BLOG JIWA SENTAP

some_text
Home » , , , , , , , , , , , , , , , , , » APA JADI REMAJA KINI

APA JADI REMAJA KINI

Written By Admin on Sunday, May 25, 2014 | 2:50 AM


MASALAH REMAJA ZAMAN INI



Pada zaman yang serba canggih ini, pelbagai teknologi telah dibangunkan untuk kegunaan orang ramai namun penggunaan yang begitu canggih ini tanpa sempadan telah juga memberikan impak yang negatif kepada masyarakat terutamanya golongan remaja masa kini. Para remaja kini terlalu mengikut pengaruh dunia barat yang dianggap "up to date" dan berasa malu atau ketinggalan sekiranya tidak mengikutinya.

Mudah terpengaruh dengan persekitaran sekeliling yang dianggap baru dan sentiasa yang ingin mencuba. Hal ini berlaku apabila mereka mudah menerima ajakan rakan untuk melakukan perbuatan negatif. Hal ini disebabkan mereka masih tidak pandai membezakan perkara baik dan buruk. bagi mereka hanya fikirkan keseronakan tanpa memikirkan impak yang bakal meraka hadapi pada masa akan datang. Ada juga sesegelintir mereka sudah hilang jati diri sebenar hanya semata-mata terlalu taksud dengan pengaruh budaya kuning.

Saban hari isu-isu gejala sosial yang membabitkan remaja kini hangat diperkatakan , secara tidak langsung, isu ini turut menggambarkan bahawa bahawa remaja semakin agresif, berani, liar . Siapa yang harus dipersalahkan dan mengapa perkara ini berlaku? Remaja ialah mereka yang berumur 20 tahun ke bawah. Pada peringkat usia ini, mereka mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi. Justeru apa-apa sahaja perkara baru yang terjadi di sekeliling mereka, akan mengundang perasaan ingin tahu di kalangan remaja. Secara tidak langsung membuatkan mereka terdorong untuk mencuba dan melakukan perkara-perkara di luar batasan. Kawan-kawan menjadi orang yang rapat dengan mereka. Kawan yang baik, boleh membimbing mereka kepada kebaikan, namun jika tersilap memilih kawan, akan mempengaruhi mereka kepada perkara-perkara yang buruk. Selain itu sikap remaja turut menyumbang kepada gejala sosial, kadangkala mereka ini terlalu mudah mempercayai orang lain. Umpamanya, jika mereka merasakan rakan-rakan mereka lebih rapat dan lebih memahami, dengan mudah mereka akan mengikut apa yang dilakukan oleh rakan-rakan. Mereka lupa bahawa “kawan juga kadangkala boleh makan kawan”.

Dalam keadaan ini ramai para remaja terjerumus ke dalam gejala sosial. Sikap remaja juga dahagakan keseronokan. Jadi apa sahaja benda-benda yang memberikan keseronokan kepada mereka akan dilakukan sama ada kerana terikut-ikut dengan sikap kawan-kawan atau pilihan sendiri. Hal ini menyebabkan remaja terlibat dengan rokok, pergaulan bebas, lepak, mat rempit, dadah dan sebagainya. Ketika ini apa yang terlintas di pemikiran mereka adalah keseronokan tanpa memikirkan akibat perbuatan mereka itu kelak. Media massa juga menjadi penyumbang kepada berlakunya gejala sosial di kalangan para remaja hari ini. Namun tidak semuanya apa yang dipaparkan di media massa itu memberikan kesan yang buruk. Namun, ada segelintir program-program dan drama-drama yang memaparkan pergaulan bebas di kalangan remaja, program-program realiti tv serta rancangan-rancangan yang bersifat hiburan semata-mata mempengaruhi para remaja dengan perkara yang tidak baik. Umpamanya corak pergaulan remaja yang jauh dari nilai-nilai ketimuran, cara berpakaian yang kurang sopan dan gaya hidup yang mengikut cara barat. Semua inii mengundang masalah remaja kini.



Ibu bapa juga digalakkan merancang aktiviti bersama anak-anak dan ahli-ahli keluarga. Para ibubapa juga perlu sentiasa memantau keadaan anak-anak, tidak boleh ‘just take for granted’. Mereka tidak boleh membiarkan anak-anak bersendirian menentukan jalan hidup mereka. Anak-anak perlu dibimbing. Selain itu, ibubapa perlu mengenali rakan anak-anak remaja mereka. Jika perlu, sesekali minta supaya anak-anak membawa rakan-rakan mereka ke rumah supaya dapat dipastikan dengan siapa anak kita berkawan. Doalah sentiasa agar anak-anak kita terhindar dari perkara-perkara yang tidak diingini seperti itu. Ingatlah, doa ibubapa sangat penting untuk kesejahteraan hidup anak-anak.

Kesimpulannya, ibu bapa perlu memantau keadaan anak-anak mereka supaya tidak ,mudah terjebak di dalam aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah. selain itu, pelbagai pihak juga perlu berganding bahu untuk memikirkan penyelesaian masalah yang dihadapi untuk menggelakkan perkara ini daripada terterusan. Sesunggunya, anak-anak merupakan aset yang bernilai kepada negara dan bangsa. Mereka inilah yang akan memimpin negara pada suatu hari nanti dan akan menjaga serta mendidik keturunan kita kelak


 

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Jiwa Sentap - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger