilafazkan pada jam 12.50 tengah hari tadi.

Mohammad Adib berkata, permohonan hak penjagaan anak diberikan kepada Engku Emran dan hak bermalam serta  lawatan bersama diberikan kepada Erra Fazira diluluskan apabila kedua-dua pihak bersetuju mengenainya.
“Mahkamah  turut meluluskan permohonan plaintif (Erra Fazira) untuk tidak membuat sebarang tuntutan nafkah edah dan mutaah,”katanya.
Ketika prosiding, Erra Fazira dan Engku Emran mengesahkan mereka sudah tidak tinggal sebumbung selama setahun enam bulan.

Pelakon filem Sembilu itu atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek, 40, diwakili oleh Ahmad Nazib Johari memfailkan permohonan penceraian dan hak penjagaan anak itu pada 17 Februari 2013 masing-masing mengikut Seksyen 47 dan Seksyen 82 Enakmen Undang- Undang Keluarga Selangor 2003.
Engku Emran diwakili oleh Peguam Syarie, Roslan Sujak Rafee enggan memberi komen kepada media sebaik sahaja selesai prosiding.

Sementara, pengacara Primadona yang ditemani oleh rakan baiknya, Erma Fatima dan Umie Aida, meluahkan rasa syukur apabila semuanya selesai dan berjalan dengan baik.

“Segala spekulasi telah terjawab. Saya mohon jangan tanya lagi,”katanya ketika ditemui media.
Ketika ditanya mengenai perancangan selepas ini, dia memberitahu ingin fokus terhadap kerjayanya.
“Ia (kerjaya) menjadi fokus utama saya kini,” katanya.

Erra Fazira dan Engku Emran berkahwin pada 25 Oktober 2007 dan dikurniakan seorang anak perempuan Engku Aleesya yang kini berusia lima tahun.

Sebelum mengahwini Engku Emran, Erra juga pernah berkahwin dengan penyanyi Yusry Abdul Halim pada 15 Jun 2003 dan bercerai tiga tahun kemudian.

.
————————————————————
.

Engku Emran Terima Hak Penjagaan Anak, Engku Aleesya

Engku-Emran-Dapat-Hak-Jaga-Anak-Engku-Aleesya
.
Berita yang menjadi perhatian ramai dalam tempoh 24 jam yang lepas pastinya penceraian Erra Fazira & suaminya, Engku Emran yang sebelum ini sering di’landa spekulasi berkaitan situasi rumahtangga mereka yang dikatakan bermasalah.

Hakim Syarie, Mohammad Adib Husain mengesahkan lafaz dibuat Engku Emran itu selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk berpisah secara baik.

Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam juga memutuskan hak penjagaan anak, Engku Aleesya diberikan kepada Engku Emran dan hak bermalam serta lawatan bersama diberikan kepada Erra Fazira apabila kedua-dua pihak bersetuju mengenainya.

“Mahkamah turut meluluskan permohonan plaintif (Erra Fazira) untuk tidak membuat sebarang tuntutan nafkah edah dan mutaah,” ujar Hakim Syarie, Mohammad Adib Husin.

Sinar Harian juga melaporkan yang pasangan ini mengaku sudah tidak tinggal sebumbung sejak setahun enam bulan yang lalu dan Erra Fazira yang ditemui media berharap tiada lagi persoalan tentang mereka selepas ini.
“Segala spekulasi telah terjawab. Saya mohon jangan tanya lagi. Ia (kerjaya) menjadi fokus utama saya kini,” ujar Erra Fazira selepas prosiding selesai.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Jiwa Sentap - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger