BLOG JIWA SENTAP

some_text
Home » , , , , , , , , , , , , , » PENYANYI ADAM AHMAD MENINGGAL DUNIA

PENYANYI ADAM AHMAD MENINGGAL DUNIA

Written By Admin on Wednesday, May 14, 2014 | 8:43 PM

PENYANYI DAN KOMPOSER ERA 80-an TERKENAL  MENINGGAL DUNIA


Adam Ahmad penyanyi era 80an yang popular menerusi lagu "Kau Pergi Jua" telah meninggal dunia Lebih kurang jam 12 tengah malam 15 Mei 2014, Adam Ahmad menghembuskan nafas terakhir di Hospital Ampang kerana komplikasi beberapa penyakit. Jenazah akan diuruskan di Masjid Nurul Hidayah, Kampung Pandan, Kuala Lumpur pagi ini. 


Beliau amat meminati bidang nyanyian sejak dari kecil lagi. Beliau juga mempunyai kebolehan dalam bermain alat muzik seperti gitar dan piano. Beliau juga merupakan seorang yang pendiam dan menyukai lagu-lagu yang berirama sentimental. Sepanjang hayatnya beliau, beliau juga pernah mencipta beberapa lagu untuk penyanyi syarikat rakaman Polygram Records. Antara lagu ciptaan beliau ialah "Di Hari Persandingan Mu" dan "Di Pantai Cinta Berahi" nyanyian Yunizar Hussein.

Pada tahun 1983, albumnya yang pertama yang bertajuk "Untukmu Sayang" dikeluarkan di bawah label Omry Records. Syarikat ini juga merupakan syarikat rakaman milikan bumiputera di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Album ini diterbitkan oleh Omar Taib, seorang penerbit yang telah memberikan tunjuk ajar serta nasihat kepada beliau sepanjang rakaman album ini.

Setiap kali mendengar bait-bait lagu Kau Pergi Jua yang berkumandang di radio, terbayang di mata kita seraut wajah penyanyi hitam manis bermata sayu dan bersuara lunak. Allahyarham adalah antara penyanyi yang seangkatan dengan penyanyi popular Ibnor Riza, Azizul Khamis dan ramai lagi.


Adam, 49, juga dkenali sebagai komposer lagu yang menaikkan nama penyanyi Aishah melalui lagu Janji Manismu. Lagu itu pernah menjuarai pertandingan Juara Lagu 1990. Manakala lagu Teratai Layu Di Tasik Madu nyanyian Fauziah Latiff turut merebut gelaran yang sama pada 1993 (AJL ke 8).

Adam telah bernikah dengan wanita pilihannya, Norliza Ayat, pada tahun 2010. Pasangan itu dinikahkan oleh Imam masjid Kampung Pandan, Wan Imran. Ini merupakan perkahwinan pertama buat Adam dan kedua buat Norliza yang telahpun memiliki dua orang anak, Mohd Radhi, 25 dan Mohd taqbir, 17. Menurut Adam, setiap apa juga yang kita terima adalah atas ketentuanNya. 

Bersama-sama lah kita sedekahkan Al-Fatihah buat beliau dan semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang beriman.




Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Jiwa Sentap - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger