BLOG JIWA SENTAP

some_text
Home » » Aziz Satar Masuk Hospital.......?

Aziz Satar Masuk Hospital.......?

Written By Admin on Monday, May 5, 2014 | 7:48 AM

Seniman Veteran Datuk Aziz Sattar Masuk Hospital Akibat Serangan Jantung

 
Malam tadi, industri hiburan tanah air digemparkan dengan berita seniman negara, Datuk Aziz Sattar yang telah dimasukkan ke Hospital Kajang akibat sakit jantung. Aziz Sattar telah dikejarkan ke hospital kira-kira jam 10 malam dan sehingga kini masih lagi menerima rawatan dihospital berkenaan. Menurut Sandakiah Aziz iaitu anak bongsunya, bapanya kini dirawat di Unit Rawatan Koronari (CCU) dan kondisinya kini dilaporkan stabil. Menurut laporan mStar Online , Sandakiah memberitahu bapanya hanya diserang sakit jantung biasa dan akan ditahan dalam wad untuk tempoh dua ke tiga hari lagi. Alhamdulillah keadaannya stabil dan tidak membimbangkan. Doktor memberitahu ia hanya serangan jantung biasa sahaja. Bagaimanapun pihak hospital masih mahu menahannya dalam masa dua ke tiga hari lagi bagi memastikan keadaaan kesihatan beliau.

Datuk Abdul Aziz bin Sattar atau lebih dikenali sebagai Aziz Sattar atau Pak Ajis. Beliau dilahirkan di Pekalongan, Provinsi Jawa Tengah, Indonesia pada 8 Ogos 1925. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura. Merupakan salah seorang seniman serba boleh. Beliau telah terbabit dalam bidang seni sebagai pelakon, pengarah filem, pelawak dan penulis skrip sepanjang kerjaya beliau. Sejarah hidup beliau bermula di Tanah Melayu ketika berusia tiga tahun, apabila dia mengikut bapanya, Sattar Sawal dan ibunya, Satimah Jalal, berhijrah ke Singapura pada 1928. Dibesarkan di kampung Pasir Panjang, di situlah dia mempunyai dua kawan rapat yang turut menjadi pelakon terkenal - Allahyarham Salleh Kamil dan Allahyarham Shariff Dol.

Aziz mendapat pendidikan Sekolah Melayu sehingga darjah lima. Dia tidak dapat menyambung pelajarannya ketika zaman pendudukan Jepun di Malaya. Pada umur seawal 10 tahun, beliau yang merupakan pelawak semulajadi telah mula menyanyi dan menari semasa majlis perkahwinan dan kenduri-kenduri di kampung. Dalam usia awal 20-an, dia menjadi pemandu lori dengan gaji sebanyak RM150.

Pada tahun 1950 beliau pernah menganggotai Pancaragam Suara Hiburan Keroncong, dan pada September 1951 berkerja di Studio Jalan Ampas, Singapura. Kehidupan Aziz mula berubah pada 1952 apabila dia diajak dua teman sekampungnya bekerja di studio Malay Film Productions. Pada peringkat awal, dia sekadar bekerja sebagai juru alihsuara. Namun, dia terkejut kerana gajinya ketika itu jauh lebih rendah berbanding kerjanya sebagai pemandu lori iaitu hanya RM70 sebulan . Pada 1953, dia dipelawa berlakon sebagai watak tambahan dalam filem Putus Harapan. Filem pertama beliau membawa watak penting adalah filem Arjuna, diikuti siri Bujang Lapok dan filem Aksi Kucing.

Beliau juga merupakan salah seorang daripada ahli Kumpulan Panca Sitara Panca Sitara versi 1990-an, bersama Allahyarham Datuk Ahmad Daud, Allahyarhamah Normadiah, Allahyarham Aziz Jaafar dan Allahyarham Nasir P Ramlee.


Semoga Datuk Aziz Sattar cepat sembuh, diberi kerahmatan oleh Allah swt dan lebih ceria seperti sedia kala. Sama-samalah kita mendoakan kesejahteraan beliau...........


Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Jiwa Sentap - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger