BLOG JIWA SENTAP

some_text
Home » » KENYATAAN SUAMI AKTRES IZREEN

KENYATAAN SUAMI AKTRES IZREEN

Written By Admin on Wednesday, May 21, 2014 | 10:35 PM


KAMI MASIH SUAMI ISTERI - SUAMI IZREEN




Suami kepada pelakon wanita Izreen Amanda menegaskan pasangan itu masih lagi berstatus suami isteri. Muhammad Riza juga menafikan laporan penceraian mereka. Riza menyatakan bahawa dia terkejut apabila dikatakan telah melafazkan cerai terhadap isterinya Izreen di lokasi pengambaran sebuah drama di Pulau Pinang pada 16 mei lalu, dengan bersaksikan oleh kru penerbitan drama tersebut.



 

Riza mengaku bahawa ada masalah perselisihan faham antara dia dan isterinya dan mereka tidak lagi tinggal sebumbung sejak sebulan lalu. Namun mereka ingin bercerai secara baik dan telah memohon penceraian di Mahkamah Rendah Kuala Lumpur pada 14 mei lalu. 



 

Muhammad Riza yang juga bekerja sebagai jurukemera bebas merasa kesal dengan penyebaran berita yang tidak benar itu. Dia sendiri tidak tahu bagaimana berita ini boleh tersebar. Berita penyebaran itu juga, membuatkan dia telah dianggap seorang suami yang kejam kerana menceraikan isteri di tempat yang tidak sepatutnya serta telah memalukan Izreen.



 

Meskipun mempunyai perancangan cerai, tapi hubungannya dengan Izreen masih lagi baik. Orang ramai telah salah tafsir dengan kenyataan Izreen kerana Izreen telah meluahkan berita pencaraiannya. Riza berharap semua pihak akan memberi ruang kepada Izreen kerana Izreen berada dalam keadaan tertekan sekarang ini. Izreen akan tampil membuat kenyataan kepada pihak media untuk memperjelaskan perkara yang sebenar
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Jiwa Sentap - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger