BLOG JIWA SENTAP

some_text
Home » » PAK JAMAL MINI PARLIMEN

PAK JAMAL MINI PARLIMEN

Written By Admin on Wednesday, May 7, 2014 | 1:57 AM

TIADA LAGI PAK JAMAL MINI PARLIMEN


Selepas berita kematian seniman terkenal, Aziz Sattar, seorang lagi insan seni personaliti televisyen veteran, meninggalkan kita pada pagi tadi. Personaliti televisyen veteran, Jamal Muhamad 75, yang lebih dikenali sebagai Pak Cik Jamal meninggal dunia di Hospital Putrajaya pada jam 11 pagi tadi Rabu, 7 Mei 2014. Beliau adalah bekas speaker Mini Parlimen menerusi program tv kanak-kanak sejak 32 tahun dahulu.



Menurut anak beliau, pak jamal mengalami sesak nafas selasa lalu dan di masukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putrajaya. Selain masalah pernafasan yang didakwa berpunca daripada penyakit ankylosing spondylitis yang dihidapi kira-kira 14 tahun lalu yang menyebabkan tulang belakangnya membengkok hingga mengganggu paru-paru. Tambahannya lagi, sebelum itu ayahnya dikejarkan ke Hospital Putrajaya menggunakan ambulans selepas mengadu sukar bernafas, tengah hari kelmarin sejak pulang daripada mengerjakan umrah bulan lalu, kesihatan ayah makin terganggu. Doktor memberitahu paru-parunya kronik dan disyaki terkena virus MERS-CoV. Ayahnya terpaksa dikuarantin sebelum keputusan mengenai virus itu diketahui antara tiga hingga empat hari lagi.



Allahyarham ialah personaliti televisyen popular dengan watak Speaker menerusi program Mini Parlimen terbitan RTM pada era 80-an. Satu lagi program yang menjadikan Jamal sebagai ikon kepada kanak-kanak ialah ‘Taman Kanak-kanak’ yang bermula siaran pada 1961 dan beliau turut menerbitkan rancangan ‘Pesta Pop’ dan ‘Pentas Aneka.














Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Jiwa Sentap - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger