BLOG JIWA SENTAP

some_text
Home » » Blogger Kongsi Gaya Tudung Bawal ‘Mawar Fizo Omar’

Blogger Kongsi Gaya Tudung Bawal ‘Mawar Fizo Omar’

Written By Admin on Sunday, April 13, 2014 | 11:20 PM

Blogger Kongsi Gaya Tudung Bawal ‘Mawar Fizo Omar’

ISU rampasan tudung tiruan Fareeda oleh pihak berkuasa ternyata cukup hangat diperkatakan sejak minggu lalu.



Ia secara tidak langsung mencetus banyak pandangan termasuklah mengenai harga tudung yang dikatakan mahal dan tidak mampu dimiliki oleh orang yang kurang berkemampuan.
Tidak dinafikan, rekaan tudung Fareeda memang cukup cantik dan menjadi idaman ramai wanita di luar sana.
Justeru, salah seorang penulis blog, Yuna Bella telah mengilhamkan gaya tudung bawal yang seakan-akan gaya tudung yang dipakai oleh pemilik tudung tersebut, Mawar.

Blogger Kongsi Gaya Tudung Bawal 'Mawar Fizo Omar'

Artikel itu sebenarnya sudah diterbitkan sejak bulan Februari lalu, namun mula mendapat perhatian ramai sejak tercetusnya isu rampasan tersebut. Rata-rata mereka memuji ideanya yang dianggap cukup mudah, jimat dan kreatif.

Blogger Kongsi Gaya Tudung Bawal 'Mawar Fizo Omar'

Rasanya, penulis blog itu tidak berniat pun hendak meniru rekaan tudung Fareeda, sebaliknya dia hanya mengaplikasikan gaya yang dikenakan oleh Mawar.

Katanya:

“Kepada yang tak suka tudung awning , tapi nak bergaya macam mawar sila teruskan membaca . hehehehe . aku namakan gaya tudung ni , tudung bawal mawar fizo omar , kang aku letak nama fareeda tak pasal-pasal timbul isu paten . aku tau bila aku pakai tudung macam tu ramai mok cik-mok cik , adik-adik , kakak-kakak yang duk usya gaya tudung aku . muahahahhaha . ok . perasan . aku tipu jer .”

Berikut merupakan beberapa gambar penggayaan tudung ‘Mawar Fizo Omar’ versi bawal yang diambil menerusi blog tersebut.

 bawal
bawal
bawal
bawal
bawal

Secara tidak langsung, ia membuktikan bahawa kita tidak memerlukan wang yang banyak untuk kelihatan cantik, sebaliknya hanya perlu kreatif dalam menata gaya, tak gitu?

Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY

(Sumber: http://yunabella.blogspot.com)
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Jiwa Sentap - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger