BLOG JIWA SENTAP

some_text
Home » » SHARIFAH SHAHIRA TERLUKA

SHARIFAH SHAHIRA TERLUKA

Written By Admin on Tuesday, May 20, 2014 | 1:04 AM


APA YANG BERLAKU PADA SHARIFAH SHAHIRA?



Pelakon juga penyampai radio Ultra.FM, Sharifah Shahira atau lebih mesra disapa dengan panggilan Shira mengalami pendarahan di bahagian belakang kepala akibat terjatuh sewaktu menjayakan sebuah penggambaran game show. Kejadian tersebut berlaku semalam sewaktu penggambaran diadakan di sekitar kawasan tempat kerjanya.

Menurut Shira, sewaktu kejadian dia yang sedang yang berlari mahu mengelak sebuah kereta. Tiba-tiba dirinya hilang kawalan dan terus terjatuh. “Saya jalani penggambaran satu program game show. Pada waktu tu memerlukan saya berlari. Entah macam mana saya nak elak kereta, dalam sekelip mata saya jatuh terletang. Saya tak ingat sangat apa yang berlaku.





Kakak kepada pelakon Sharifah Sakinah dan jiga adik kepada pelakon dan pengacara Shrifah Norhazlinda, ini berkata demikian ketika ditanya mengenai perkembangan dirinya selepas ditimpa malang

tersebut. Shira mendapat rawatan di hospital KPJ Tawakal dan doktor memberikannya cuti (MC) selama lima hari.

Tambahan dia lagi, kesan daripada kecederaan yang dialaminya itu, dia mengalami pendarahan berterusan. Walaubagaimanapun, dia tidak mendapat sebarang jahitan. Sebaliknya doktor hanya membalut luka di kepalanya. Meskipun dalam keadaan sakit, ibu kepada empat cahaya mata ini masih tetap memikirkan hal-hal kerjanya.Namun, mahu tidak mahu dia terpaksa mengikut nasihat doktor. 





Menurut Sharifah Shahira lagi, Doktor tak bagi dia cuci rambut selama empat hari. Dia berkata pada doktor, bahawa dia kena cuci rambut sebab esok dia ada show dan ada banyak kerja perlu dilaksanakannya. Tapi doktor tetap cakap tak boleh.

Ini telah mengganggu fikiran Shahira kerana dia memikirkan macam mana dia nak buat dengan beberapa hal yang perlu dia laksanakan dalam beberapa hari ini. Doctor telah memberi dia MC dan dia tetap kena berehat juga. Sharifah Shahira tetap kena akur dengan arahan doctor. 

 
Dengan nada kesal Sharifah Shahira berkata “Tapi inilah akibatnya kalau main game show pada waktu maghrib…”,

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Jiwa Sentap - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger