CARA MENGATASI SAKIT BELAKANG
-
*Bagaimana Ingin Mengatasi Sakit Belakang?*
Sakit belakang memang selalu kita dengar. Hanya yang pernah mengalaminya
tahu tentang azab menanggung kesakita...
Isu Hangat
Latest Post
Showing posts with label kanak-kanak. Show all posts
Showing posts with label kanak-kanak. Show all posts
9:40 PM

Kanak-kanak 4 tahun dipukul guru tuisyen hingga lebam kerana gagal hafal ABC
Written By Admin on Wednesday, January 29, 2014 | 9:40 PM
Kanak-kanak 4 tahun dipukul guru tuisyen hingga lebam kerana gagal hafal ABC
Kuala Lumpur: Akibat gagal menghafal A, B, C hingga Z dengan lancar apabila bacaan terhenti sekadar pada huruf D, seorang kanak-kanak lelaki berumur empat tahun didakwa dipukul guru tuisyen sehingga luka dan lebam di beberapa anggota badan, kelmarin.

Dalam kejadian di pusat tuisyen di Sri Gombak, di sini, Issac Chan Yi Bing dikatakan turut dicakar selain dirotan guru wanita yang sarat mengandung itu.
Ibunya, Ong Mei Li, 30, berkata akibat perbuatan guru itu belakang badan anak tunggalnya bercalar dan berdarah, selain lebam di tangan, telinga serta pipi.
Menurutnya, kecederaan Issac dikesan selepas kanak-kanak itu pulang daripada pusat tuisyen dalam keadaan menangis dan ketakutan kira-kira jam 7 malam.
“Sebaik saja dia pulang ke rumah, saya hairan mengapa Issac tidak mahu didukung seperti kebiasaan sedangkan dia seorang yang manja dan aktif. -Harian Metro

Labels:
jenayah,
kanak-kanak
9:32 PM

Kanak-kanak Dibunuh Di Dungun, Ibu Dakwa Pernah Diugut Bunuh
Kanak-kanak Dibunuh Di Dungun, Ibu Dakwa Pernah Diugut Bunuh
DUNGUN: Seorang kanak-kanak perempuan dua tahun ditemui mati di dalam sebuah rumah teres tidak berpenghuni di kawasan perumahan Taman Permint fasa dua Seberang Paka, Dungun petang Selasa.Mayat Nursyafiqah Abdullah dua tahun ditemui oleh seorang pengawal keselamatan dalam keadaan mula mereput selain ada kesan darah kira -kira jam 3.30 petang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP K.Manoharan berkata ketika tiba di kawasan itu, pengawal keselamatan berusia 31 tahun itu terlihat pintu utama rumah berkenaan terbuka dan terhidu bau busuk.
Dalam pada itu, Nursyafiqah dilaporkan hilang sejak 17 Januari lalu. Ibunya Rabiatul Adawiyah Mamat, 28, tahun dikatakan meninggalkan kanak-kanak terbabit di dalam sebuah kereta di depan sebuah kedai makan di Kuala Paka, dalam keadaan pintu kenderaannya tidak berkunci untuk menemui seorang rakan kira-kira jam 7.30 petang.
Sejurus kembali ke keretanya, beliau yang bekerja sebagai pelayan di sebuah kedai makan di bandar Paka mendapati anaknya hilang.
Dalam laporan polisnya, Rabiatul berkata, dia sebelum ini penah menerima ugutan bunuh.
Labels:
bunuh,
jenayah,
kanak-kanak
9:31 PM

Kanak-Kanak 5 Tahun Dibunuh Kejam Di Dungun
Kanak-Kanak 5 Tahun Dibunuh Kejam Di Dungun
DUNGUN: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lingkungan lima tahun ditemui mati dalam keadaan menyedihkan di sebuah rumah tidak berpenghuni di Taman Permint, Seri Paka Fasa Dua di sini, jam 3.20 petang tadi.

Sumber Gambar: Twitter MycrimeWatch
Mayat mangsa ditemui seorang pengawal keselamatan yang membuat rondaan di kawasan perumahan itu, sebelum terhidu bau busuk dari arah rumah berkenaan.

Pengawal keselamatan itu yang memasuki rumah berkenaan kemudian terkejut menemui mayat kanak-kanak berkenaan yang tidak berseluar dan berlumuran darah berhampiran tandas rumah berkenaan.

Pengawal kesekamatan itu kemudian melaporkan kepada majikannya sebelum membuat laporan polis.Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaakob mengesahkan kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan. -Berita Harian
Labels:
bunuh,
jenayah,
kanak-kanak