BLOG JIWA SENTAP

some_text
Home » » CHAD HOT FM NIKAH

CHAD HOT FM NIKAH

Written By Admin on Monday, May 12, 2014 | 8:25 AM



KINI CHAD BERGELAR ISTERI

Penyampai radio Hot FM, Chad atau nama sebenarnya Nur Shazrena Abd Rahim, sah bergelar isteri kepada gitaris kumpulan Klangit, Mohd Haris Muhamad. Pasangan ini telah selamat diijabkabulkan dalam satu majlis indah di kediaman Chad yang terletak di Telok Mas, Melaka pada malam Jumaat. Sekalung tahniah diucapkan buat Nur Shazrena Abd Rahim (Chad) yang telah sah bergelar isteri kepada Mohd Haris Muhammad, malam semalam.


Pasangan ini dinikah berwalikan bapa Chad, Abd Rahim Haji Abdullah di kediaman Chad yang terletak di Telok Mas, Melaka pada jam 9.41 malam.  Chad menerima mas kahwin RM100 dan wang hantaran berjumlah RM20,000 serta lima dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang hantaran kepada pihak lelaki.



Mantan pengacara rancangan 'Muzik Muzik' itu kelihatan anggun jelita mengenakan busana rona putih manakala pengantin lelaki kelihatan segak dalam persalinan rona sedondon. Sebelum itu, majlis dimulakan dengan khutbah nikah daripada Ustaz Haji Zaidan.


Majlis resepsi kedua mempelai ini akan diadakan di kediaman Chad pada hari ini



Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Jiwa Sentap - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger