BLOG JIWA SENTAP

some_text
Home » » Implan Payu Dara Bergerak Ke Bahagian Perut Dan Belakang Badan

Implan Payu Dara Bergerak Ke Bahagian Perut Dan Belakang Badan

Written By Admin on Sunday, April 13, 2014 | 8:30 PM

Implan Payu Dara Bergerak????!!!!

BEIJING – Seorang wanita terkejut selepas mendapati implan yang ditanam dalam payu daranya sejak 12 tahun lalu, telah bergerak ke bahagian lain badan dengan sebelah di bahagian belakang manakala sebelah lagi di bahagian perut.


Wanita itu, Tian Hui, 39, berkata, dia menanam implan tersebut pada 2002 untuk kelihatan menarik selepas suaminya menjalinkan hubungan dengan seorang wanita berusia enam tahun lebih muda daripadanya.
Jelas Tian, sejak itu keyakinannya tergugat, menyebabkan dia mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan membesarkan payu dara, apatah lagi selepas suaminya berjanji untuk menamatkan hubungan sulit berkenaan.

“Saya selama ini percaya perkahwinan kami bahagia sehinggalah dia menjalin hubungan dengan wanita lain.
“Kami berbaik semula demi kepentingan keluarga,’’ katanya yang mengusahakan perniagaan restoran.
Tian kemudiannya membuat pembedahan payu dara itu namun selepas beberapa tahun pembedahan itu dijalankan, dia mendapati implan itu sentiasa bergerak.

“Saya amat malu dan cuba menyembunyikannya. Setiap kali bangun tidur implan itu bergerak dan berada jauh antara satu sama lain. Keadaan ini memaksa saya melakukan pemeriksaan doktor,’’ katanya.

implan-payudara-bergerak

Dia kemudiannya menjalani pembedahan membuang implan tersebut dan memasukkan implan baru.
Dalam pada itu doktor yang merawatnya berkata, implan itu adalah racun dan jika ia dimasukkan ke dalam badan, ia bukan sahaja menyebabkan kerosakan kepada saraf malah kepada buah pinggang.
“Dalam kes-kes tertentu, ia boleh menyebabkan kanser,’’ katanya.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Jiwa Sentap - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger