BLOG JIWA SENTAP

some_text
Home » » 5 Perkara Perempuan Tidak Suka Tentang Lelaki

5 Perkara Perempuan Tidak Suka Tentang Lelaki

Written By Admin on Wednesday, April 9, 2014 | 9:26 AM



5 Perkara Perempuan Tidak Suka Tentang Lelaki





MENINGGIKAN SUARA
Tahulah lelaki dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

SUKA ‘CUCI MATA’
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Kadang-kadang kekasih disebelah pun masih berani nak main mata dengan perempuan lain.

EGO
Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum perempuan. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.

PANAS BARAN
Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima tapi, bagaimana kalau dah naik tangan?

MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Jiwa Sentap - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger