BLOG JIWA SENTAP

some_text
Home » » SYUKUR MAK MAH SELAMAT NIKAH

SYUKUR MAK MAH SELAMAT NIKAH

Written By Admin on Monday, May 19, 2014 | 5:46 AM


TAHNIAH MAK MAH SELAMAT DI IJABKABUL



Cinta tak kenal siapa, rupa mahupun usia. Ini bersuaian juga dengan pelakon veteran yang hebat negara kita iaitu Ruminah Sidek 68, akhirnya selamat di ijab kabulkan dengan Al Fatah Rahim Ismail 70, kira-kira 9:20 pagi, di kediaman kakak Mak Mah, di Meru Klang Selangor.

Al Fatah melafazkan akad hanya satu lafaz sahaja. Akad nikah disempurnakan oleh Penolong Pendaftar Nikah Kariah Masjid As Syarif, Meru Klang, Mohd Jani Sarman dan disaksikan oleh adik lelaki pengantin perempuan, Mohd Zainal Sidek.

Mak Mah telah menerima mas kahwin sebanyak RM300, tanpa wang hantaran dan pihak pengantin lelaki telah menghantar tujuh dulang hantaran yang berupa kek, Al-Quran, beg tangan, kasut, sejadah, air minuman Twister, dan telekung. Sementara itu, pihak pengantin perempuan telah membalas kembali tujuh dulang hantaran iaitu, satu set wangian, kek, tepak sirih, set pakaian, sejadah, tuala dan buah-buahan.


Majlis persandingan diadakan sejurus selepas selesai akad nikah yang turut disaksikan oleh hampir 3,000 tetamu termasuk keluarga kedua-dua belah pihak. Sementara dalam majlis persandingan Mak Mah tampil anggun dengan busana berwarna putih sedondon dengan pengantin lelaki.



Turut kelihatan pada majlis tersebut pelakon Adlin Aman Ramli dan isteri Emelda Rosmila. Perkahwinan ini merupakan perkahwinan keempat buat Ruminah termasuklah dengan Allahyarham AR Tompel. Hasil perkahwinan lalu, Ruminah dikurniakan enam orang anak termasuklah pelakon Adlin Aman Ramlie. Tahniah buat Mak mah dan suami





Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Jiwa Sentap - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger