BLOG JIWA SENTAP

some_text
Home » » Cara Wanita Menilai Lelaki

Cara Wanita Menilai Lelaki

Written By Admin on Wednesday, April 9, 2014 | 9:13 AM

7 Ciri Lelaki Dinilai Wanita

Apabila seseorang wanita mendekati seseorang lelaki, ada beberapa perkara yang mereka perhatikan. Biasanya ciri-ciri yang mereka perhatikan inilah yang menjadi faktor mengapa mereka tertarik kepada anda.


1- Bau tubuh – wanita suka lelaki yang menjaga kebersihan diri mereka. Bau harum tubuh dengan percikan haruman yang maskulin tentu menjadi markah tambahan buat lelaki.

2- Ketinggian – lelaki yang dilahirkan dengan bentuk tubuh yang tinggi biasanya tampak lebih outstanding.

3- Postur badan – Lelaki yang tegap dan segak sewaktu berjalan memang mudah membuat wanita tertarik.

4- Otot lengan – Tidak hairan mengapa semakin ramai lelaki mendaftarkan diri ke gimnasium, semuanya kerana lengan yang berotot buat mereka mendapat lebih perhatian.

5- Kebolehan berjenaka – tidak semua insan bertuah dilahirkan dengan sense of humor. Gunakannya dengan baik jika anda antara lelaki terpilih dikurniakan kebolehan ini.

6- Rahang – wajah lelaki yang ‘sharp’ dengan rahang yang tajam menonjolkan bentuk wajah yang lebih maskulin.

7- Senyuman - barisan gigi yang tersusun dan putih menyerlahkan senyuman. Jadi jagalah kebersihan mulut anda kerana dari senyuman mungkin anda bisa menawan hati wanita idaman anda.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Jiwa Sentap - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger