BLOG JIWA SENTAP

some_text
Home » » HAFIZ DAH ADA KEKASIH BARU

HAFIZ DAH ADA KEKASIH BARU

Written By Admin on Tuesday, May 20, 2014 | 9:02 PM


HAFIZ DAH ADA CINTA BARU




Sejak kontrovesi dengan kekasih lamanya, sudah agak lama juga tidak kedengaran Hafiz mempunyai kekasih. Mungkin Hafiz mahu memberi tumpuan sepenuh perhatian pada bidang yang diceburinya atau malas hendak memikirkan soal percintaan. Tetapi baru-baru ini ada la dengar-dengar juga Hafiz sudah mempunyai kekasih. Namun tiada siapa yang tahu siapakah gerangan gadis bertuah itu. Kisahnya baru-baru ini, sekeping foto disebarkan dilaman Instagram Hafiz dan semua menjangka gadis itu adalah kekasih Hafiz





Juara Akedemi Fantasia ke 7 itu Sebelum ini, penyanyi Hafiz Suip pernah mengaku yang hatinya kini sedang berbunga-bunga cinta dan berkasih dengan seorang wanita. Hafiz pernah beritahu bahawa kekasihnya itu bukanlah orang dalam industri seni tetapi pelajar institusi pengajian tinggi. Difahamkan foto dia dan kekasihnya dimuat naik kerana untuk memberikan ucapan hari jadi. 





Meskipun Hafiz sudah memberitahu hatinya kini sudah berpunya tetapi dia sendiri tidak mahu mendedahkan wajah dan namanya kepada media buat masa kini. Hal ini heboh apabila Hafiz buat pertama kalinya memuat naik foto kekasihnya di laman sosial Instagram miliknya. Tanpa berselindung Hafiz memperkenalkan my love atau kekasihnya itu. Nampaknya ramai peminat Hafiz yang mendoakan hubungan cinta mereka selain mengucapkan selamat harijadi. 





Dalam komen itu, kekasih Hafiz turut membalas ucapan terima kasih kepada teman lelakinya. Namun, Hafiz turut meminta kekasihnya juga berterima kasih kepada semua peminatnya yang telah mendoakan hubungan mereka. Baguslah begitu, harap hubungan mereka dapat berkekalan hinngga ke jinjang pelamin hendaknya. Hafiz pun boleh dikatakan seorang selebriti lelaki tempatan yang jarang digosipkan dengan mana-mana gadis. Sudah ada pilihan, maknanya gadis ini memang istimewa









Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Jiwa Sentap - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger