PERGINYA "BUJANG LAPOK" YANG TERAKHIR
Beliau juga merupakan rakan seangkatan seniman Tan Sri P.Ramlee dan S. Shamsuddin telah popular menerusi filem Bujang Lapok. Pada tahun 1950 beliau
pernah menganggotai Pancaragam Suara Hiburan Keroncong, dan pada
September 1951 berkerja di Studio Jalan Ampas, Singapura. Kehidupan Aziz
mula berubah pada 1952 apabila dia diajak dua teman sekampungnya
bekerja di studio Malay Film Productions. Pada peringkat awal, dia
sekadar bekerja sebagai juru alihsuara. Namun, dia terkejut kerana
gajinya ketika itu jauh lebih rendah berbanding kerjanya sebagai pemandu
lori iaitu hanya RM70 sebulan . Pada 1953, dia dipelawa berlakon
sebagai watak tambahan dalam filem Putus Harapan. Filem pertama beliau
membawa watak penting adalah filem Arjuna, diikuti siri Bujang Lapok dan
filem Aksi Kucing. Pada
tahun 2007, Allahyarham menerima Darjah Panglima Jasa Negara (PJN)
sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal
Abidin yang membawa gelaran Datuk.AL-FATIHAH BUAT PERMATA NEGARA ALLAHYARHAM AZIZ BIN SATTAR
Bersama-sama lah kita mendoakan semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang-orang beriman
Ini lah Wajah-Wajah yang pernah membuatkan kita ketawa
di zaman kanak-kanak :
Allahyarham Tan Sri P. Ramlee : 22 Mac 1929 - 29 Mei 1973Allahyaryam S.Shamsuddin : 1 Januari 1929 - 4 Jun 2013
Allahyarham Datuk Aziz Sattar : 8 Ogos 1925 - 6 Mei 2014

Post a Comment